Pages

Tuesday, December 6, 2016

TAKLIMAT NAJIB

1.Najib mendakwa bahawa sebabnya saya tidak sokongnya ialah kerana saya tidak dapat apa yang saya minta.

2.Bagi diri saya tidak ada apa pun yang saya minta. Tawaran Kerajaan untuk memberi percuma tanah di Putrajaya diwaktu saya letak jawatan, seperti kepada bekas Perdana Menteri yang lain, pun saya tolak. Saya minta untuk membeli tanah di Putrajaya dan saya bayar satu juta untuk sekeping. Duit ini dari tabung simpanan saya selama 29 tahun dalam Kerajaan. Tak hutang.

3.Hadiah yang diberi kepada saya semasa dalam Kerajaan saya pulangkan balik kepada Kerajaan. Semua boleh dilihat di Galeria Langkawi dan kediaman PM lama di Jalan Terengganu, off Jalan Damansara.

4.Yang saya minta dari Najib ialah untuk negara dan untuk rakyat. Semuanya ditolak tetapi dalam PRU13 saya masih sokong Najib. Walaupun saya menyatakan Najib harus berhenti jika pencapaiannya dalam PRU 13 lebih buruk dari Abdullah dalam PRU 12, setelah kemenangannya dalam PRU 13 lebih buruk dari Abdullah saya masih terus menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

5.Hanya apabila rahsia hutang dan kerugian 1MDB terbongkar barulah saya tarik sokongan saya daripada Najib.

6.Kalau kerana jambatan tidak dibina, sudah lama saya berhenti dari menyokongnya. Kalau kerana landasan berkembar elektrik tidak dibina dari Johor Bahru ke Padang Besar, sudah lama saya hentikan sokongan saya kepada Najib. Bukan kerana tidak layan permintaan saya untuk negara pun yang saya tarik sokongan saya dari Najib.

7.Najib biasa datang jumpa saya untuk bertanya apa yang saya hendak. Saya fikir ia ikhlas dan saya pun sebut beberapa projek pembangunan untuk negara. Kemudian saya sedar ia sedang mencuba sogok saya dengan cara ini supaya saya tidak bangkit soal 1MDB.

8.Tetapi kehilangan wang Kerajaan terlalu besar. Hanya kerana melayan saya tidak boleh dijadikan alasan bagi saya pejam mata berkenaan kehilangan duit Kerajaan berbillion-billion. Oleh itu saya teruskan juga membangkitkan soal 1MDB. Apatah lagi apabila 2.6 billion Ringgit tiba-tiba didapati ada dalam akaun persendirian Najib.

9.Tidak pernah dalam sejarah Malaysia merdeka, Perdana Menteri Malaysia memiliki sebegitu banyak duit. Untuk apa tujuan pun Perdana Menteri Malaysia tidak harus memiliki 2.6 billion Ringgit.

10.Yang jelas ialah tanpa duit yang begitu banyak, BN dan UMNO telah menang dengan berkali lebih baik dari Najib dalam PRU 13. Bukan wang yang boleh beri kemenangan. Khidmat pada rakyat dan keikhlasan niat yang memberi kemenangan bagi parti.

11. Kononnya duit ini diderma oleh penderma-penderma yang tidak suka dikenali. Mereka pula tidak sanggup memberi terus kepada UMNO tetapi sebagai “pemimpin” mereka sanggup beri hanya kepada Najib sebagai pemimpin untuk disimpan olehnya dalam akaun peribadi. Ini tidak masuk akal sama sekali melainkan ada niat untuk tidak menjelas dari mana duit itu datang, menyembunyi perbelanjaan.

12.Tuduhan dibuat bahawa Bank Negara tahu. Apa buktinya Bank Negara tahu. Kenapa laporan dari Bank Negara ditolak oleh AG. Apakah AG tidak percaya kepada Bank Negara sedangkan kita dikehendaki percaya Bank Negara berkenaan sesuatu yang hanya disebut oleh Najib, tidak oleh Bank Negara.

13.Adakah lebih meyakinkan jika laporan Bank Negara didedah daripada hanya Najib berkata Bank Negara tahu. Wang 50 million dan lebih yang dimasuk dalam mana-mana bank mesti mendapat kelulusan Bank Negara. Tunjuk sahaja bukti kelulusan Bank Negara berkenaan RM2.6 billion dan Najib akan dipercayai.

14.Percubaan memburukkan nama saya dengan berkata saya juga menyebabkan wang Kerajaan hilang kerana tindakan dan pelaburan yang merugikan. Najib sendiri mengaku bahawa dalam perniagaan adakala untung adakala rugi. Yang utama ialah segala yang dilakukan ditulis dalam akaun yang telus dan terbuka. Dan segala urusan dibuat oleh pengawai Kerajaan yang bertanggungjawab. Saya tidak terlibat dengan pengurusan terutama pengurusan modal wang. Tugas saya tamat dengan melulus pelaburan. Saya tidak menjadi pengurus atau penasihat eksekutif.

15.Sebaliknya Najib menubuh 1MDB yang dibiayai sebanyak 1 juta sahaja oleh Kerajaan. Najib juga menjadi Penasihat kepada 1MDB.

16.1MDB hutang RM42 billion Ringgit iaitu 42,000 kali ganda lebih besar dari modal. Wang ini dipinjam dengan faedah yang amat tinggi dan komisyen kepada Golden Sachs berjumlah 10%.

17.Wang ini diguna untuk beli stesen janakuasa yang usang dan hampir tamat lesen dengan harga lebih tinggi dari harga pasaran. Hutang sebanyak RM 8 billion diambil alih menjadi jumlah hutang RM50 billion.

18.Stesyen digabung menjadi Edra. Tetapi pulangan begitu rendah sehingga tidak dapat bayar faedah dan terpaksa dijual. Ia tidak boleh disenarai kerana akaunnya tidak dapat disah oleh juruaudit. Ia terpaksa dijual kepada syarikat negara Cina kerana TNB tidak dapat bayar harga yang boleh selesaikan hutang sebanyak RM 18 billion.

19.Baki hutang diguna untuk beli tanah Kerajaan dengan harga yang amat murah iaitu RM 60 skp sedangkan tanah berdekatan dijual dengan harga RM7000 skp. Harga belian tanah lapangan terbang tidak disebut.

20.Tanah yang diduduki oleh setinggan di Pulau Pinang dibeli dengan harga yang amat tinggi. Sukar untuk dibangun.

21.Percubaan dibuat untuk jual tanah Jalan Tun Razak yang dibeli dengan harga RM60 skp dari Kerajaan, kepada Tabung Haji dengan harga RM3000 skp (50 kali ganda harga beli). Wajarkah Kerajaan rugi sebanyak RM2940 skp. Inikah perniagaan stategik 1MDB?

22.Apakah saya pernah buat perkara-perkara seperti ini? Buktikan. Jangan tuduh melulu.

23.Kononnya ekonomi negara tidak teruk.

24.Hakikatnya nilai Ringgit dan harga saham jatuh dengan teruk. Kos sara hidup meningkat dengan GST, subsidi minyak diturunkan, tol dan tambang dinaikkan dll.

25.Pendapatan dinaikkan tetapi daya beli turun kerana nilai Ringgit jatuh. Pengangguran bertambah, termasuk dikalangan lulusan universiti. Perniagaan dan industry menghadapi masalah yang tidak dapat diatasi.

26.Apakah saya yang merosakkan imej negara?

27.Akhbar dunia telah melaporkan berkenaan Jho Low dan persahabatannya dengan Najib, cara hidupnya dan pembelian rumah mewah, pembiayaan filem Wolf of Wall Street bersama anak tiri Najib jauh lebih awal dari sebutan 1MDB oleh saya. Semua ini yang memburukkan imej negara. Ia menjadi lebih buruk kerana laporan tentang pelaburan 1MDB, dan kemudian wang yang terdapat dalam akaun peribadi Najib sebanyak RM 2.6 billion.

28.Jika ada sesiapa yang merosakkan imej Negara, ia adalah Dato Sri Najib sendiri. Sebelum ini imej Negara amat baik.

29.Jika apa yang dituduh Najib lakukan fitnah, Najib harus membuktikan semuanya tidak benar. Bahkan Najib perlu saman malu akhbar-akhbar yang melapor. Walaupun kononnya tindakan akan diambil, tetapi tidak ada apa-apa tindakan selain dari menakutkan sesiapa yang membuat teguran atau melapor kepada polis dengan disoal siasat oleh polis, dimasuk dalam tahanan dan dihadapkan kepada mahkamah. Tidak pernah terjadi dimana-mana bahawa orang yang melapor jenayah kepada polis dituduh mensabotaj demokrasi atau menguling Kerajaan. Juga peguam pihak yang mengadu disoal oleh polis dan dimasuk dalam tahanan.

30.Orang kampung mungkin tidak kisah. Sebabnya mungkin kerana akhbar tidak dibenar melapor. Tetapi hanya kerana orang kampung tidak ambil kisah, maka perbuatannya curang dan jenayah masih tidak boleh dihalalkan

Sebar luaskan pd rakyat...

Tuesday, November 22, 2016

SUSPEK:Pembunuhan kejam di Taman Scientex.

PASIR GUDANG - Kejam kerana cinta tidak berbalas seorang wanita dibunuh.

Kejadian di Taman Scientex di syaki pada pagi semalam 21/11/2016.

Suspek bunuh seorang perempaun india kerana balas dendam.

Perbuatan seumpama ini tidak boleh diterima oleh masyarakat. Mereka yang melakukan perbuatan ini harus diheret ke muka pengadilan dengan segera.

Friday, November 18, 2016

Kerajaan minta halusi MKN?

Krisis Perlembagaan 1993 telah melihat proses perundingan serta tolak ansur antara Majlis Raja-Raja dan Kerajaan sebelum ia menjadi undang-undang. Rundingan yang berlaku menunjukkan ada sikap saling menghormati satu sama lain.

Dalam isu MKN, Majlis Raja-Raja pada Februari 2016 telah meminta Kerajaan “menghalusi” semula cadangan tersebut untuk dipertimbangkan semula, tetapi Kerajaan Datuk Seri Najib Razak tidak mengendahkan pandangan tersebut. Ia diluluskan tanpa pindaan. Tiada sikap menghormati pandangan Majlis Raja-Raja ditunjukkan.

Sebelum pada itu, pada bulan Oktober 2015, Majlis Raja-Raja juga telah meminta kerajaan menyelesaikan dengan baik kontroversi 1MDB. Sekali lagi kerajaan telah mengambil sikap tidak bertindak sewajarnya dalam isu 1MDB.

