Pages

Monday, May 13, 2013

ANWAR DAN GUAN ENG MENGAMUK PADA BEKAS HAKIM............... #Rasis #BlackOut505 #LainKaliLah

"Siapa yang makan cili dialah merasa pedasnya" ayat itu patut diberikan pada Anwar dan Guan Eng. Takkan nak sekat kebebasan orang lain menyuarkan hak mereka. Bukankah selama ini Pakatan Harami  memperjuangkan Hak Kebebasan bersuara. Bila kena batang Hidung sendiri tak upun mengamuk...
Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak golongan itu dan juga menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei.
Bercakap dalam seminar yang membincangkan mengenai kesan pilihan raya tersebut hari ini, Mohd Noor menyeru demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu itu melalui usaha untuk merampas kuasa politik.
“Pengkhianatan orang Cina terhadap ikatan setia kawan orang Melayu itu adalah benar oleh kerana mereka merancang untuk merampas kuasa politik setelah membolot kuasa ekonomi,” katanya, mengulas keputusan pilihan raya tersebut.  
Dakwaan mengenai pengkhianatan orang Cina itu mula timbul apabila keputusan pilihan raya umum 5 Mei menunjukkan BN hanya mampu menguasai 133 kerusi parlimen, berbanding 140 dalam pilihan raya umum 5 Mei. 
Bagaimanapun, Umno yang banyak bertanding di kerusi majoriti Melayu berjaya memperolehi sembilan lagi kerusi, berbanding hanya 79 kerusi pada 2008, walau parti BN yang bertanding di kerusi majoriti Cina – MCA dan Gerakan – kalah teruk dalam pilihan raya kali ini, 
Di sisi Pakatan Rakyat pula, ramai calon Melayu menang di kerusi campuran, malah turut menewaskan calon pencabar dari kaum Cina. 
Dalam ucapan selanjutnya, Mohd Noor mempertegaskan amaran bahawa orang Melayu akan membalas dendam sekiranya dikhianati. 
“…Bagi orang Melayu, pantang larangnya, jangan dikhianati orang Melayu. Oleh kerana orang Melayu bila dikhianati, dia membalas dendam kesumatnya tak sudah-sudah,” katanya.
Naib Presiden PKR N Surendran menuntut supaya bekas hakim mahkamah rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah dipecat daripada jawatankuasa pengaduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran kenyataannya yang dianggap bersifat perkauman semalam. 
Anwar berkata, kenyataan Datuk Mohd Noor Abdullah itu malah mengatasi kumpulan pelampau kaum Ku Klux Klan (KKK) di Amerika Syarikat, katanya.
“Ucapan rasis bekas hakim Mahkamah Rayuan Mohd Noor Abdullah mengatasi Ku Klux Klan dan akan membuatkan (pemimpin Nazi Jerman, Adolf) Hitler bangga.
Depa nie takut bila api perkauman dimainkan, padahal mereka yang mulakan dulu. Anwar gagal jadi PM kenapa Surendran tak suruh Anwar bersara aje...Artikel Penuh KLIK SINI

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.