Pages

Tuesday, April 30, 2013

Calon Bebas Pengerang Parlimen P157. Tak Mau tapi mau diri di pecat dari UMNO.

Calon Bebas bagi kerusi Parlimen P157 Pengerang, Mohd. Azaman Johari kali ini menggantung poster kempennya yang tertera 'Kami Bukan Pembangkang, Kami Rakan BN' pula.

Tindakkannya itu, bukan sahaja boleh mengelirukan orang ramai, malah disifatkan sebagai menipu masyarakat khususnya pengundi di kawasan Pengerang.

Berdasarkan maklumat yang diterima, bekas Naib Ketua UMNO cawangan Felda Adela itu turut dikatakan menunjukkan kad keahlian UMNO kepada pengundi ketika berkempen. Sedangkan beliau bukan lagi ahli UMNO dan surat pemecatannya juga telah dikeluarkan oleh Lembaga Disiplin parti.


Dalam hal ini  pihak bertanggungjawab dapat mengambil tindakan tegas kerana perkara ini adalah serius dan boleh memberikan kesan negatif ( pecah undi ) jika tidak ditangani segera.

Rasanya tak perlulah lagi mengaitkan diri tu dengan UMNO dan BN, kerana tindakkan berpindah (bertanding) di kerusi Bebas itu adalah satu tindakkan melanggar perlembagaan secara tidak langsung mengkhianati parti.

 
 
 Pssstttt..... Nah kalau nak tau, seramai 31 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari empat cawangan iaitu Sungai Rengit, Teluk Ramunia, Sungai Kapal dan Pengerang mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO dengan sebab pakatan pembangkang gagal memainkan peranan membantu golongan tersebut termasuk di Pengerang. 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your idea. What you give, You get back.