Dalam krisis Perlembagaan 1993, kerajaan telah menunjukkan sikap lebih bijaksana, sanggup berbincang dan bertolak ansur, sementara dalam isu MKN:

1) Kerajaan mengambil sikap tidak mengendahkan langsung pandangan Majlis Raja Raja (termasuk dalam isu 1MDB beberapa bulan sebelum itu). Sikap menghormati pandangan Majlis Raja-Raja langsung tidak ditunjukkan.

2) DYMM Yang di-Pertuan Agong menandatangani Pindaan Perlembagaan 1993 setelah ada perbincangan dalam isu tersebut, sementara Akta MKN tidak ditandatangani setelah Kerajaan tidak menimbang cadangan untuk menghalusi cadangan MKN. Sikap menghormati Majlis Raja-Raja tidak ditunjukkan oleh kerajaan.

3) Sikap kerajaan yang tidak ingin bertolak ansur dan tidak menghormati Majlis Raja-Raja merugikan negara dalam isu MKN (dan juga isu 1MDB.)

4) Sikap Kerajaan Datuk Najib hari ini yang tidak menunjukkan kebijaksanaan dan sikap bertolak ansur terhadap Majlis Raja-Raja amatlah tidak menepati cara dan budi bicara Islam dan Melayu tempatan. Menteri menekankan mereka “mengikuti undang undang” seolah-olah budi bicara dan adat tidak penting langsung.

MKN tidak ditandatangani oleh DYMM Tuanku Agong kerana tiada sikap bijaksana dan angkuh ditunjukkan oleh Datuk Najib dalam menangani isu tersebut. Majlis Raja-Raja juga sedar betapa bahayanya MKN yang memberi kuasa “mutlak” kepada Perdana Menteri untuk mengistihar kawasan darurat tanpa merujuk kepada Agong dan ini akan meletakkan Negara dibawah risiko pemerintahan “kuku besi”.

Itulah sikap angkuh Datuk Najib terhadap Raja-Raja Melayu, kepada pembangkang dan juga Rakyat.

Raja Datuk Kamarul Bahrin Shah ialah ahli parlimen Kuala Terengganu – Malaysia Dateline

Sunday, November 13, 2016

Tahukah anda, Siapa Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting?

Tauke Genting Highlands, Lim Goh Tong, semasa bekerja di Cameron Highlands tertarik dengan persekitaran Cameron Highlands. Bila balik KL, dia pun mula mencari kawasan yang hampir sama dengan Cameron Highlands tapi dekat dengan KL.

Cari punya cari…dia jumpa satu kawasan tanah tinggi di Gunung Ulu Kali yang berketinggian 1800 kaki dari paras laut.

Gunung Ulu Kali terletak ditengah-tengah sempadan Selangor dan Pahang. Nak buat apa-apa projek pun, bukan senang…sebab kena deal dengan dua negeri.

Tapi Lim Goh Tong bukan bod oh…sebab dia tau orang Melayu boleh dibeli. Toksah kata orang kampung…bapak Menteri pun boleh dibeli.

Orang pertama dibeli oleh Lim Goh Tong ialah Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar. Toksah tengok title Tan Sri ataupun title Haji. Itu semua tak ada makna. Lim Goh Tong menubuhkan Syarikat Genting Highlands Berhad dan melantik Haji Mohamed Noah sebagai Pengarah.

Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas 12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Selangor. Dan sudah semestinya, perkara nak mintak tanah ni..Haji Mohamad Noah yang buat.

Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan Genting Highlands Berhad serta merta. Tapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri Besar Selangor masa tu tak setuju nak bagi macam tu saja. Dia memberikan hak milik 99 tahun kepada Genting Highlands Berhad.

Goh Tong tak setuju dengan pajakan 99 tahun, sebaliknya dia mahukan hakmilik kekal. Datuk Harun tak setuju, sebaliknya dia hanya mahu bagi pajakan 99 tahun. Akhirnya, Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan Tun Razak yang masa tu menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mendesak Datuk Harun suruh bagi juga kat Lim Goh Tong.

Datuk Harun terpaksa bersetuju dengan Tun Razak supaya memberikan tanah seluas 2,8000 ekar yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor kepada Lim Goh Tong. Apa tujuan untuk membangunkan Genting Highlands..yang tu aku tak payah cerita. Kalau yang tu pun hangpa tak tau..memang bod oh la.

Tun Razak pun aku tak payah cerita..sebab kalau tak tau dia tu bapak kepada Najib… tak tau nak kata la.

Cuma..berapa ramai yang tau siapa Tan Sri Haji Mohamed Noah yang menjadi kuda tunggangan Lim Goh Tong?

Tan Sri Haji Mohamed Noah adalah bapa mertua kepada Tun Razak. Datuk Najib jugak!! Anak Haji Mohamed Noah ialah Rahah (mak Najib) dan Suhaila (emak Hishamuddin).

Datuk kepada Najib dan Hishamuddin adalah kuda tunggangan Lim Goh Tong untuk mendapatkan 14,800 ekar tanah rizab Melayu untuk dijadikan pusat perjudian terkemuka didunia. Dan Pak Mentua dengan menantu bersepakat menggunakan kedudukan depa untuk mendapatkan persetujuan dua-dua kerajaan negeri.

Tun Razak dari Pahang jadi tak susah nak bodek Sultan Pahang. Manakala di Selangor, Tun Razak menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memaksa Datuk Harun Idris menyerahkan tanah milik kerajaan Selangor kepada Pak Mentua dia.

Cara meluluskan Genting Highland pun semua kelam kabut. Sapa yang menentang semua kena steamroll.

Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja-kerja membuat jalan dari Genting Sempah ke puncak gunung Ulu Kali bermula pada 18 Ogos 1965. Dalam masa empat bulan, semua proses permohonan tanah selesai. Masa tu kalau rakyat biasa nak tukar nama dalam geran pun mengambil masa dua tahun.

Najib Razak pewaris Genting

Sejarah selebihnya..yang tu hangpa cari sendiri la. Genting Highlands melalui beberapa proses pertukaran nama, percantuman, pertukaran pemegang saham.. akhirnya dimiliki sepenuhnya oleh Lim Goh Tong.

Sekarang ni…ada la dua tiga kerat Melayu yang jadi Pengarah non-eksekutif.. menguruskan pusat judi.

Tapi jangan risau banyak lagi tanah-tanah di Malaysia ni yang belum tergadai. Semua orang mempunyai pilihan…sama ada nak terus pilih generasi Tan Sri Mohamed Noah untuk menggadaikan tanah Melayu..atau campak saja depa kelaut.

Profail:

Tan Sri
Dato' Haji Mohammad Noah bin Omar / Maimun bin Haji Abdul Manaf

-Anak
-Rahah
-Suhaila
-Fakhriah
-Abu Rais

-Tun Rahah Mohammad Noah adalah isteri kepada
Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak Hussein (1971-1976)

-Toh Puan Suhaila menjadi isteri kepada
Perdana Menteri Malaysia ke-3 , Tun Hussein Onn (1976-1981).

Cucunya kini Mohd Najib bin Abdul Razak menjadi
Perdana Menteri Malaysia ke-6 .

Seorang lagi cucunya ialah Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang kini menjadi Menteri Dalam Negeri dalam kabinet Najib

Umno dan Genting Berhad

Bekas Spekaer Dewan Rakyat, bekas Pengerusi Genting Bhd serta datuk kepada Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Tan Sri Noah Omar memiliki 602,318,000 saham dalam Resort World Berhad.

Yayasan Noah memegang saham sebanyak 3,334,600 dalam Genting Berhad. Yayasan Noah kini diwarisi oleh Najib dan Hishammuddin. Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Amin Othman dan bekas Pegawai Bank, Dato’ Paduka Nik Hashim Yusof menjadi Pengarah Genting Berhad.

Salahsilah PM Melayu Islam Malaysia

Buku 'The Three Swan' ada menceritakan perjalanan hidup keluarga ini.Buku ini diterbitkan oleh MPH Group (M) Sdn. Bhd. (MPH) setebal 320, ditulis oleh anak kedua Fakhriah, Datuk Dr. Fawzia Abdullah

Sumber lain ;
My Dream oleh Mendiang Tan Sri Lim Goh Tong

Tan Sri Mohamad Noah Omar Dan Kisah Belakang Tabir Kasino Genting
http://manjongmari.blogspot.com/2012/06/tokwan.html

Tan Sri Mohamad Noah Omar Dan Kisah Belakang Tabir Kasino Genting
http://atsixty-zakriali.blogspot.com...dan-kisah.html/

UMNO dan kegiatan judi
http://www.tranungkite.net/v10/modul...rder=0&thold=0

Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..
http://penpasksgb.blogspot.com/2011/...-kini-dan.html

NAJIB SURUH CONTOHI DAN IKUTI MENDIANG LIM GOH TONG
http://www.bernama.com/

Koleksi UMNO dan JUDI dulu kini dan selamanya..
http://penpasksgb.blogspot.com/2011/...-kini-dan.html

Jangan salahkan pencuri.. sebab kerja pencuri ialah mencuri. Salahkan diri sendiri sebab terus membenarkan pencuri bermaharajalela
 
Kalu ada silap minta rakan rakan bagi fakta minta betulkan supaya semua kita tahu kebenaran cari kebenaran..pilih kebenaran.

Thursday, November 10, 2016

SEMUT HITAM UKHUWAH TIADA ERTI IRI HATI DAN PUTUS ASA.


SEMUT ADALAH SEEKOR BINATANG YANG KITA BOLEH CONTOHI DARI SEGI UKHWAH MEREKA YANG SERING BERKERJASAMA DALAM MEMBINA KUMPULAN MEREKA.

SEMUT JUGA TIDAK TAMAK APABILA MEREKA JUMPA REZEKI DAN PASTI MEMANGGIL KAWAN-KAWAN MEREKA.

SEMUT JUGA BERKERJA SAMA APABILA TEMPAT TINGGAL MEREKA DI MESNAHKAN. UNTUK MEMBINA PENEMPATAN BARU.

ITULAH SEDIKIT TENTANG SEMUT. WALAUPUN BERLAINAN WARNA DAN SPESIS. IANYA TETAP SEEKOR SEMUT DAN TETAP DENGAN PRINSIPNYA.

WALAUPUN DALAM APA JUA CUACA DAN KEADAAN.

RASANYA YANG LAIN BOLEH FAHAM ERTI PERJUANG MAKHLUK YANG BERNAMA SEMUT.

Yangg paling ketara dan penting sekali yang ada pada prinsip semut tu ialah
TIDAK ADA ERTI IRI HATI DAN TIDAK ADA ERTI PUTUS ASA.

Semut makhluk ALLAH yang hebat BERSATU PADU UKHWAH. Yang hebat berani MEMPERTAHANKAN hak nya bila diceroboh.

