Pages

Wednesday, May 1, 2013

Lawatan Muhibbah Y.A.B Dato Abdul Ghani Bin Othman ke Kampung Sungai Melayu.


Photo 

30hb April 2013. Jam 1.00 tghari. Lokasi Kampung Sungai Melayu. Lawatan Muhibbah Y.A.B. Dato’ Haji Abdul Ghani Bin Othman bersama calon BN DUN Nusajaya Dr.Hj.Zaini Bin Abu Bakar ke Kampung Sungai Melayu pada hari ini telah mendapat sambutan yang sangat mesra oleh seluruh penduduk kampung tersebut. 
Antara yang menarik pada lawatan tersebut ialah ianya dibuat secara santai dan bersahaja diantara pemimpin dan masyarakat. Y.A.B Dato’ Haji Abdul Ghani sempat menjamu selera ikan, udang, ketam dan kupang segar hasil tangkapan nelayan tradisional di kampung tersebut bersama-sama penduduk kampung dan pemimpin setempat. 

Selepas menjamu selera, Dato’ Haji Abdul Ghani dan Dr.Zaini telah berjumpa dan berdialog bersama-sama penduduk kampung membincangkan isu-isu yang dihadapi oleh penduduk-penduduk kampung tersebut. Bagi YAB Dato’ HjAbdul Ghani, Kampung Sungai Melayu tidak asing baginya dan kampung ini mempunyai keistimewaan tersendiri kerana kampung ini telah berusia lebih 120 tahun dan ianya terletak sangat hampir dengan Bandaraya Johor Bahru mengikut jalan laut dan berada di tengah-tengah kepesatan pembangunan di Kota Iskandar, Nusajaya. 

Aktiviti utama penduduk-penduduknya adalah menangkap ikan secara tradisional selain menternak hidupan laut dalam sangkar. Selain dari itu, Kampung Sungai Melayu mempunyai sumber pendapatan yang baru iaitu dalam industry pelancungan sejak beberapa tahun yang lalu. Dianggarkan setiap tahun seramai lebih kurang 800 orang pelancung akan melawat ke Kampung Sungai Melayu. 

Mereka terdiri pelancung daripada Negara Australia, United Kingdom, Jepun, China dan Russia. Kebiasaannya pelancung2 tersebut akan dibawa menyelusuri Sungai Melayu untuk melihat burung-burung hijrah, aktiviti menangkap hasil laut secara tradisional, ikan dan udang dalam sangkar serta melihat kawasan kampung yang sngat unik disamping menikmati hidangan makanan tradisional dan makanan laut yang sangat segar. 


Y.A.B Dato’ Haji Abdul Ghani berazam akan membangun dan menaik taraf kemudahan-kemudahan di Kampung Sungai Melayu untuk terus berkembang dan menjadi lokasi pelancungan yang sangat dinamik dan unik sehingga dapat dicatatkan dalam kalender pelancungan antarabangsa.
Photo

Photo

Photo

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.