Pages

Friday, May 3, 2013

Majlis Ramah Mesra MB Johor Dengan Pengundi Taman Universiti

Photo: 1Malasyia daripada Dr.Hj.Zaini dan ahli parto komponen MCA dan Gerakan. 

2hb Mei 2013. Jam 8.45 malam. Lokasi Taman Universiti Sport Club. YAB Dato’ Hj.Abdul Ghani dan Dr.Hj.Zaini telah hadir ke Majlis Ramah Mesra Bersama Pengundi-Pengundi di Taman Universiti. Kehadiran para pengundi mencecah lebig kurang 3000 orang yang terdiri daripada pelbagai kaum.
 
Ucapan YAB Menteri Besar membawa mesej yang sangat penting bahawa Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah mengamalkan sebarang diskriminasi kaum malah katanya lagi semua kaum adalah bersahabat dan boleh bekerjasama dalam apa jua bentuk untuk bersama-sama membangunkan negeri serta berkongsi kekayaan selaras dengan konsep gagasan 1 Malaysia. 
 
Menteri Besar Johor berharap konsep ini terus diamalkan dan dipertahankan supaya Negara ini kekal aman dan sejahtera serta Kerajaan dapat meneruskan tradisi mensejahterakan rakyat dalam apa jua situasi. 
 
Inilah konsep yang diamalkan oleh Kerajaan Barisan Nasional iaitu RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN melalui JANJI DITEPATI selalu. Justru, para pengundi di seluruh Parlimen Gelang Patah termasuk di Taman Universiti khususnya harus memilih Calon Barisan Nasional pada PRU13 ini untuk terus menerajui Negara demi masa depan yang terjamin.
Photo: Antara hadirin yang hadir.

Photo: Dr.Zaini beramah mesra bersama hadirin sambil memperkenalkan dirinya sebagai Calon BN Dun Nusajaya yang baru.

Photo: Dr.Hj.Zaini bersama pengundi Cina memberikan isyarat 1 Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.