SOLLULLAH ALAIH MUHAMMAD.

SEMUT HITAM!!!

SERUAN#

Marilah perjuang Melayu Islam tajamkan iltizam dan rapatkan saff.

Politik adalah platform untuk kita melaksanakan tugas kita.

Jangan biarkan *politik membentuk kita///kita membentuk politik.*

Kepimpinan perlu dipilih dari *pemimpin yang berakhlak dan beretika agar matlamat perjuangan kita tercapai.*

Kita perlu berada dalam kelompok yang besar agar *kuasa penentu dan suara kita dihormati.*

*Segala galanya bukan wang...walaupun semuanya memerlukan wang.*

Wasalam

*SEMUT HITAM*

Donal Trump menang!!!

Donald Trump sudah menang dan akan ditabal sebagai Presiden sebuah negara kuasa besar dunia !

Apakah yang bakal beliau lakukan ?

1.Melarang semua Muslim memasuki negaranya.

2.Menghapuskan TPPA

3.Membina tembok di sempadan Amerika - Mexico

4.Membenar peguam negaranya Loretta lynch membuat sapina keatas saksi 1 MDB serta menangkap dan menahan orang yang terlibat dengan penipuan serta penggubahan wang haram milik rakyat Malaysia.Dan banyak lagi kejutan utk seluruh dunia.

Wednesday, November 9, 2016

APA ITU "SUB JUDICE" ??? KENYATAAN AZALINA INI YANG TERTAKLUK KEPADA "SUBJUDICE" !!!

Siri : 478

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

APA ITU "SUB JUDICE" ???  KENYATAAN AZALINA INI YANG TERTAKLUK KEPADA "SUBJUDICE" !!!

1. Wahai AZALINA, banyak sangat penyelewengan maksud "SUB JUDICE" yang diperlakukan oleh pihak kerajaan untuk menidakkan perbincangan sah TINDAKAN SITAAN DoJ di Amerika Syarikat dan ISU 1MDB, dari didebat dan dibincang di PARLIMEN !!

2. Namun, Wahai AZALINA sekarang awak yang seBENARnya MELANGGARI prinsip "SUB JUDICE" TERANG-TERANGAN !!!

3. Kedua-dua Pemohon, iaitu, ZAHID MOHD ARIP dan DS AZMIN ALI, telah secara berasingan memfailkan PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang masih dalam proses perbicaraan, di mana permohonan asas di sana adalah, untuk MENYAHTARAF KLASIFIKASI LAPORAN AUDIT NEGARA di bawah "OSA" !!! Tarikh akan datang untuk kedua-dua permohonan itu, di Mahkamah adalah 18.11.2016 !!!

4. Namun anda, AZALINA, tanpa usul periksa dan dalam cara MENGHINA PROSIDING MAHKAMAH melanggar prinsip "SUB JUDICE" dengan mengeluarkan kenyataan sedangkal ini, seperti yang dilaporkan di bawah :

“Untuk maklumat ahli yang berhormat, laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB adalah khusus untuk PAC. Laporan tersebut telah dibincangkan oleh PAC sebelum dimuktamadkan,”

WAHAI AZALINA, SIAPA YANG SEBENARNYA LANGGAR PRINSIP "SUB JUDICE" ??? !!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!!

Saturday, November 5, 2016

Menjalin Silaturahim antara dua Insan demi perpaduan umah.

Pertemuan Tun Dr Siti Hasmah Ali dengan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merupakan satu lambang perpaduan yang sedang terjalin erat dalam kalangan anggota serta parti-parti daripada Pakatan Harapan, kata bekas pemimpin akar umbi Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Beliau berkata, pertemuan itu juga membuktikan perpaduan dalam kalangan Pakatan Harapan amat tulen dan menunjukkan jiwa besar mereka untuk menyelamatkan Malaysia daripada kerajaan BN yang korup.

"Apa yang terjadi ini telah meyakinkan keseluruhan rakyat bahawa jiwa besar Datuk Seri Dr wan Azizah dan Tun Dr Siti Hasmah bahawa tokoh-tokoh pemimpin dari Pakatan Harapan amat berpegang erat pada hukum Islam yang tulen.

"Mereka sanggup bersalaman dan berpeluk serta lupa segala sengketa lama serta melihat ke hadapan secara positif dengan satu nekad untuk tumbangkan Najib dan kerajaan paling korup dalam sejarah politik tanah air kita.

"Pertemuan yang dirahmati oleh Allah swt ini telah membuka mata rakyat secara seluas-luasnya," katanya dalam satu kenyataan.

Semalam, Tun Siti Hasmah mengunjungi Wan Azizah di rumahnya di Segambut, Kuala Lumpur.

Sebelum ini, suami mereka, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengejutkan politik tanah air apabila mereka kembali bersalaman selepas 18 tahun bermusuh.

Khairuddin berkata, reaksi rakyat terhadap detik sejarah ini telah meninggalkan satu kesan yang cukup positif pada Pakatan Harapan dan rakyat semakin yakin dengan perpaduan di antara parti-parti dari Pakatan Harapan.

"Pertemuan bersejarah ini memberi satu suntikan baru di kalangan ahli-ahli akar umbi Pakatan Harapan untuk terus bersatu serta berganding bahu ke arah kita menawan putrajaya selepas PRU14 kelak," katanya lagi.

Dalam pertemuan selama sejam 40 minit itu kedua tokoh sempat bertukar-tukar cenderahati sebelum Tun Siti Hasmah berangkat pulang manakala Wan Azizah membuat persiapan untuk bertolak ke Johor.

Dalam pertemuan itu Tun Siti Hasmah menghadiahkan memoir peribadi beliau kepada Wan Azizah. Manakala Wan Azizah pula telah menghadiahkan produk susu kambing untuk kesihatan.

Friday, November 4, 2016

Titah Sultan Johor pada perhimpunan Bangsa Johor Pasir Gudang!!! Tukar Pemimpin Jika tidak membawa suara rakyat pada Pilihanraya.

JIKA TIDAK PUAS HATI DENGAN KERAJAAN. SALURKANLAH MELALUI WAKIL-WAKIL RAKYAT YANG TELAH DIPILIH. DAN JIKA WAKIL RAKYAT GAGAL MEMBAWA SUARA HATI RAKYAT MAKA PILIHLAH PEMIMPIN YANG BARU. APABILA TIBA PILIHANRAYA YANG AKAN DATANG.- TITAH SULTAN JOHOR.

CUBIT PEHA KIRI TERASA PEHA KANAN.

JANGAN HANYA BERSORAK KETIKA MENANG DAN MENGUTUK PASUKAN APABILA KALAH.

BARU-BARU INI, ADA SEORANG PEMIMPIN ATASAN YANG TELAH MELATAH TERHADAP KATA-KATA YANG DIKELUARKAN OLEH TUNKU MAHKOTA.

DIA DENGAN ANGKUHNYA MENYERANG ANAK SAYA DAN MENDESAK TUNKU MAHKOTA MEMOHON MAAF SECARA BERTULIS KEPADANYA.

SUKA SAYA INGATKAN KEPADA INDIVIDU TERSEBUT AGAR JANGAN TERLALU BERLAGAK.

INI NEGERI JOHOR  DAN TUNKU MAHKOTA ADALAH ANAK SAYA, “CUBIT PEHA KIRI, PEHA KANAN JUGA TERASA SAKIT”.

JIKA HENDAK MENEGUR, TEGURLAH DENGAN BAIK. PEMIMPIN JENIS APAKAH INI  KALAU TIDAK TAHU BERADAB? 

SAYA AKAN MAKLUMKAN PERKARA INI KEPADA PERDANA MENTERI  KERANA INDIVIDU TERSEBUT ADALAH SEORANG MENTERI KABINET.

HIMPUNAN BANGSA JOHOR BERTEMPAT DI STADIUM TERTUTUP MAJLIS PERBADANAN PASIR GUDANG. 3 NOVEMBER 2016.

ISU UCAPAN TS MUHYIDDIN, DS SHAFIE DAN DS HUSNI SEMASA DEBAT BELANJAWAN DI PARLIMEN : ADAKAH SPEAKER PARLIMEN, JMM & KELAB N87 TELAH MELAKUKAN KESALAHAN?

Siri : 466

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
Assalamualaikum dan Salaam Sejahtera : JENAYAH ??? !!!

1. Pada awal pagi ini, jam 12.52 pagi, Jumaat, 04.11.2016, DS KHAIRUDDIN ABU HASSAN telah membuat satu Laporan Polis di Bali Polis Sentul Rep 019697/16, yang antara lain menyatakan :

(a) aduan terhadap kandungan kenyataan SPEAKER PARLIMEN pada 26.10.2016 di LUAR DEWAN PARLIMEN berkaitaN dakwaan SPEAKER PARLIMEN bahawa Ucapan TS Muhyiddin Yassin, DS Shafie Apdal dan DS Amad Husni Hanadzlah, semasa Debat Belanjawan di Parlimen, adalah kononnya berlanggaran Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Sumpah Simpan Rahsia !!

(b) aduan terhadap JMM dan Sahabat 87 Wilayah Persekutuan, yang talah pada 28 & 29.10.2016, masing-masing telah membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga Ahli Parlimen itu, dan kononnya mereka didakwa telah melanggari undang-udang jenayah negara ini yang sama !!

(c) bahawa tindakan SPEAKER PARLIMEN serta, JMM dan Sahabat 87 Wilayah Persekutuan itu merupakan ugutan dan intimidasi, serta cubaan untuk menghalang/mengganggu perjalanan biasa sistem demokrasi Parlimen negara ini !!

