Pages

Wednesday, April 3, 2013

Politik Malaysia PRU 13 Rahsia Kubur besar terbongkar di Johor.

PRU 13 : Pertarungan Antara 2 Tan Sri di Parlimen Johor Bahru

 jen

Malam tadi, Anwar Ibrahim telah mengumumkan calon-calon untuk kerusi-kerusi Parlimen Johor Bahru, Parlimen Muar, Parlimen Tebrau dan Parlimen Batu Pahat. Sememangnya aku menunggu-nunggu pengumuman ini, kerana aku ini anak jati Johor atau lebih tepat Johor Bahru.

Namun nampaknya Pakatan cuba ulangi kesilapan BN pada 2008. Dimana banyak calon payung terjun yang diketengahkan. Calon payung terjun bermaksud, calon yang bukan datangnya dari kawasan tersebut dan menjadi calon hanya kerana kepopularitian diri. Contoh, Lim Kit Siang bertanding di Parlimen Gelang Patah yang sebelum ni tak pernah ambil tahu tentang orang Gelang Patah.

Mengapa aku katakan calon Payung Terjun. Ayuh kita bermula dengan Parlimen Johor Bahru dahulu.
Bekas Ketua Turus Angkatan Tentera Darat, Jen (B) Tan Sri Md Hashim Hussein diumum sebagai calon KEADILAN bagi Parlimen Johor Bahru pada PRU 13. Tan Sri Hashim hanya menyertai PKR pada 6 Mac lalu tetapi sudah berjaya mengenepikan Tan Poh Lai (Ketua Cabang PKR Johor Bahru). Aku pasti akan timbul rasa tidak puas hati dari pihak Tan yang selama ini bekerja keras di Johor Bahru. Pasti juga rakyat Johor jauh lebih rela memilih semula Tan Sri Sharir dari memilih calon yang ntah mana datangnya seperti Tan Sri Hashim.

Seterusnya di Kerusi Parlimen Batu Pahat. Datuk Idris Jauzi, bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki, selain aktivis Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Selaln itu beliau adalah Bekas Timbalan Ketua Pengarah BTN. Di Batu Pahat, ahli PKR sudah melobi Syed Hamid Ali (Ketua Cabang PKR Batu Pahat) sebagai calon mereka, tapi nampaknya Anwar Ibrahim lebih memilih kawan lamanya dari ABIM untuk mengenepikan Syed Hamid. Sepertimana beliau memilih kawan lamanya Datuk Fauzi untuk mengenepikan YB Azan di kerusi Parlimen Indera Mahkota Pahang. Sekali lagi, pasti penyokong Syed Hamid akan kecewa dengan keputusan ini.

Di Muar & Tebrau, calon yang dipilih kelihatan lebih baik berbanding di JB dan BP..Seorang pemuda lulusan London Institute of Public Relations, Mohd Hizwan Ahmad telah dipilih sebagai calon Parlimen Muar dan Steven Chong Siaw, seorang akauntan bertauliah dan aktivis badan bukan kerajaan (NGO) akan bertanding di Parlimen Tebrau.

Sekiranya BN mengekalkan calon sedia ada. Berikut adalah pertembungan di 4 kerusi Parlimen tersebut:

Parlimen Muar: Datuk Razali Ibrahim vs Hizwan Ahmad
(2008 - Datuk Razali menang majoriti 4,661)

Parlimen Tebrau : Datuk Teng Boon Soon vs Steven Chong
(2008 - Datuk Teng menang majoriti 14,658)

Parlimen Batu Pahat : Datuk Dr Puad Zarkashi vs Datuk Idris Jauzi
(2008 - Datuk Puad menang majoriti 12,704)

Parlimen Johor Bahru : Tan Sri Sharir Samad vs Tan Sri Md Hashim Hussein
(2008 - Tan Sri Sharir menang majoriti 25,349)

Aku masih menanti calon dari PR untuk Parlimen Pasir Gudang. Kalau ikut gerak kerja, Pemangku Pengerusi PKR Johor Dr Faidhi adalah calonnya. Namun ada desas desus Anwar mahu bawa sorang lagi bekas tentera bersara berjawatan Leftenan yang baru sertai PKR untuk bertanding disitu. Sama-sama kita nantikan.

Sungguh calon payung terjun ini adalah antara faktor goyahnya BN pada 2008. Ini kerana calon payung terjun ini akan membuatkan ahli akar umbi kawasan tersebut marah, kecewa dan cenderung untuk boikot. Semoga Anwar sedar bahawa mencalonkan kawan-kawannya ini akan menjadi penyumbang kepada pemberontakan dalaman parti ketika PRU-13 nanti. kepada calon BN, terus konsisten hingga ke penghujung. Kekal positif dan opitimis dalam misi 2/3 & Wawasan 2020. ~

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.