Pages

Thursday, August 11, 2016

Tun Musa Hitam persoalkan perlantikkan Individu terpalit tuduhan rasuah bagi mengetuai Felda?

Bekas timbalan perdana menteri Tun Musa Hitam berkata Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang diasaskan Tun Abdul Razak kini hanya dijadikan alat oleh anaknya Datuk Seri Najib Razak bagi meraih undi Melayu luar bandar.

Dalam buku terbaharunya “Frankly Speaking”, Musa turut mempersoalkan pelantikan individu yang terpalit dengan tuduhan rasuah bagi mengetuai Felda.

Musa, yang pernah mempengerusikan Felda, berkata Najib menjadikan Felda sebuah syarikat yang disenaraikan dengan harapan dapat meraih sokongan pengundi luar bandar melalui tawaran saham.

“Perkiraan politiknya mudah. Sekiranya Najib menggunakan Felda mendapatkan sokongan Melayu, peluangnya kekal berkuasa adalah baik. Malangnya, Felda kini menjadi masalah serius kepada kerajaan,” katanya, yang menjelaskan nilai saham Felda jatuh daripada RM5.39 pada Jun 2012 kepada RM1.54 setakat Mac tahun ini.

Katanya walaupun harga kelapa sawit sedunia memainkan peranan dalam kejatuhan nilai saham Felda, ia turut dilanda masalah salah urus dan rasuah.

Dalam buku setebal 443 muka surat itu, Musa turut mempersoalkan kriteria pelantikan jawatan tertinggi Felda.

“Felda kini ditadbir seorang pemimpin kanan Umno yang pernah digantung keahlian Umno selama tiga tahun kerana mengamalkan politik wang,” kata Musa, dipercayai merujuk bekas naib presiden Umno Tan Sri Isa Abdul Samad, yang dilantik pengerusi Felda pada 2010, dua tahun selepas tamat tempoh penggantungannya.

Tun M: Kebebasan ala Najib!!!

Tun M menulis dari dalam hospital. Tulisan ini adalah terjemahan dari artikel ini http://chedet.cc/?p=2208

KEBEBASAN ALA NAJIB

1.Najib memberitahu penonton belaannya bahawa saya mahu dia melakukan sesuatu mengikut telunjuk saya. Mungkin begitu walaupun saya tidak fikir ianya benar.

2.Tetapi jika dia mahu melakukan sesuatu dengan caranya tersendiri, seharusnya hendaklah sesuatu itu adalah yang terbaik untuk negara. Mempromosikan rasuah adalah tidak baik untuk negara mahupun sesiapa.

3.Memiliki 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadi juga tidak baik. Tidak ada Perdana Menteri Malaysia perlu memiliki jumlah wang Ringgit sebegitu di dalam akaun peribadi.

4.Dan sekarang pula tentang kesetiaan kepada institusi Presiden UMNO.

5. Jadi, apa pula selepas ini? Mungkinkah Presiden seumur hidup?

6. Dan selepas itu. Adanya pula dinasti. Mungkin juga Putera Mahkota. Tetapi dengan panggilan Timbalan Presiden. Dan mesti datang dari susur galur keluarga, termasuk isterinya.

7. Di zaman saya, saya dicabar. Tengku Razaleigh bertanding mencabar saya. Juga Musa Hitam. Empat daripada Menteri Kabinet saya menyokong pencabar saya. Saya tidak meminta mereka untuk setia kepada saya sebagai Presiden parti ketika itu.

8. Mereka kalah. Tetapi Menteri-Menteri terus menyambung tugas mereka sebagai Menteri. Salah seorang dari mereka telahpun menjadi Perdana Menteri.

9. Mereka tidak dan saya tidak mengharapkan mereka untuk menganggap saya sebagai institusi yang tidak boleh dicabar.

10. Ah! Adakah saya mempromosi anak saya sendiri? Tidak di zaman saya. Tidak pula semasa saya memegang puncak kuasa.

11. Tetapi apabila beliau melawan pertarungan secara sendirian, apakah saya perlu untuk menentang beliau? Jika beliau menang, maka menanglah. Jika kalah bukanlah saya penyebabnya. Beliau telahpun kalah ketika berpegang kepada prinsip yang sama seperti saya.

12. Saya sudah tua. Alhamdulillah, saya tidak nyanyuk. Saya dengan bangga menerima debat terbuka dengan Najib secara langsung di hadapan hadirin atau siaran langsung di TV.

13. Debat mestilah tentang mentadbir sebuah negara.

14. Saya mungkin kalah. Tunai mesti akan menang. Terpulang kepada rakyat Malaysia untuk menilai. Bukan TV3 atau NST atau penyokong saya.

15. Saya menulis dari hospital. Saya ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan pesanan agar saya segera sembuh.

16. Pesanan yang diberikan boleh membantu tetapi dengan memohon untuk menyertai parti baru adalah lebih baik.

Selamatkan Malaysia!