(d) bahawa pihak polis dipohon menyiasat SPEAKER PARLIMEN serta, JMM dan Sahabat 87 Wilayah Persekutuan itu, di atas perlanggaran Seksyen 506 (ugutan/intimidasi jenayah) dan Seksyen 124C (cubaan untuk mengganggu perjalanan biasa sistem demokrasi Parlimen negara Malaysia), kedua-duanya di bawah KANUN KESEKSAAN !!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

Wednesday, November 2, 2016

*SENARAI MAJLIS PIMPINAN TERTINGGI PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA (PPBM)*

*PENGERUSI*

Y.A. BHG TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

*PRESIDEN*

YB TAN DATO’ SRI MUHYIDDIN BIN MOHD YASSIN

*TIMBALAN PRESIDEN*

YB DATO’ SERI MUKHRIZ BIN TUN DR. MAHATHIR

*NAIB PRESIDEN*

1.TAN SRI ABDUL RASHID BIN ABDUL RAHMAN
2.DATO’ ABDUL RASHID BIN ASARI
3.DATO’ HAMIDAH BINTI OSMAN

*KETUA SRIKANDI*

PUAN ANINA BINTI SAADUDIN

*KETUA PEMUDA*

SYED SADDIQ BIN SYED ABDUL RAHMAN

*SETIAUSAHA AGUNG*

DATO’ DR. SHAHRUDDIN BIN MD. SALLEH

*BENDAHARI*

DATO’ MOHD SALLEH BIN BAJURI

*KETUA PENERANGAN*

DATO’ KAMARUDDIN BIN MOHD NOR

*AHLI MAJLIS PIMPINAN TERTINGGI*

1.KAMARULAZMAN BIN HABIBUR RAHMAN (AHLI MPT - DILANTIK)

2.AKRAMSYAH MUAMMAR UBAIDAH BIN SANUSI (AHLI MPT – DILANTIK)

3.MOHD. RAFIQ NAIZAMOHIDEEN (AHLI MPT  - DILANTIK)

4.MOHD REDZUAN BIN MD. YUSOF (AHLI MPT – DILANTIK)

5.DATUK DR. RAIS HUSSIN BIN MOHAMED ARIF (AHLI MPT – DILANTIK)

6.DATO’ A. KADIR BIN JASIN (AHLI MPT – DIPILIH)

7.MUHAMMAD ZAHID BIN MAT ARIP (AHLI MPT – DIPILIH)

8.DATO’ NORDIN SALLEH (AHLI MPT – DIPILIH)

9.MARZUKI BIN YAHYA (AHLI MPT – DIPILIH)

10.TAN SRI ABD AZIZ BIN MOHD YASSIN (AHLI MPT – DIPILIH)

11.AHMAD FAIZAL BIN AZUMU (AHLI MPT – DIPILIH)

12.TARIQ ISMAIL BIB MUSTAFA (AHLI MPT – DIPILIH)

13.DATUK DR. SUKIMAN SARMANI (AHLI MPT – DIPILIH)

14.HAZLINDA ABD LATIF (AHLI MPT – DIPILIH)

15.NAJWAH HALIMAH BINT ABD HALIM (AHLI MPT – DIPILIH)

16.ULYA AWAMAH BINTI HUSAMUDDIN (AHLI MPT – DIPILIH)

17.DR. MUHAMMAD FAIZ NA’AMAN (AHLI MPT – DIPILIH)

18.ABU BAKAR BIN YAHYA (AHLI MPT – DIPILIH)

19.WAN MOHD SHAHRIR BIN ABD JALIL (AHLI MPT – DIPILIH)

KETUA SETIAUSAHA NEGARA TOLONG JAWAB KENAPA BUDAK PENGKHIANAT RIZA AZIZ BERADA DALAM PESAWAT KERAJAAN MALAYSIA?!

Ketua setiausaha negara (ksn) tolong jawab kepada keseluruhan 30 juta rakyat malaysia kenapa budak pengkhianat kepada bangsa, agama dan tanahair ini berada di atas pesawat khas kerajaan bersama rombongan perdana menteri paling korup ke negara china?!

Riza aziz yang telah mengkhianati rakyat dan negara malaysia tidak layak sama sekali untuk menjejak kakinya di atas pesawat khas milik kerajaan malaysia!!

Budak pengkhianat ini sudah pun dimaklumkan oleh jabatan peguam negara amerika syarikat bersekongkol dengan jho lo menyeleweng berbillion ringgit wang rakyat dari syarikat 1mdb!!

Saya nak tanya ketua setiausaha negara apakah jawatan riza aziz dalam kerajaan?! Apakah mungkin pengkhianat negara yang tiada kaitan langsung dengan kerajaan dibenarkan mengguna kemudahan kerajaan malaysia!!

Bagi saya ini juga adalah sebahagian daripada salahguna kuasa perdana menteri paling korup!! Anak tiri beliau adalah simbol kebencian serta kekecewaan rakyat malaysia yang menentang amalan rasuah serta penyelewengan!!

Dalam isu ini, ketua setiausaha negara sedang berhutang penjelasan kepada semua rakyat malaysia kerana amalan ini amat bercanggah dengan etika perkhidmatan awam mahupun kerajaan malaysia!!

Ketua setiausaha negara jangan ambil mudah dan isu ini!! Beliau mesti terang dan beri justifikasi kepada semua pembayar cukai kenapa perkara ini dibenarkan berlaku?!

Apakah mungkin penyangak pengkhianat negara dibenarkan mengguna kemudahan milik kerajaan malaysia?!

Dari:
KHAIRUDDIN ABU HASSAN

Sunday, October 30, 2016

AMBIKKAU : KENAPA PERLU TERLONCAT GEMBIRA, KHAIRUDDIN BUKANNYA MASUK UMNO PUN?

Apabila Khairuddin Abu Hassan, bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan yang dikenali mempunyai hubungan rapat dengan Tun Mahathir Mohamad mengambil keputusan keluar dari PPBM atas alasan untuk memberi tumpuan kepada beberapa kes mahkamah yang sedang dihadapinya, ada pemimpin UMNO yang tiba-tiba terloncat kegembiraan.

Mereka terus membuat kesimpulan bahawa PPBM tiada masa depan, sedang berpecah dan sebagai tanda hilang keyakinan terhadap parti itu.

Tidakkah UMNO sedar mereka sudah kehilangan bekas Presiden, bekas Timbalan Presiden, bekas Naib Presiden, bekas Pengerusi Perhubungan Kedah serta ratusan ribu ahlinya sejak PPBM ditubuhkan?

Lagi pun, Khairuddin hanya keluar PPBM untuk menumpukan kes-kes mahkamahnya tanpa mahu dikaitkan dengan parti itu dan tidak sama sekali beralih arah untuk menyertai UMNO.

Malah, Khairuddin tetap kekal dengan perjuangan untuk menyingkirkan Najib Razak yang dianggapnya sebagai Perdana Menteri paling korup yang  sedang memimpin sebuah kerajaan yang kleptokrasi di negara ini.

Selain itu, beliau juga berikrar untuk terus menyumbang ke arah mengukuhkan PPBM untuk menambah keahlian serta sebagai wadah perjuangan untuk menggantikan UMNO dan BN.

Jadi, di mana untungnya UMNO dengan keluarnya Khairuddin daripada PPBM itu? Di mana tanda-tanda PPBM sedang berpecah?

Untuk seterusnya, bacalah kenyataan penuh Khairuddin mengenai tindakannya itu seperti di bawah ini:- (SH 30/10/2016)

PARTI BERSATU TETAP KUAT TANPA SAYA!! TIADA SIAPA BOLEH PISAHKAN SAYA DENGAN YABHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD KECUALI ALLAH SWT!!

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tetap kuat dan utuh tanpa saya!! Saya hanya ahli biasa yang amat kerdil!!  Walaupun saya meninggalkan Bersatu untuk tumpu agenda jatuhkan Najib Tun Razak melalui saluran undang-undang; parti Bersatu tetap popular!!

Generasi muda dan rakyat atas pagar tetap memilih parti Bersatu sebagai platform baru perjuangan lawan perdana menteri paling korup serta kerajaan kleptokrasi!!

Pemimpin-pemimpin kaki bodek minda lemah otak udang UMNO jangan cuba alih perhatian dan laksanakan propaganda kononnya penarikan diri saya menunjukkan Bersatu bakal hancur!!

Siapalah saya ini yang nak boleh mengakibatkan parti Bersatu gagal?! Saya keluar dari parti Bersatu tidak meninggalkan sebarang kesan atau impak langsung!! Ini adalah kerana saya bukan tokoh pemimpin parti Bersatu!! Saya hanya ahli biasa!!

Dalam apa kapasiti dan di mana saya berada setakat ini; secara jujur dan ikhlas saya merayu serta memohon kepada keseluruhan rakyat jelata untuk sokong parti Bersatu!!

Insya-Allah parti Bersatu bakal bawa satu dimensi perubahan politik secara total di tanahair kita kearah untuk Selamatkan Malaysia!!

Saya akan tetap berkempen untuk menambah keahlian parti Bersatu!! Saya juga akan tetap membantu parti Bersatu dari luar demi wadah perjuangan untuk tumbangkan lanun bugis @ Najib Tun Razak, UMNO dan Barisan Nasional!! Saya tidak akan tinggal parti Bersatu secara total pada hakikatnya!!

YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad adalah segala-galanya bagi saya!! Tiada siapa yang boleh pisahkan saya dengan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad kecuali Allah swt!!

Selagi hayat dikandung badan; maka selagi itulah saya akan memperhambakan diri untuk YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad!!

Berita saya keluar dari parti Bersatu menjadi viral oleh puak-puak bangang UMNO kerana mereka amat takut dengan kebangkitan Bersatu!!

Insya-Allah dari luar saya akan tetap main peranan untuk mengukuhkan parti Bersatu agar ia akan menjadi sebuah parti yang paling dihormati dalam lanskap politik tanahair kita!!

DATO SRI KHAIRUDDIN ABU HASSAN
29 Oct 2016.

Terkini: Pesanan dari Dato Sri Khairuddin kepada PPBM?

Jangan mudah percaya dgn spin puak2 nak laga2kan kita...!! Saya sudah kata akan bekerja dan sokong Bersatu dari luar!!

Semua kena rakam taat setia pd tun m dan tsmy sekiranya nak jadi pengikut Bersatu yang baik!! Jangan berpuak2 dalam parti Bersatu!!

Parti Bersatu milik semua ahli2 yg yakin dgn wadah perjuangannya!! Kaki-kaki bodek minda lemah otak udang umno akan gagal utk porak peranda kita semua!!

Di mana saya berada tidak penting!! Yang penting fokus kpd agenda untuk tumbangkan lanun bugis@najib razak secara kadar segera!!

Saturday, October 29, 2016

The Arab destroyed a ballistic missile fired.

RIYADH — The Arab coalition fighting in Yemen intercepted and destroyed a ballistic missile fired by the Houthi rebels 65 kilometers away from the holy city of Makkah.

The missile was fired from Yemen’s Saada province just across the Saudi border at around 9 p.m. Thursday, a coalition statement carried by the Saudi Press Agency reported.

The coalition has been carrying out a bombing campaign against the rebels since March last year and there have been strikes toward Saudi cities in the border region. Saudi Arabia has deployed Patriot missiles to intercept the rebel fire.

“The Houthi rebels launched a missile toward the Makkah area on Thursday evening from their Saada province stronghold just across the border,” the coalition statement said. “The air defense was able to intercept and destroyed it about 65 kilometers from Makkah without any damage,” it added.

Makkah lies more than 500 kilometers from the Yemen border.

