Pages

Sunday, May 12, 2013

1 Rejab UMNO menyambut ulang tahun ke 67 dengan mengadakan tahlil dan bacaan Yasin.

Seminggu selepas kemenangan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan berikutan pilihan raya umum Ahad lalu, sambutan ulang tahun ke-67 UMNO diadakan dengan penuh kesyukuran di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Majlis itu dimulakan dengan solat Maghrib di Surau Ar-Rahman, PWTC diikuti bacaan surah Yasin, tahlil, doa kesyukuran serta solat Isyak. Majlis bertemakan '67 Tahun Menepati Janji' itu dihadiri pemimpin tertinggi UMNO termasuk Presidennya, Datuk Seri Najib Razak serta ribuan anggota UMNO.

Najib berbaju Melayu biru dan bersongkok tiba pada 7.20 malam dengan diiringi anak beliau, Norashman Razak.

Selepas itu, upacara menaikkan bendera Umno 'Sang Saka Bangsa' serta nyanyian lagu UMNO 'Bersatu Bersetia Berkhidmat' diadakan di Dewan Merdeka PWTC sebelum Najib menyampaikan amanatnya.

Sementara itu, kira-kira 2,000 ahli UMNO memenuhi Dewan Merdeka bagi meraikan sambutan ulang tahun parti berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.