Pages

Tuesday, April 16, 2013

Nik Aziz rebah dia akui masih kebas.


SHAH ALAM 15 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui masih kepenatan sehingga terpaksa menolak memberikan sidang akhbar selepas berucap selama hampir satu jam dalam program Bicara Cinta anjuran akhbar Sinar Harian di sini hari ini.

Beliau yang pada mulanya sudah bersedia untuk menghadiri sidang akhbar itu, berdiri seketika di hadapan sekumpulan wartawan tetapi kemudian membatalkan hasratnya itu sambil mengurut dada lalu beredar.


Para wartawan yang menanti bagi mendapatkan ulasan Menteri Besar Kelantan itu mengenai beberapa isu penting termasuk berkenaan penyebaran video yang dikatakan melibatkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berasa agak kecewa.

Terdahulu, Nik Abdul Aziz yang mengenakan jubah putih serta berserban putih tiba di Kompleks Media Karangkraf di sini kira-kira pukul 11 pagi dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard dan berjalan sambil memegang tongkat.

Dalam program tersebut, beliau menyampaikan ucapan sambil berdiri kira-kira hampir 25 minit kemudian melanjutkan bicara selama 20 minit lagi sambil duduk, dalam sesi soal jawab.

Semalam, Nik Abdul Aziz dilaporkan terpaksa didukung sejauh 100 meter dari tapak ceramah ke Masjid Jamek Parit Besar, Batu Pahat, Johor kerana keletihan berikutan program yang padat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 di sekitar negeri tersebut.

Difahamkan pada majlis tersebut beliau mengadu berasa kebas di bahagian kaki sehingga memaksa anggota parti mendukungnya.


No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.