It is the second time this month that the rebels have fired a missile of that range. On Oct. 9, the coalition said it had intercepted a missile near Taif, the site of a Saudi airbase some 65 kilometers from Makkah.

In a separate incident on Thursday, rebel fire hit a two-story residential building in the border city of Jazan but there were no casualties, the Civil Defense agency said.

Friday, October 28, 2016

Kisah Benar Trajidi Jambatan Pulau Pinang ke 2?

Terus terang aku katakan. Bila terbaca kisah ini. Air mata turun tanpa di sedari.

Adakah anda pernah kehilangan orang yang tersayang?

Tetapi kisah ini memang benar-benar menyayat hati dan naluri aku.

Siri : 446 ( Haniff Khatri )

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
Assalamualaikum dan Salaam Sejahtera :

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

1. Di medan antara bangsa, tidak begitu lama dahulu,  menurut catatannya, peristiwa pemberkasan satu gerai sayur MOHAMMED BOUAZIZI oleh seoarang pegawai penguatkuasa FAIDA HAMDY (gambar besar-atas) pada 17.12.2010, lebih 6 tahun lalu, telah menyebabkan  lelaki muda itu "membakar dirinya". dan seterusnya menjadi pencetus pembangkitan rakyat di TUNISIA dan seterusnya menular ke beberapa negara lain seperti Libya dan Mesir, yang kini adalah lebih dikenali sebagai "ARAB SPRING !

2. Walau apa sekalipun kritikan orangramai, samada dalam negara, mahupun antarabangsa, berhubung pergerakan "ARAB SPRING" itu, ada yang positif dan menyokong, dan ada juga yang negatif dan membangkang. Hakikatnya adalah, walau sehingga kini sekalipun, ada di kalangan negara-negara tersebut, masih dihantui oleh ketidaktenteraman dan kehancuran ekonomi, kerosakan infrastruktur, mahupun kecau-ganggu sosial. Baki negara yang lain pula, walaupun cuba mengorak langkah ke arah ketenteraman dan kestabilan, namun masih terdedah kepada bayangan kehancuran yang baru berlalu, serta ranjau berliku dan berduri, dalam memajukan semula struktur jentera negara !

3. Kembali seketika ke tanahair, pada hari ini, Jumaat, 28.10.2016, Rakyat telah digemparkan dengan penemuan mayat seorang lelaki (3 gambar bawah) yang dikatakan telah mengambil pilihan untuk membunuh diri, dengan terjun dari Jambatan Pulau Pinang Ke-2 pada pagi Rabu, 26.10.2016, selepas meninggalkan pesanan panjang pada facebooknya yang berkisar tentang keluhan dan rungutan berkaitan kesusahan yang menyelembungi kehidupannya. Setelah menceritakan perihal kes jenayah yang dihadapinya di Mahkamah, dan berulangkali mengungkapkan kasih sayangnya kepada ahli keluarganya, sambil meminta ampun dan maaf di atas pilihan jalan penyelesaiannya itu, kandungan pesanan itu juga, antara lain,  mengandungi kritikan beliau kepada kerajaan dan pemimpin politik seperti berikut " :

" Ku amat tertekan dengan kerajaan yang zalim ... ",

" Ya, aku mengaku salah, perkara itu salah. Tetapi hukumannya tak setimpal. Yang Pengarah tibai berjuta boleh lepas pulak dengan duit jaminan.",

" Celaka punya pimpinan kerajaan sekarang. Beniaga kedai runcit kampung saja bukan untung besar pun. Margin cukup nipis dibebani dengan GST lagi. Memang kerajaan sekarang zalim.",

" Dengan ini aku memilih untuk berkorban sebagai rakyat yang dizalimi.",

" Biarlah aku berkorban demi rakyat Malaysia walau aku nanti akan dikecam dan dihina.",

" Aku benarkan status terakhirku ini jadi viral untuk beritahu kita dipimpin pemimpin yang zalim.",

" Dan yang terakhir buat presiden PAS janganlah tertipu dengan pimpinan UMNO. Depa wayang saja kata dok sokong rang undang undang yang nak dibawa itu agar pembangkang berpecah.",
" Bersatulah kembali menjadi pembangkang yang kuat, agar nasib macam aku terbela. ... " !

(Kandungan yang dipetik di atas adalah dari apa yang dikatakan kandungan status terakhir Arwah pada facebooknya, yang sudahpun di"viral" dengan berleluasa di alam maya.)

4. SERIBU ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat handai Arwah. Al-FATIHAH !

5. Saya sudahi dengan pesanan jujur dan ikhlas saya kepada KESEMUA YANG BERKENAAN, seperti berikut :

Kepada kesemua PENJAWAT AWAM, anda adalah penjawat awam dan bukannya pekerja kerajaan. Tatkala berhadapan dengan SALAHLAKU dan KORUPSI, ingatlah harapan dan amanah Rakyat prihatin yang terletak pada bahu anda !!

Kepada kesemua JABATAN PERLAKSANAAN JENAYAH  awam, termasuk PDRM dan SPRM, berwaspadalah setiap jenayah oleh pemimpin atasan bukan sahaja menjejaskan mangsa terdekat, malah meluas kepada kesengsaraan seluruh lapisan masyarakat !!

Kepada "PEGUAM NEGARA", anda adalah payung keadilan, untuk melindungi kesemua Rakyat dari dihujani kesusahan dek SALAHLAKU WANG mahupun SALAHLAKU KUASA, dengan mengheret ke MAHKAMAH akan mereka yang bersalah,  tanpa mengira ketinggian pangkat pimpinan mereka !!

Kepada SPEAKER PARLIMEN, laksanakanlah TANGGUNGJAWAB anda sebagai "HAKIM PARLIMEN", dengan adil dan saksama, supaya amanah Rakyat dapat dikerjakan sebaiknya oleh kesemua ahli Parlimen, dengan membincangkan kemelut Rakyat dengan benar dan ikhlas dalam DEWAN PARLIMEN untuk kesejahteraan Rakyat !!

Kepada kesemua AHLI PARLIMEN kerajaan dan pembangkang, jalankanlah kerja anda dengan ikhlas dan jujur dalam menyuarakan dan menyoal kesemua permasalahan yang sudah lama terZAHIR di seluruh pelusuk tanah air kita !!

Kepada kesemua JEMAAH MENTERI, waspadalah dengan SUMPAH JAWATAN yang telah anda semua ikrarkan di hadapan DYMM YANG DIPERTUAN AGONG, untuk memelihata keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-undang !!

Kepada PERDANA MENTERI, cukup-cukuplah, dan sudah-sudahlah dengan pelbagai kerahsiaan, percanggahan dan tindakan yang menjurus kepada konduk SALAHLAKU JENAYAH dan SALAHLAKU KUASA selama ini. Awas ! Dunia ini cuma bersifat sementara, dan jangan sampai dibaluti dengan sumpah seranah Rakyat jelata berbilang bangsa !! Masih belum terlewat untuk UNDUR DIRI secara terhormat, IN SHAA ALLAH !!

Kepada KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA YDPA dan KEBAWAH DULI-DULI RAJA-RAJA MELAYU, patik merafak sembah mohon ampun KEBAWAH DULI TUANKU mencemar Duli untuk melaksanakan tuntutan Rakyat Tuanku seperti terkandung dalam DEKLARASI RAKYAT. Ampun Tuanku, Rakyat Tuanku dahagakan KEBAWAH DULI TUANKU mencemar Duli mencurahkan kasih sayang Tuanku kepada Rakyat Tuanku. Ampun Tuanku !!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

Wednesday, October 26, 2016

UCAPAN PERBAHASAN BAJET 2017

YB TAN SRI DATO’ HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN.

AHLI PARLIMEN PAGOH.

Tuan Yang di-Pertua,

1.​Saya mengucapkan terima kasih di atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengambi bahagian dalam perbahasan Bajet 2017. Saya mengambil peluang ini untuk menyentuh beberapa perkara asas berkaitan dengan bajet dan pengurusan ekonomi negara.

2.​Pertamanya ialah mengenai tadbirurus ekonomi (economic governance). Bercakap mengenai soal ini, saya tidak dapat lari daripada menyentuh satu isu yang amat menggelisahkan kita hari ini iaitu isu 1MDB.

3.​Dahulu saya duduk di sebelah sana dan hari ini saya berdiri di sebelah sini pun kerana saya bercakap mengenai isu 1MDB. Saya meragui kewajaran Perdana Menteri menubuhkan 1MDB dan menjadi Pengerusi Lembaga Penasihatnya. Saya mempersoalkan mengapa 1MDB yang bermodal hanya RM1 juta tetapi menanggung liabiliti sehingga RM42 bilion disebabkan kerugian dan kehilangan wang yang tidak diketahui sebabnya. Akhirnya 1MDB menghadapi masalah kecairan wang tunai yang teruk sehingga tidak dapat membayar hutang piutangnya. Saya juga bertanya ke mana wang 1MDB lesap dan bagaimana sejumlah RM2.6 billion dijumpai dalam akaun peribadi Malaysian Official One?

4.​Banyak perkara yang saya bangkitkan mengenai skandal 1MDB ketika saya masih di dalam kerajaan. Saya tidak bersetuju dengan Perdana Menteri hampir dalam semua perkara yang melibatkan 1MDB. Semasa di dalam kerajaan saya menolak pelan rasionalisasi 1MDB untuk menyelesaikan hutang-hutang yang bertimbun menerusi penjualan aset-asetnya yang diperolehi dengan harga yang murah daripada kerajaan kerana saya percaya ada elemen-elemen terselindung yang tidak dijelaskan dengan nyata. Pelan tersebut tidak dibuat oleh pihak pakar yang bebas, tetapi disediakan secara dalaman sahaja oleh Kementerian Kewangan. Seolahnya Malaysian Official One ingin menyembunyikan fakta-fakta penting mengenai penyelewengan 1MDB daripada diketahui oleh pihak lain.

5.​Malah, selepas mesyuarat kabinet saya menghubungi mantan Peguam Negara dan bertanyakan beliau adakah wajar kabinet memutuskan pelan penstrukturan semula 1MDB. Bukankah itu tanggungjawab Lembaga Pengarah 1MDB? Peguam Negara bersetuju dengan pandangan saya dan kemudiannya keputusan kabinet ditukar daripada meluluskan pelan rasionalisasi 1MDB kepada mengambil maklum sahaja tentang cadangan tersebut. Jelas terbukti sekarang bahawa teguran saya terhadap pelan rasionalisasi 1MDB yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Tambun sebagai Menteri Kewangan II pada ketika itu adalah berasas bilaman apa yang diluluskan oleh Jemaah Menteri tidak dilaksanakan malahan apa yang berlaku hari ini berlainan sekali dari apa yang sepatutnya dilaksanakan.

