SPEXER 2000 Coastal merupakan sistem radar bagi melaksanakan pengawasan sempadan yang dibangunkan oleh Airbus Defence Space.
Radar yang pertama beroperasi diperlengkapkan dengan teknologi AESA.
Radar ini digunakan untuk mengesan dan mengklasfikasikan pelbagai sasaran di permukaan dan sasaran udara pada aras rendah termasuk pesawat ringan.
Radar ini berupaya untuk menjejak sesuatu sasaran dan pada masa yang sama melakukan pengawasan di sektor lain.
Radar SPEXER-2000 Coastal mampu mengesan seorang perenang pada jarak 900 meter, kapal pada jarak 40 kilometer, helikopter yang terbang rendah pada jarak 36 kilometer dan UAV pada jarak 9 kilometer.
Capaian Radar sejauh 247 kilometer. Mempunyai keupayaan mengatasi gangguan terhadap radar di laut.
Sebanyak 5 buah radar telah diperolehi oleh Malaysia akan siap pada tahun ini. Pemilihan radar ini sebagai mata dan telinga untuk mengawal pesisir merupakan satu kelebihan untuk negara.
Selain Malaysia SPEXER-2000 turut di gunakan oleh Tentera Darat Jerman.