Pages

Saturday, April 27, 2013

Milo Suam kasi tarik satu kali kasi masuk.

Hot ! Blogger Macai Milo Suam akan ditahan kerana fitnah Polis undi awal #PRU13 

Generasi Pejuang Bangsa 

Dua laporan polis dibuat terhadap laman blog `milosuam.blogspot.com' yang menyebarkan dakwaan kononnya pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia diarah mengundi awal. Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, satu laporan polis dibuat seorang pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dan satu lagi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya, petang semalam. "(Laporan blog itu) menggambarkan bahawa polis diarah untuk mengundi awal pada 23 April adalah sesuatu yang mengelirukan dan salah fakta," katanya pada sidang media, di sini.


Ramli berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 505 (B) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam seperti membuat, menerbit atau mengedar apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam atau mana-mana golongan awam. Ramli berkata, kes itu juga disiasat mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. 

Selain itu, katanya, Bukit Aman menerima 274 laporan polis berhubung PRU-13 menjadikan jumlah keseluruhan sehingga ini 906 laporan. Beliau juga memberitahu 1,410 aktiviti membabitkan PRU-13 berlangsung di seluruh negara semalam iaitu ceramah (591), perjumpaan dan mesyuarat (166), kunjungan rumah ke rumah (100), kempen (332) dan lain-lain sebanyak 221. "Jumlah tangkapan terkumpul sejak hari penamaan calon ialah 25 dengan tiga tangkapan dibuat semalam membabitkan kesalahan pilihan raya," katanya.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.