6.​Begitu juga apabila kabinet diminta meluluskan pembiayaan sebanyak RM3 bilion kepada 1MDB untuk membayar faedah pinjamannya. Saya berasa amat tidak selesa dengan keputusan itu. Bilamana syarikat 1MDB ditubuh, kabinet langsung tidak dirujuk. Kehilangan wang berbilion ringgit pun tidak tidak dilapor kepada kabinet. Tetapi apabila syarikat ini menghadapi masalah untuk membayar hutang, barulah Perdana Menteri merujuk kepada kabinet untuk meminta sejumlah wang yang besar daripada kerajaan. Ini suatu tindakan yang amat tidak bertanggungjawab dan bertentangan dengan prinsip tadbirurus ekonomi yang baik. Tiada ketelusan dan akuntabiliti. Saya amat tidak bersetuju dengan tindakan itu. Akhirnya, keputusan untuk meluluskan pembiayaan sebanyak RM3 bilion kepada 1MDB ditukar kepada kredit tersedia sebanyak RM950 juta.

7.​Akhirnya, apabila masalah 1MDB menjadi semakin parah, kerajaan terpaksa menanggung semua hutang-piutang 1MDB yang asalnya berjumlah RM42 bilion dan sehingga tahun lalu meningkat kepada RM53 bilion. Jumlah ini akan meningkat dari masa ke semasa apabila ditambah faedah yang mesti dibayar. Ini adalah satu kerugian yang amat besar kepada rakyat kerana wang rakyat terpaksa digunakan untuk membayar hutang 1MDB. Adakah wajar rakyat menanggung beban hutang sedangkan wang 1MDB telah dicuri dan disalahgunakan sewenang-wenangnya oleh Malaysian Official One dan konco-konconya untuk berfoya-foya dan bermewah?

8.​Saya berdoa semoga Malaysian Official One diberikan hidayah oleh Allah s.w.t. untuk mengakui kesilapannya, memohon maaf dan bertaubat nasuha di atas segala kemungkaran yang dilakukan. Rakyat yang bermaruah pastinya tidak akan bertolak ansur dengan kemungkaran. Malah adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk melawan dan mengubah kemungkaran. Sepertimana sabda Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadith sahih:

Yang bermaksud:

Barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka ubahlah ia dengan tangannya (yakni kuasa), jika tidak mampu maka (ubahlah) dengan lisannya, jika tidak mampu maka (ubahlah) dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemah iman.

9.​Keduanya ialah tentang institusi-institusi penting negara seperti Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia yang gagal berfungsi atau menjadi, dengan izin, dysfunctional. Institusi-institusi ini telah disalahgunakan oleh Malaysian Official One untuk melindungi kesalahan jenayah besar yang telah dilakukannya. Peguam Negara dipecat, pegawai-pegawai SPRM ditukar dan dibersarakan, Gabenor Bank Negara diugut dan Ketua Polis Negara telah gagal melaksanakan amanah.

10.​Integriti institusi-institusi ini semakin dipersoalkan. Ketika pihak berkuasa di luar negara mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram yang ada kaitan langsung dengan 1MDB, di Malaysia seolahnya tiada apa yang berlaku. Di Amerika Syarikat, Peguam Negara memfailkan saman ke atas individu-individu yang dikaitakan dengan 1MDB, termasuk anak tiri Najib Razak. Peguam Negara Amerika Syarikat menemui bukti-bukti kukuh mengenai perlakuan jenayah kleptokrasi yang terbesar dalam sejarah dunia yang melibatkan kehilangan wang berjumlah sekurang-kurangnya US$3.5 bilion atau RM28 bilion. Di Singapura, beberapa buah bank ditutup kerana terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram yang ada kaitan dengan 1MDB. Di Switzerland, pihak berkuasa kewangan negara itu mendapati beberapa buah bank melanggar undang-undang mengenai pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan transaksi 1MDB. Semuanya bertumpu kepada skandal 1MDB yang mana Pengerusi Lembaga Penasihatnya adalah Perdana Menteri.

11.​Tetapi di Malaysia tiada apa yang berlaku. Kenapa senyap sunyi? Seolah-olah siasatan terhadap salahlaku oleh mereka yang terlibat secara langsung dalam skandal 1MDB tidak dikuatkuasakan! Siasatan terhadap bekas CEO Shahrul Halmi tidak diambil. Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah yang berhenti tidak disiasat dan dilepaskan begitu saja. Tiada seorang pun dipecat atau dihadapkan ke mahkamah atas salahlaku yang dibuat oleh mereka. Yang nyata seolah-olah segala yang berlaku ini disahkan oleh Perdana Menteri. Peguam Negara yang baharu pun tidak menemui sebarang bukti untuk mendakwa sesiapapun yang terlibat dalam skandal 1MDB. Walaupun ada bukti RM42 juta wang SRC International masuk ke dalam akaun Perdana Menteri, tetapi Peguam Negara mendapati Perdana Menteri tidak melakukan apa-apa perbuatan jenayah. Pelik dan ajaib! Kalau seringgit pun duit syarikat milik kerajaan masuk ke dalam akaun penjawat awam tanpa ada sebab munasabah merupakan satu perbuatan rasuah, inikan pula RM42 juta masuk ke dalam akaun Perdana Menteri. Bagaimana Peguam Negara boleh mengatakan ini bukan perbuatan rasuah? Betapa rosaknya institusi Peguam Negara di bawah telunjuk Malaysian Official One!

12.​Seingat saya janji kerajaan bahawa isu dan masalah 1MDB ini akan diselesaikan pada tahun 2016 sebagaimana yang dibuat dalam cadangan rasionalisasi 1MDB hanya merupakan khayalan yang tidak mampu dilaksanakan dengan berlalunya tahun 2016 tidak lama lagi. Benarlah sebagaimana yang disebutkan oleh Ketua Audit Negara mengenai 1MDB bahawa tahap pematuhan (compliance) dengan tadbir urus korporatnya adalah di tahap paling lemah.

13.​Isu ketiga yang saya ingin bangkitkan di Dewan yang mulia ini ialah tentang kedudukan kewangan kerajaan yang semakin meruncing dan ketahanan ekonomi negara yang kian lemah.

14.​Jelas, bajet untuk tahun hadapan dibentangkan dalam keadaan hasil kerajaan merosot hampir 10 peratus yang sebahagian besarnya disebabkan oleh kejatuhan harga minyak dunia. Purata harga minyak dunia telah jatuh daripada US$100 setong pada tahun 2014 kepada kira-kira US$52 pada tahun 2015, dan kini dengan purata kira-kira US$42. Akibat kemerosotan hasil kerajaan, defisit bajet negara kita telah meningkat kepada hampir 4 peratus pada bulan Ogos 2016. Begitu juga dengan hutang kerajaan yang semakin membebankan. Pada bulan Jun 2016, hutang kerajaan dilaporkan berjumlah RM655.7 bilion atau 53.2 peratus kepada KDNK. Jika diambil kira hutang 1MDB yang kini berjumlah lebih RM50 bilion, yang sebahagian besarnya dijamin oleh kerajaan, hutang kerajaan kepada KDNK adalah melebihi had 55 peratus yang ditetapkan.

15.​Ini menunjukkan bahawa kedudukan kewangan kerajaan amat meruncing. Dengan bayaran faedah bagi hutang kerajaan meningkat daripada RM20.3 bilion pada tahun 2013 kepada RM28.9 bilion pada tahun 2017, kutipan cukai GST sebanyak RM30 bilion nampaknya akan habis digunakan untuk menampung bayaran faedah sahaja.

16.​Malah, jika dilihat akan unjuran pendapatan tahun hadapan sekitar RM220 bilion, kerajaan mencadang akan membelanjakan sebanyak 97% daripada pendapatan negara untuk perbelanjaan mengurus. Ini amat merisaukan. Hanya lebih kurang RM5 billion sahaja yang ada untuk perbelanjaan pembangunan, maka dengan itu kerajaan terpaksa berhutang lagi sebanyak RM40 bilion untuk perbelanjaan pembangunan pada tahun hadapan.

17.​Lebih merisaukan kita ialah ketahanan ekonomi Malaysia yang semakin lemah. Hutang isirumah telah meningkat secara mendadak daripada RM90 bilion pada tahun 1997 kepada RM847 bilion pada tahun 2015, iaitu pertumbuhan hutang sebanyak 841 peratus. Hari ini, hutang isirumah Malaysia mencecah 89.9 peratus kepada KDNK, iaitu antara yang tertinggi di Asia.

18.​Saya bimbang dalam keadaan hutang kerajaan dan isirumah meningkat, rizab antarabangsa berkurangan, nilai ringgit jatuh, harga komoditi rendah dan kadar inflasi tinggi, negara kita tidak mampu bertahan jika berlaku serangan sepekulasi matawang, na’uzubillahi min zalik. Ketika ringgit kita diserang pada tahun 1997 sekurang-kurangnya rizab antarabangsa kita masih kukuh, harga komoditi masih tinggi dan kerajaan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk melaksanakan langkah-langkah rangsangan ekonomi dan mengeluarkan negara daripada krisis.

19.​Malangnya, bajet 2017 yang dibentangkan oleh Malaysian Official One langsung tidak menunjukkan bahawa kerajaan serius serta mempunyai pelan yang jelas untuk memulihkan ekonomi negara dan mempersiapkan Malaysia bagi menghadapi sebarang kemungkinan buruk yang akan berlaku akibat ketahanan ekonomi negara yang lemah.

Tuan Yang di-Pertua,

20.​Di awal ucapan saya tadi, saya menyebut tentang isu 1MDB. Mungkin ada yang mempersoalkan mengapa saya membangkitkan isu ini. Apa kaitannya dengan bajet? Apa kaitannya dengan kepentingan rakyat?

21.​Kaitannya dengan bajet adalah jelas. RM53 bilion hutang 1MDB kini ditanggung oleh kerajaan. Tetapi malangnya, Malaysian Official One tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana hutang piutang ini hendak dibayar oleh kerajaan.

22.​Persoalannya, adakah kerajaan mempunyai sumber kewangan yang mencukupi untuk melunaskan hutang piutang ini? Tentunya segala tanggungan ini perlu dilunaskan dengan menggunakan sumber dana kerajaan, iaitu sumber sama yang diagihkan kepada kementerian-kementerian dan agensi-agensi kerajaan dalam bajet yang dibentangkan. Apakah nantinya kementerian-kementerian akan menerima peruntukan yang lebih kecil berbanding apa yang dijanjikan di dalam bajet kerana kerajaan terpaksa menggunakan sumber yang sedia ada untuk membayar hutang piutang yang ditanggung akibat penyelewengan dan kepincangan dalam tadbir urus negara? Persoalan ini mesti dijelaskan oleh Malaysian Official One.

