Pages

Friday, April 26, 2013

Timbalan Ketua Pengarah Kastam ditembak 3 kali di leher jam 8.40 pagi.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim meninggal dunia akibat ditembak di Presint 8 di sini, pagi ini. Beliau terkena tiga das tembakan berhampiran lampu isyarat ibu pejabat polis Putrajaya. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh mengesahkan insiden ini, yang dipercayai berlaku kira-kira 8.40 pagi tadi.


Mengikut laporan awal, beliau ditembak di lampu isyarat Leboh Wawasan, dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya, oleh penunggang bermotosikal. Beliau dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia. Sebelum itu, beliau seperti rutin harian bergerak dari rumahnya pada jam 7.50 pagi menggunakan kereta Nisan Murano dari Dengkil dan sampai di lampu isyarat Lebuh Wawasan pada jam 8.15 pagi sebelum ditembak 3 kali di leher. Pemandu beliau telah membawanya ke hospital Putrajaya untuk rawatan kecemasan dan disahkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.