Pages

Tuesday, April 30, 2013

TLDM akan saman kepada penabur Fitnah kononnya Kapal Selam dibeli kerajaan tidak boleh berfungsi.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan menyaman individu atau parti politik yang terus berdegil menabur fitnah dalam kempen pilihan raya kononnya kapal selam yang dibeli kerajaan tidak boleh berfungsi.
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar juga mencabar pihak yang masih terus mempertikaikan perkara tersebut supaya berani mem...buat tuduhan berkenaan secara bertulis.

Tanpa mahu menamakan individu mahupun parti yang terlibat, Abdul Aziz berkata, pihaknya telah mendapat maklumat mengenai perkara tersebut dan sedang mengumpul bukti bagi tindakan selanjutnya.

''Kedua-dua kapal selam kita, KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak kini beroperasi dengan baik, malah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sendiri sudah belayar dengan kita dan beliau sendiri mengakui keupayaan kapal selam tersebut dan berbangga dengan keupayaannya.

''Cukuplah, kita sudah terlalu berlembut dengan mereka. Ya, saya akan saman dan saya harap Peguam Negara bersiap sedia untuk mendakwa mereka bagi pihak kerajaan," katanya.

Abdul Aziz berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis perhimpunan warga TLDM di KD Pelandok, Pangkalan TLDM Lumut di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengheret pihak yang secara berterusan membuat fitnah ke mahkamah kerana telah memberi peluang secukupnya kepada mereka untuk menghentikan perbuatan itu.

''Saya dengar banyak cerita, hanya sekarang saya nak dapatkan bukti sahaja. Kenapalah nak memburukkan dan bangkitkan perasaan marah kepada kerajaan dan hina TLDM seolah-olah kita tak boleh mengoperasi kapal selam itu.

''Sedangkan saya sudah tiga kali belayar dengan kedua-dua kapal selam tersebut dan semuanya berjalan lancar. Kita juga sudah menyelam pada kedalaman maksimum dan melakukan tembakan yang menepati sasaran sejauh 55 kilometer dari bawah air. Jadi, mengapa masih kata ia tidak boleh berfungsi?," soalnya.

Mengenai dakwaan calon Parlimen Lumut, Laksamana (B) Imran Abdul Hamid dihalang berkempen di pangkalan itu, Abdul Aziz berkata, memang menjadi dasar TLDM tidak membenarkan ceramah atau kempen politik dalam kawasan berkenaan.

Jelas beliau, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed dibenar masuk kerana beliau tidak bercakap mengenai politik sebaliknya dijemput bercakap tentang perpaduan manakala Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pula atas kapasitinya sebagai Menteri Pertahanan.

Foto: Abdul Aziz Jaafar (dua dari kiri) beramah mesra dengan veteran tentera pada Majlis Pemakaian Pingat Jasa Malaysia Kepada Veteran Tentera Malaysia di Pangkalan TLDM, Lumut, semalam.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.