23.​Isu 1MDB juga mempunyai kaitan langsung dengan rakyat. Saya berjumpa dengan orang ramai dan bertanya kepada mereka 1MDB ini milik siapa? Mereka jawab milik Najib. Ada yang jawab milik Rosmah. Saya kata salah! 1MDB milik rakyat! Kemudian saya bertanya, siapa akan membayar hutang 1MDB? Mereka jawab rakyat akan bayar!

24.​Rakyat sebenarnya cerdik. Mereka tahu skandal 1MDB membawa padah secara langsung ke atas nasib mereka. Yang cuba menafikan hakikat ini hanyalah Menteri-Menteri, pegawai-pegawai JASA dan cybertroopers UMNO yang sememangnya diupah untuk berbohong dan menegakkan benang yang basah!

25.​Selain itu, skandal 1MDB mempunyai kesan negatif ke atas nilai ringgit yang menjunam. Ya, banyak faktor yang mempengaruhi kenaikan atau kejatuhan nilai matawang, tetapi skandal 1MDB adalah salah satu fakor utama yang mempengaruhi sentimen pasaran terhadap ringgit. Walaupun dikatakan asas ekonomi kita kukuh, tetapi kehilangan keyakinan terhadap Malaysia akibat skandal 1MDB menyebabkan nilai ringgit jatuh ke paras yang lebih rendah. Pakar-pakar ekonomi mengatakan berdasarkan perkiraan asas ekonomi, nilai ringgit kita tidak sepatutnya melebihi RM3.50 berbanding US$1.00. Yang lebih daripada itu adalah sentimen.

26.​Sebab itu rakyat merungut mengenai kenaikan harga barang. Saya pergi ke pasar bertanya seorang makcik apa yang beliau beli? Katanya tak banyak tapi harganya lebih mahal daripada dahulu. Kalau dahulu dengan wang RM50.00 sudah boleh membeli barang satu bakul, sekarang dengan nilai yang sama hanya separuh bakul sahaja yang mampu dibeli.

27.​Ini sebenarnya adalah kesan daripada kejatuhan nilai ringgit. Banyak barang makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, beras, daging, kelapa dan lain-lain yang diimport. Apabila nilai ringgit jatuh, maka harga barang-barang ini akan menjadi lebih mahal. Jadi mana boleh dikatakan masalah 1MDB tiada kesan kepada rakyat. Kerana sentimen pasaran yang negatif terhadap negara kitalah, yang sebahagian besarnya disebabkan oleh skandal 1MDB, nilai ringgit kita jatuh, harga barangan yang diimport menjadi lebih mahal dan rakyat menanggung beban kos sara hidup yang tinggi.

Tuan Yang di-Pertua,

28.​Saya ingin mengucapkan tahniah juga kepada Perdana Menteri. Beliau pandai menggunakan sumber yang ada untuk membina persepsi bahawa semuanya berada dalam keadaan yang baik. Dengan izin, everything is okay! Cash is King! Banyak gula-gula diberikan kepada rakyat dalam Bajet 2017. Tetapi gula-gula ini manisnya hanya sementara. Ia umpama candu ekonomi untuk membuatkan orang khayal sebentar dibuai mimpi yang indah-indah. Sedangkan penyakit sebenar ekonomi negara kita tidak dirawat. Ubat yang pahit tidak diberikan untuk memulihkan ekonomi negara yang sedang tenat. 

29.​Pembentangan bajet pada tahun ini pun agak berlainan berbanding tahun-tahun sebelum ini. Ada grandstanding. Ada props. Biasanya grandstanding dan props digunakan untuk mencantikkan sesuatu yang sebenarnya tidak cantik. Ia sekadar suatu silap mata untuk menutup kelemahan dalam pengurusan ekonomi negara. Kos sara hidup meningkat, hutang negara bertimbun, perniagaan perlahan, syarikat membuang pekerja, pengangguran meningkat, perbelanjaan pengguna menurun, hasil kerajaan merosot, peruntukan untuk kementerian-kementerian dipotong, wang dalam khazanah negara lesap dan sumber kerajaan digunakan untuk membayar hutang.

30.​Namum, dalam keadaan yang meruncing sebegini pun, kita berasa amat kesal kerana kerajaan masih mengambil sikap, dengan izin,  “business as usual”. Perbelanjaan untuk kebajikan rakyat seperti biasiswa, perkhidmatan kesihatan dan subsidi barangan asas telah dipotong, namun gaji dan elaun Menteri kekal seperti biasa. Malah projek-projek mega yang hanya menguntungkan beberapa kerat kroni diteruskan tanpa diusik sedikit pun. Tiada pun disebut dengan jelas bagaimana kerajaan bercadang menjana peluang pekerjaaan untuk mengatasi masalah kadar pengangguran semakin meningkat.

31.​Baru-baru ini ketika para mahasiswa kita yang berada di dalam mahupun di luar negara keluh kesah kerana tidak menerima biasiswa seperti yang dijanjikan dan para pesakit terpaksa membayar sendiri kos perubatan di hospital-hospital kerajaan, Perdana Menteri dengan bangganya merasmikan projek pengindahan Taman Tugu Negara yang menelan belanja sebanyak RM650 juta. Nampaknya, kerajaan pimpinan Malaysian Official One ini lebih mementingkan pengindahan taman yang pastinya menguntungkan segelintir pihak daripada nasib para pelajar dan pesakit di negara kita yang amat memerlukan bantuan kerajaan.

32.​Kerajaan juga nampaknya langsung tidak prihatin dengan masalah kos sara hidup rakyat. Ketika rakyat mengharapkan bantuan kerajaan untuk meringankan beban yang ditanggung, kerajaan sebaliknya menghapuskan subsidi minyak masak yang pastinya akan menyebabkan harga makanan meningkat dan menambah beban kos sara hidup rakyat. Sedangkan isu sebenar iaitu masalah ketirisan dalam pengagihan subsidi kerajaan tidak diatasi dengan baik. Misalnya, kerajaan menanggung kerugian sebanyak RM540 juta setahun akibat kegiatan penyeludupan minyak masak yang gagal dibendung oleh pihak berkuasa.

33.​Ini tidak termasuk ketirisan-ketirisan lain. Berdasarkan kajian yang dibuat ke atas Laporan Tahunan Ketua Audit Negara, kerajaan mengalami kerugian antara RM23 bilion hingga RM40 billion setahun disebabkan kelemahan dalam penguatkuasaan dan gejala rasuah dan penyelewengan yang berleluasa.

34.​Kita juga sedang berhadapan dengan pertumbuhan ekonomi yang semakin perlahan yang sebahagian besarnya disebabkan oleh persekitaran luaran yang lemah dan keyakinan terhadap ekonomi domestik yang merosot teruk. Dalam keadaan ini, fokus seharusnya diberikan kepada usaha untuk merangsang permintaan domestik. Ini bermakna, peruntukan perlu diberikan kepada sektor-sektor yang mewujudkan peluang pekerjaan, dan pada masa yang sama menghasilkan aliran masuk pertukaran asing. Elaun pelaburan semula bagi sektor-sektor ini perlu diperkenalkan dan projek-projek yang mempunyai kandungan import yang tinggi boleh ditangguhkan.

35.​Nasib pekerja boleh dilindungi dengan memperkenalkan skim insurans pengangguran. Laporan Bank Negara Malaysia menunjukkan hanya 1 daripada 10 rakyat Malaysia boleh menyara hidup lebih daripada 6 bulan jika mereka kehilangan pendapatan utama. Kos sara hidup juga boleh dikurangkan dengan mengurangkan kos barangan makanan. Antara langkah sementara yang boleh diambil ialah menghapuskan GST untuk barangan runcit tertentu seperti susu tepung, kicap, sos cili dan barangan asas yang lain. Untuk mengurangkan beban kos perubatan, terutamanya bagi penyakit kritikal, kerajaan boleh mempertimbangkan pengeluaran wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membeli insuran perubatan.

36.​Inilah antara langkah-langkah yang sepatutnya diambil oleh kerajaan, bukannya menyuruh graduan yang telah melabur puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan segulung ijazah menjual nasik lemak, ataupun rakyat berkerja siang dan malam sebagai pemandu Uber. Ini bukanlah penyelesaian yang rakyat harapkan daripada kerajaan. Tanpa disuruh oleh kerajaan pun mereka mungkin akan melakukan kedua-dua perkara ini untuk memperolehi rezeki yang halal dan menyara kehidupan.

Tuan Yang di-Pertua,

37.​Bajet yang dibentangkan oleh kerajaan bukanlah satu bajet yang realistik. Ia langsung tidak memenuhi kehendak rakyat dari segi keperluan menangani kos sara hidup yang semakin meningkat. Ia juga tidak mengandungi satu perancangan yang jelas untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara, mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baharu dan menambahkan pendapatan rakyat. Peruntukan kepada kementerian-kementerian yang bertanggungjawab menyampaikan perkhidmatan-perkhidmatan utama kepada rakyat seperti pendidikan dan kesihatan dipotong. Isu tadbirurus ekonomi (economic governance) tidak ditangani dengan baik sehingga menjejaskan keyakinan pelabur dan rakyat terhadap ekonomi negara.

38.​Sebaliknya, pada pandangan saya, bajet 2017 hanya sarat dengan gula-gula politik sekadar untuk menutup segala kelemahan dan kepincangan Malaysian Official One yang telah mencuri dan merompak khazanah negara.

Terima kasih.

Tuesday, October 25, 2016

Parti Peribumi Bersatu Malaysia Pulai mengerakkan Sukarelawan untuk mangsa kebakaran di HSA!!!

Ya Allah permudahkanlah urusan sahabat-sahabat sukarelawan PPBM. Rahmatilah mereka dan selamatkanlah mereka dalam kerja amal yang dilakukan.

Ini laporan setiap masa dari kami Sukarelawan PPBM Pulai seperti dibawah mewakili semua ahli part
Ahli PPBM Pulai telah bergerak dengan pasukan nya.

Sekarang Tok Salim sedang mengerakan biro bantuan amal beliau di Hospital Permai, Area Pulai.

Tok Salim dan Ahli PPBM Pulai sedang mengerakan Bantuan Sokongan Moral dengan membantu menjaga pesakit yang ditempatkan di Hospital Permai.

Update dari Biro Bantuan PPBM Pulai. Mangsa yang dipindahkan di Hospital Permai didalam keadaan baik , terkawal , stabil emosi pesakit dan keluarga mereka.

