Pages

Tuesday, April 30, 2013

Dato Hj Abdul Ghani sempena lawatanY.A.B Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak ke Southern University College.



Photo: YAB Dato' Hj Abdul Ghani sedang memberi ucapan alu-aluan.29hb April 2013. Jam 8.30 malam. Lokasi Southern University College, Taman Impian Emas JB. Majlis Ramah Mesra Bersama Y.A.B Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia telah dihadiri seramai 34 ribu orang daripada... penduduk sekitar DUN Skudai dan DUN Nusajaya yang berada di dalam kawasan Parlimen Gelang Patah. Ketiga-tiga Calon Barisan Nasional iaitu YAB Dato’ Hj. Abdul Ghani Bin Othman, Dr. Hj.Zaini Bin Abu Bakar dan En. Liang Ah Chai turut hadir sama pada majlis ini.



Jelas sekali majoriti penduduk tempatan di Parlimen Gelang Patah telah memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa mengutamakan kesejahteraan rakyat dan kestabilan ekonomi. Rata-rata penduduk-penduduk tersebut sangat selesan dan percaya kepada manifesto Barisan Nasional yang sentiasa menepati janji untuk kebaikan rakyat. 

Mereka menolak parti yang hanya tahu membuat ceramah yang banyak menabur fitnah dan membuat janji-janji palsu yang tidak masuk di akal untk melaksnakaannya. Mereka mahu Barisan Nasional kekal menjadi kerajaan dan meneruskan tradisi membela rakyat dan memakurkan Negara. Antara pemimpin-pemimpin besar negeri Johor yang turut sama hadir ialah Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien, Tan Sri Shahrir Samad, Dato’Seri Chua Soi Lek dan beberapa Exco Kerajaan Negeri Johor.
Photo: Pelbagai kaum dan peringkat umur antara hadiri yang hadir di dalam dewan

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.