Pages

Wednesday, April 17, 2013

Sedarlah rakyat 1 Malaysia bencana melanda negara jika ???

Sebuah Laman web pro-Pakatan Rakyat iaitu Suara Pakatan Rakyat telah banyak kali menimbulkan kontroversi apabila mengeluarkan artikel-artikel yang bertentangan dengan arus pemikiran masyarakat malah langsung tidak mengambilkira sensitiviti agama mahupun kaum dalam membentangkan hujah.

Beberapa kali laman tersebut membangkitkan kemarahan golongan-golongan tertentu antaranya, suku kaum di Sabah Sarawak malah menghina wira negara, Kanang Anak Langkau, memperlekehkan Ulama tersohor Malaysia, Allahyarham Dr. Uthman AlMuhammady, menyokong LGBT dan lain-lain lagi.


Akibatnya, pihak Pakatan Rakyat berusaha menafikan bahawa laman tersebut milik mereka dan beberapa kali membuat kenyataan rasmi serta memberi amaran kepada penyokong mereka agar menjauhi laman tersebut. Namun, yang peliknya, apabila saja berlaku kontroversi dan pemimpin mereka membuat kenyataan akan menarik balik artikel tertentu, maka artikel tersebut pun ditarik balik oleh admin laman tersebut. Ini membuktikan wujudnya saluran terus antara admin laman itu dengan pemimpin atasan PR.

Sehingga kini, tiada yang tampil mengakui bahawa laman kontroversi itu adalah miliknya manakala penyokong-penyokong PR pula memilih untuk menuduh laman tersebut sebagai sebahagian dari propaganda UMNO.

Tuduhan tersebut jelas menunjukkan yang penyokong-penyokong PR kebanyakannya berada dalam keadaan penafian terhadap hakikat sebenar parti yang dijulang mereka iaitu menyokong LGBT, liberalisme serta pluralisme. Sedangkan perjuangan ini adalah perjuangan azali Anwar Ibrahim.

Dari maklumat paling dalam dan ‘paling halus’, kita mendapat tahu bahawa laman ini adalah milik Azmin Ali dan digunakan sebagai pencetus cara pemikiran baru masyarakat Malaysia yang berlandaskan kebebasan tanpa had. Melalui laman ini juga, pihak Azmin atau Anwar, memantau penerimaan masyarakat terhadap cara pemikiran baru ini.

Harapan mereka, suatu hari nanti, masyarakat Malaysia tidak lagi akan ‘fobia’ terhadap kebebasan dan kelainan dalam berbahasa, tingkahlaku atau budaya. Ini disokong oleh kenyataan Anwar di Australia baru-baru ini yang menuduh rakyat Malaysia mengalami sindrom ‘xenophobia’ iaitu takut kepada dunia luar atau apa yang asing dengan budaya kita.

Adalah mustahil bagi Anwar untuk menerapkan cara pemikiran baru ini melalui kenyataan rasmi atau ceramah-ceramah terbuka kerana beliau pasti akan dikecam hebat oleh masyarakat. Walaupun begitu, Anwar telah beberapa kali ‘tersasul’ membela LGBT serta berdolak dalih tentang orientasi seksnya sendiri, namun penyokong PR masih lagi pura-pura tidak mendengar atau tidak memahaminya.

Anwar sebenarnya sudah terlalu letih untuk terus berpura-pura selamanya dan laman Suara PR itu adalah satu-satunya platform untuk beliau menyerlahkan warna sebenarnya.

Oleh yang demikian, penyokong-penyokong PR perlu menerima dengan tangan terbuka apakah parti yang disokong mereka dan siapakah ‘bakal’ Perdana Menteri mereka. Sekiranya, mereka sendiri tidak sanggup menerima cara pemikiran baru yang dipelopori Anwar/Azmin ini, maka inilah masanya mereka berbuat keputusan yang tepat, iaitu dengan menolak parti PR dalam PRU kali ini, dan bukannya dengan menafikan hakikat bahawa laman web Suara PR adalah suara sebenar perjuangan mereka.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.