Bersama samala kita mendoakan Mangsa dan Sukarelawan PPBM Pulai dirahmati Allah.

Terkini dari PPBM Pulai membantu Hospital Permai Setup Ward untuk menerima kedatangan mangsa lagi.

Alhamdulliah Tn Hj Solihan berkat doa Jemaah PPBM pada Pasukan Sukarelawan PPBM Pulai agar kami diberi kekuatan dan tenaga agar kami dapat berkhidmat kerana Allah.

Bersyukur juga PPBM Pulai telah mendapat keparcayaan dari Pengarah Hospital Permai Dr Kadir dan Timbalan Pengarah HSA Dr Fatimah untuk Sukarelawan PPBM Pulai ini dalam keadaan *bersiap siaga* pada malam ini sekiranya mereka memanggil pasukan PPBM Pulai ini untuk membantu pada malam ini.

Buat masa sekarang kami pulang dan berehat bagi solat dan membersihkan diri In Sha Allah.

Mendungnya cuaca bersedihnya suasana di Johor Bahru. Deritanya lagi rakyat yang menaggungnya.

Peristiwa melibatkan Api di Johor pada hari ini 251016

"3 PERKARA BESAR YANG BERLAKU DI JOHOR HARI INI PADA TARIK 25.10.2016"

1) Kebakaran di Wad ICU Hospital Sultanah Aminah .

i) 6 Korban Maut
ii) 2 Terbakar
iii) 2 CP

2) Berlaku letupan di Petronas Mount Austin .

i) 1 Meninggal Dunia

3) SMK Taman Daya 2 terbakar akibat disambar petir, bumbung SMK Taman Daya 2 terbakar .

4) Bilik Guru SMK Taman Molek Terbakar . Punca tidak pasti.

Tuanku Sultan Johor perkenan mengunakan Wad DIRaja.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah dibuka dan digunakan untuk menempatkan pesakit Unit Rawatan Rapi (ICU)

Baginda bertitah " Tak pakai kan, pakai tidak mengapa saya kasi"

Begitulah ke perihatinan Baginda Sultan Johor terhadap rakyatnya.

Semoga Baginda Tuanku mendapat kerahmatan kemuliaan keselamatan dunia dan akhirat.

TERKINI : PERMISURI JOHOR MELAWAT MANGSA KEBAKARAN HOSPITAL SULTANAH AMINAH ( HSA )

Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah melawat mangsa kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA) selepas kejadian kebakaran di Unit Rawatan Rapi ( ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Terkini: Ucapan Takziah dari Presiden PPBM Kepada keluarga Mangsa yang terlibat dalam kebakaran di Wad Kecemasan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Saya ingin merakamkan ucapan takziah dari seluruh warga Parti Pribumi Bersatu Malaysia kepada waris dan ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam kebakaran di wad kecemasan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pagi ini.

Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa yang terkorban.

Saya berharap agar keluarga mangsa tabah menghadapi ujian dan dugaan yang getir ini.

Juga ribuan terima kasih kepada anggota penyelamat dan petugas hospital yang bertungkus lumus membantu mangsa. Semoga kita semua dilindungi Allah SWT.

Salam takziah, Al-Fatihah.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
25 Oktober 2016 🌺

Sukhoi SU-30MKM membuat latihan penerbangan punca misteri gegaran bunyi letupan bom yang kuat?

KUALA TERENGGANU: Misteri gegaran seperti bunyi letupan bom yang kuat kira-kira satu atau dua saat hingga menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk di negeri ini petang kelmarin terungkai apabila Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan bunyi itu dikeluarkan pesawat Sukhoi SU-30 MKM.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, bunyi bising itu dikeluarkan pesawat Sukhoi yang diuji pandu di ruang udara.

Pegawai Perhubungan Awam TUDM, Mejar Zulkiflee Abdul Latiff, berkata pesawat yang terbang pada ketinggian 36,000 kaki ke atas dari aras laut itu sedang mengadakan latihan penerbangan bagi persiapan rapi sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima 07).

Beliau berkata, pesawat itu membuat latihan bermula kelmarin hingga berlangsungnya Lima 07 yang bakal bermula 4 Disember ini.

Katanya, pesawat itu akan terbang melebihi had laju bunyi (supersonic) yang menghasilkan dentuman bunyi (sonic boom) kuat di udara.

"Orang ramai diminta tidak terkejut atau cemas berikutan bunyi bising yang dikeluarkan pesawat yang terbang di ruang udara.

"TUDM akan menjalankan tugas latihan penerbangan ini dalam memastikan kepentingan negara terpelihara, dihormati dan disegani sempena Lima 07," katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan berikutan laporan bandar Kuala Terengganu dikejutkan dengan gegaran seperti bunyi letupan bom kira-kira jam 4 petang.

Dentuman yang turut menghasilkan gegaran selama kira-kira satu hingga dua saat itu mengejutkan sebahagian pengunjung pusat beli-belah di negeri ini dan difahamkan turut dirasai hingga ke Kemaman, Marang, Dungun dan Besut.

Tinjauan di beberapa lokasi di sini juga mendapati penduduk yang ditemui merasai gegaran selepas letupan walaupun singkat.

Malah, beberapa penduduk yang ditemui menyifatkan bunyi yang mereka dengar dan gegaran yang dirasai seperti bunyi bom dari dasar laut.

Sunday, October 23, 2016

SELAMAT HUT VAT 69 ke 47 !!!

LIVE UPDATE: HARI ULANG TAHUN UNIT 69 KOMANDO PDRM

Sejarah mencatatkan Komando 69 Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan antara pasukan keselamatan Tanah Melayu yang berjaya menghalau keluar komunis dan ideologi sesatnya dari bertapak di negara tercinta ini.

Kalau kita sering nampak hebatnya individu luar dan pasukan keselamatan negar luar sahaja, jangan sesekali kita lupa betapa hebatnya lagi individu dan pasukan keselamatan dalam negara sendiri.

Hebatnya 69 Komando PDRM ini yang sentiasa relevan mencurah khidmat bakti mereka sejak dari zaman darurat sehingga kini. Tabik hormat buat perwira-perwira pertiwi!

#unit69komando
#vat69
#pdrm
#rmp
#polisdirajamalaysia
#royalmalaysiapolice
#policedanmasyarakatberpisahtiada

Saturday, October 22, 2016

Liar: Ahli Parlimen Barisan Rakyat tinggalkan Dewan?

Bajet bagus 2017?

BR1M naik RM1200!!!

Pendapatan Andaian GST 30 billion setahun.

Siapa boleh kira perbelanjaan negara setahun berapa?

Barisan Rakyat keluar dari Parlimen adalah kerana sedang mengira keupayaan negara dengan bajet 2017 yang dibentangkan oleh #MO1.

Andaikata pendapatan GST negara tidak mencapai sasaran adakah #MO1 ada duit untuk meneruskan kelangsungan negara?

Semalam dan hari ini nampak dengan banganya dengan istilah dedak pun bukan. Ahakkkk!!!

Dengan jumlah penganguran bertambah setiap tahun. Keluaran IPTS dan IPTA masih belum mendapat peluang pekerjaan.

Keupayaan daya tahan Industri untuk bertahan dengan kos-kos meningkat. Sara hidup meningkat gara-gara GST. Kerana GST barang naik? Pengilang, Peruncit terpaksa masukkan nilai GST pada setiap pembeli kerana arahan kerajaan.

Sumbangan dari Petronas merupakan bonus untuk kerajaan Malaysia. Petronas sendiri sedang mengalami kemerosotan pendapatannya.

Sekandal 1MDB telah menjadi tanggungjawab MOF. Siapakah yang membayar hutang-hutang 1MDB tersebut?

Janganlah terlalu angkuh dengan menyamakan Barisan Rakyat ahli Parlimen keluar dewan dengan binatang? Sedangkan mereka perjuangkan nasib rakyat Malaysia akan datang. Sebab mereka masih punya otak dan akal waras untuk membuat perkiraan yang sewajarnya.

Anggaran Kasar.

1. Kesihatan Rakyat RM25B
2. Pembangunan Sukan RM1.2B
3. UTC & RTC RM3.5B
JUMLAH   =   RM 29.7B

Sedangkan banyak lagi perbelanjaan negara yang berbellion dan berjuta. Contoh 85juta untuk permata. Insuran dan payung negara peralatan ketenteraan. Gaji penjawat Awam lain-lain hal yang di luar jangkaan.

Bicara berani kerana benar?

Yang benar.

zamrinhamzah
Ahli PPBM seumurhidup.

Monday, October 17, 2016

Tun Dr Mahathir Mohamad fanatik.

*"Ada orang fanatik parti. Saya fanatik perjuangan. Bila parti tak betul, saya keluar"*kata YBHG TUN DR MAHATHIR MOHAMAD

Kita berjuang, *kita tak boleh ikat dari kepada parti, tapi ikat kepada perjuangan.* Kalau parti tidak lagi ikut prinsip perjuangan, kita tinggal parti itu.

Saya rasa yang sokong Umno sekarang bukan sokong parti. Tapi sokong Najib. Mungkin sebab Najib banyak dedak bagi penuh mulut.

1MDB bukan untuk bisnes, tapi untuk curi duit. Sebab Najib kata cash is king. Pemimpin-pemimpin disogok. Dia nak kekal pada setiap kali pilihan raya.

*Rasuah, sogok diharamkan oleh agama.* Tapi Najib tak peduli semua itu. Pada pilihan raya akan datang Najib akan suap kepada siapa yang boleh.

Najib hina orang Melayu. Dia ingat Orang Melayu ini boleh disogok. Saya tak fikir Orang Melayu sekarang macam ini. Orang Melayu sekarang sudah matang, tahu halal haram.

Himpunan Bersih di negara kita aman. Senyap sahaja. Cuma pakai baju kuning.

Saya dah dapat baju kuning. Saya pun nak hadir sama. Sebab Bersih itu aman.

Maka datanglah baju merah Jamal ni tendang peserta Bersih. Mereka sengaja nak cari gaduh. *Supaya Najib boleh isytihar kawasan keselamatan.* Dia boleh tangkap orang.

Tapi orang Bersih baik. Tidak melawan. Saya harap orang Bersatu pun jangan pakai baju merah hari tu. Kita pakai baju kuning.

Kita keluar beramai-ramai bersama PKR, DAP, AMANAH.

Penyokong Najib, Salleh Keruak kata hapuskan legasi saya. Nak tebang KLCC. Saya nak cakap, JPM saya yang buat dulu. Rumah Perdana Menteri tu pun saya buat dulu.

*Saya kata terang-terang Najib curi duit. Dia belum lagi nak saman saya.* Tindakan Najib ini sangat luar biasa.

Tun Mahathir
16 Oct 2016