Dato' Seri Abdul Hadi Awang tidak suka mengaibkan pemimpin hatta kepada Datuk Seri Najib.
Presiden
Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang member respon bahawa Setiausaha Agung
Pas Dato’ Mustaffa Ali yang digemparkan dengan isu video sex tidak akan
bertanding dalam PRU 13.
Bagaimanapun beliau akan meneruskan perkhidmatan Dato’ Mustaffa Ali sebagai Pengarah Pilihanraya Pas Pusat.
“Dia bertanding semua di tempat di Malaysia, dia Pengarah Pilihanraya
Pas,” kata Haji Hadi kepada beberapa wartawan di perkarangan Masjid
Rusila tadi.
Mengulas lanjut dengan tragedi tersebar video sex Mustaffa Ali, Hadi berkata:
“Saya tak suka politik seperti ini dilakukan untuk mengaibkan pemimpin hatta kepada Dato’ Najib sekalipun”.
Presiden Pas berkata, beliau akan solat hajat bersendirian bagi
mendapat pertunjuk Allah mengenai isu pembongkaran video sex yang
dikaitkan dengan Setiausaha Agung Pas, Dato’ Mustaffa Ali.
Beliau juga turut mengulas tidak mustahil rakaman video tersebut
diedarkan oleh rakan parti dari pakatan rakyat sendiri untuk menjatuhkan
imej Mustaffa Ali memandangkan pembahagian kerusi calon PAS pada PRU 13
ini ditentukan oleh Mustaffa Ali.
Hadi juga turut mengesahkan
bahawa memang terdapat perebutan kerusi parlimen dan dun diantara PAS
dan PKR bagi menghadapi PRU 13 ini dan ianya amat merumitkan bagi kedua
dua parti untuk mencapai keputusan.
Sumber Sinar
No comments:
Post a Comment
Thank you for your idea. What you give, You get back.