Pages

Monday, May 13, 2013

POST MORTEM PRU13 : Gelombang Kebangkitan Melayu Malaysia, Tolak pengkhianat negara dan tolak Nik Aziz?


Hahahaaa... Mujur Nik Aziz tidak dipanggil untuk turut serta dalam siri wacana 'Post Mortem PRU13' yang telah berlangsung, di Hotel Premiera, Kuala Lumpur. Kalau tidak, sudah pasti Nik Aziz akan rasai seperti ditendang terajang selepas mendengar kenyataan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa, ketika menjadi ahli panel dalam wacana tersebut bertajuk 'Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah', semalam.



Menurut Nasharuddin, "UMNO dan PAS perlu menjadikan penyatuan umat Melayu Islam sebagai satu agenda berterusan demi memastikan agama dan bangsa dapat diperkukuhkan sepanjang zaman". "Insafilah bahawa masa depan bangsa dan agama kita sedang mula dirobek. Tetapi, akan ada yang mentohmah kenapa saya memilih pentas bangsa ini. 


Salahkah kita berbicara tentang bangsa kita? Adakah ia salah di sisi agama? "Adakah nak tunggu sehingga ranap umat ini baharu nak bicara soal perpaduan? Saya tak boleh terima sampai ada yang kata nak meludah muka yang nak bawa usaha penyatuan Melayu ini. Ajaran agama mana yang kata begitu?" soalnya


"Tidak semua Melayu Umno itu iblis, dan tidak semua Melayu dalam Pas itu malaikat," tambahnya lagi. Selain Nasharuddin, beberapa tokoh termasuk tokoh pendidik, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad, mantan hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah dan Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof Datuk Dr Kamaruddin Kachar. 


Program bertajuk 'Post Mortem PRU13: Bicara Kepimpinan Dan Survival Ummah' ini dianjurkan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Alumni UiTM.


Fuhhh.... Bukan main tinggi harapan serta semangat ahli panel dan perserta, dapat HP lihat ketika disana tadi... Apa pun HP ucapkan tahniah kepada semua yang terlibat. Mudah-mudahan usaha kalian berjaya sepertimana yang di harapkan, insyaAllah. Anda memang terbaik! Dan kepada bangsa ku Melayu yang berada diluar sana tu....Sudah-sudahlah apa lagi yang tak puashati. US,UK,JEPUN,SINGAPURA,CINA,AUSTRALIA,INDIA,BANGLADES.....telah menyampaikan ucap Tahniah kepada PM Datuk Sri Najib. Mari kita berganding bahu bersatupadu 1Malaysia.

Nasihat HP kepada Nik Aziz....Kalau nak meludah pun meludah lah elok-elok ya jangan buat atau tunjukkan contoh yang tak baik, ditakuti menjadi ikutan anak murid.Perwakilan dari Kelantan juga menyatakan malu dan marahkan Nik Aziz. Sedar-sedarlah Nik Aziz.....mari kita ambil yang jernih buang yang keruh !!!!!!

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.