Pages

Wednesday, April 17, 2013

PKR merancang menang gaya sendiri.

 
Pakatan pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka akan menghadapi tindakan sabotaj secara besar-besaran oleh ahli-ahli parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


Bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong berkata, hal ini berlaku kerana banyak kalangan ahli parti tidak berpuas hati dengan pemilihan calon pada pilihan raya umum kali ini, yang didakwa ditentukan sepenuhnya oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, sumber-sumber rapat beliau memberitahu bahawa Anwar langsung tidak berbincang mengenai pemilihan calon di peringkat bahagian sebelum menetapkan nama-nama calon yang bertanding.

Sebaliknya, Anwar didakwa memilih calon yang digemarinya sendiri atau mereka yang rapat dengan Ketua Umum PKR itu.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.