Pages

Monday, April 15, 2013

Kalau diri belum bersih pergi mandi.


Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Besih) Datuk S. Ambiga menyatakan kesediaannya menjadi penceramah jemputan bagi program-program anjuran Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, selama ini beliau sering dikatakan berkempen untuk PR dalam ceramah yang dihadirinya.

“Saya hadir di ceramah PR kerana mereka menjemput, saya akan hadir di ceramah BN jika mereka ajak saya untuk berkempen.


“Namun, saya tetap akan bercakap perkara sama, pilihan raya yang bersih serta tolak budaya rasuah,” katanya ketika memberi ucapan pada Ceramah kelompok ‘Masa Untuk Perubahan’, di Bangsar, kelmarin.

Ambiga yang merupakan jemputan khas penganjuran ceramah tersebut, menegaskan bahawa beliau berdiri sebagai badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

“Ini adalah masanya kita melawan penipuan dengan keluar mengundi beramai-ramai. “Bersih tidak memihak mana-mana, hanya memperjuangkan
hak rakyat, hak pilihan raya yang adil,” katanya.

Hadir sama pada sesi ceramah yang dihadiri kira-kira 300 orang itu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, dan bekas Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa.

R Sivarasa yang memulakan ucapan kira-kira jam 8.10 malam menyatakan perlunya untuk PR mengekal 82 kerusi di Parlimen dan mendapatkan lebih banyak kerusi pada PRU kali ini.

Sementara itu, Nurul Izzah ketika ucapannya, sekali lagi menekankan perlunya ‘padang’ yang sama rata dalam untuk PR memperjuangkan hak rakyat.

“Mahu lawan politik, boleh, tetapi mesejnya, warga kota dinafikan padang yang sama rata. Pelbagai cabaran saya sebagai Ahli Parlimen sebelum ini hadapi,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.