Pages

Saturday, May 18, 2013

KDN Kini Kencang! PM @NajibRazak Letak @Zahid_Hamidi Keputusan Paling Bijak

 
 
Persoalan siapakah yang bakal mengisi potfolio kanan dalam kabinet Malaysia Pimpinan Perdana Menteri Dato Seri najib Tun Razak sudah terjawab teka-teki yang bermain sebelum ini dijawab baik oleh PM dengan meletakkan jjentera yang cukup utuh dalam kabinetnya...
 
Penglihatan PM cukup tajam di mana pemilihan kali ini sebenarnya menggambarkan betapa pentingnya meletakkan Menteri yang sesuai pada setiap potfolio... Dalam keadaan meruncing yang dihadapi Negara ketika ini, semua mata mnjurus keada Kementerian Dalam Negeri yang cukup genting... Perilaku pembangkang yang memualkan selepas keputusan PRU13 diumumkan jelas Malaysia memerlukan pemimpin yang berani dalam mengawal keamanan dan kestabilan Negara. Sudah tentu tugas yang akann digalas oleh Kementerian Dalam Negeri yang sebelum ini terlalu banyak dipertikaikan akan membawa nafas baru dengan meletakkan Dato Seri Zahid Hamidi mengetuai Kementerian tersebut...
 
Tiada Lagi Amaran, Kini masa untuk untuk bertindak antara lontaran semangat Menteri KDN baru kepada rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kestabilan...
 
“Saya sedar harapan tinggi rakyat tetapi saya akan bertindak mengikut undang-undang.
 
“Bagi saya harga untuk kita melakukan pencegahan adalah lebih murah berbanding harga yang perlu dibayar untuk penyelesaian apabila berkait dalam soal keselamatan Negara...”
 
Dengan kredibiliti yang ada, rakyat menaruh harapan besar kepada Dato Seri Zahid,  apatah lagi dengan rekod cemerlang beliau semasa mengetuai Kementerian Pertahanan Malaysia...
 
Jelas, PM sendiri mahu melihat Menteri baru dapat menyelesaikan masalah yang masih belum selesai dalam keadaan PM mahu menumpukan usaha membawa Malaysia ke sebuah Negara maju menjelang tahun 2020... Segala  kekacauan mesti diketepikan, rakyat Malaysia harus sedar, orang diluar sana dengki dengan kejayaan Malaysia mengekalkan keamanan sebelum ini... namun, bibit kekacaan yang disemai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebelum ini mesti diselesaikan...
 
Dengan kempimpinan POLIS yang baru juga, harapan kepada keamanan semakin dituntu oleh rakyat...

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.