Pages

Saturday, April 30, 2016

Terkini: IPIC akan menuntut wang daripada 1MDB dan Kerajaan Malaysia?

International Petroleum Investment Company (IPIC) milik Abu Dhabi akhirnya telah menyelesaikan hutang faedah AS$50 juta yang tertunggak kini menuntut jumlah wang berkenaan daripada Kementerian Kewangan Malaysia.

"Berikutan tindakan 1MDB yang ingkar, IPIC akan membuat tuntutan bertulis bagi mendapatkan ganti rugi untuk bayaran balik faedah (bagi jumlah sebanyak AS$50,312,500.00) daripada Menteri Kewangan Diperbadanakan, (MOF) Malaysia dan 1MDB mengikut syarat-syarat perjanjian,” kata IPIC hari ini.

Dalam pengumuman kepada Bursa Saham London, IPIC berkata firma Abu Dhabi itu telah membuat bayaran penuh untuk faedah bagi pihak 1MDB Energy (Langat) Limited dan 1MDB, yang sepatutnya dilunaskan pada 18 April.

Bayaran itu adalah untuk bon bernilai AS$1.75 bilion yang diterbitkan oleh 1MDB dan dijamin oleh IPIC.

"IPIC membuat bayaran melalui kecairan semasa dan menunaikan kewajipannya seperti dalam perjanjian,” katanya.

Syarikat itu menjadi penjamin dua bon yang diterbitkan oleh 1MDB berjumlah AS$3.5 bilion.

IPIC, dalam satu pengumuman kepada Bursa Saham London pada 18 April lalu, mengumumkan bahawa rancangan untuk menyelamatkan 1MDB ditamatkan berikutan kegagalan firma pelaburan Malaysia itu yang gagal membayarnya lebih AS$1 bilion.

Walau bagaimanapun, dalam pengumuman berasingan pada 25 April, IPIC menjelaskan bahawa peranannya sebagai penjamin kepada kedua-dua bon itu yang berasingan dengan perjanjian menyelamat, masih diguna-pakai dan ia hanya akan membuat pembayaran faedah jika 1MDB ingkar.

1MDB seterusnya gagal membuat pembayaran faedah selepas tempoh lima hari penangguhan, menyebabkan IPIC akhirnya terpaksa campur tangan.

Walau bagaimanapun, IPIC menjelaskan bahawa ia akan menuntut wang berkenaan daripada 1MDB dan kerajaan Malaysia.

Kedua-dua syarikat itu kini dalam pertikaian selepas dana sekurang-kurangnya dana AS$3.5 bilion yang sepatutnya dibayar oleh 1MDB kepada anak syarikat IPIC, Aabar Investments PJS dilaporkan hilang.

Jumlah itu termasuk bayaran cagaran 1MDB yang sepatutnya dibayar sebagai pertukaran untuk jaminan dua bon oleh IPIC serta pembayaran bagi penamatan pilihan untuk Aabar melanggan aset tenaga 1MDB.

Wang itu sebaliknya disalurkan ke sebuah syarikat pesisir di Kepulauan Virgin British yang mempunyai nama yang hampir sama dengan Aabar Investments PJS tetapi tidak mempunyai kaitan dengan IPIC.

Pertikaian berkenaan dan juga transaksi 1MDB lain sedang disiasat di Emiriah Arab Bersatu, Switzerland, Luxembourg, Amerika Syarikat dan Singapura.

Friday, April 29, 2016

Angkatan kapal selam TLDM habiskan 10 ribu jam bawah laut. ( Selamat HUT TLDM KE 83 )

KUALA LUMPUR - Sejumlah anggota dan pegawai pengendali kapal selam Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menghabiskan masa lebih 10,000 jam berada di bawah laut, demi operasi mengemudi dua kapal selam Scorpene milik Malaysia, kata Ketua Staf Markas Angkatan Kapal Selam TLDM Kapten Baharudin Wan Md Nor.

Baharudin yang juga Pegawai Pemerintah Pertama Kapal Selam KD Tun Razak berkata, tempoh berkenaan sangat luar biasa berbanding pengendali kapal selam asing yang secara purata bersara sekitar tempoh antara 3,000 dan 4,000 jam.

"Meskipun, kita baru nak masuk tahun ketujuh, namun ada (anggota) yang dah menghabiskan tempoh setahun berada di bawah laut.

"Setahun ada 8,800 jam, sesetengah daripada kita sudah ada lebih 10,000 jam," katanya kepada pemberita yang menyertai latihan 'Combine Anti-Submarine Exercise' (CASEX) dengan Perancis di tengah-tengah Laut China Selatan, baru-baru ini.

Justeru, Baharudin yang sendiri sudah menghabiskan tempoh lebih 10,000 jam di bawah laut, bertanyakan pemberita: "Bagaimanakah ini (tempoh berada dalam laut) boleh berlaku, jika kapal selam ini tidak dapat menyelam, sebagaimana yang sering didakwa oleh orang ramai dan ahli politik?".

KD Tun Razak tiba di Pangkalan TLDM di Lumut, Perak pada 2 Julai 2010 sebelum ia ditempatkan di pangkalan TLDM Teluk Sepanggar, Sabah pada 15 Julai 2010 dan kini di bawah tanggungjawab Pegawai Pemerintah Ketiga.

Kapal selama pertama negara, KD Tunku Abdul Rahman pula ditempatkan di kemudahan TLDM di Teluk Sepangar sejak 17 Sept 2009.

Sejak kedua-dua kapal selam buatan Perancis itu tiba di tanah air, terdapat pelbagai tuduhan dan kritikan bahawa kedua-dua kapal selam negara itu tidak mampu untuk menyelam.

Bagi Baharudin, tuduhan tidak berasas itu amat "mengecewakan dan tidak wajar" dibuat, lebih-lebih lagi oleh mereka yang tiada kemahiran mengenai kapal selam.

"Kami bukan orang politik, kami tidak berjuang bersama-sama anda, kami tiada kaitan dengan cerita-cerita yang anda dengar, kami pengendali kapal selam (TLDM).

"Dilatih untuk mengendalikan kapal selam keluar (di perairan) dan memastikan apa jua misi yang diberikan, akan kita tunai serta pertahankan keselamatan, kepentingan dan kedaulatan negara," tegas beliau.

Menurut Baharudin, jika kritikan dan persepsi negatif diterima dalam negara, berbeza pula keadaanya di luar, apabila anggota pengendali kapal selam TLDM sangat dihormati oleh negara-negara operasi kapal selam yang lebih berpengalaman.

"Amerika Syarikat adakan perbincangan dengan kita setiap tahun, mereka nak berbincang dan tawarkan kita, itu dan ini.

"Sementara Perancis pula, sanggup datang dari jauh ke sini (untuk CASEX). Setiap tahun kita bertemu dengan mereka (Tentera Laut Perancis).

"Mereka semua kagum dengan cara kita bangunkan pasukan kita dan apa yang kita capai dalam tempoh singkat," tambah beliau. - Bernama 3 April 2016

Thursday, April 28, 2016

Terkini: Bank Negara keluarkan surat kompound pentadbiran 1MDB?

Bank Negara Malaysia hari ini mengeluarkan surat kompaun pentadbiran kepada 1MDB kerana tidak mematuhi sepenuhnya arahan yang dikeluarkan mengikut Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Kompaun itu dikeluarkan selepas mendapat persetujuan daripada Peguam Negara, Tan Sri Mohd Apandi Ali.

"Ini termasuk keperluan untuk 1MDB untuk membawa pulang wang yang diremitkan di luar negara berikutan pembatalan tiga kebenaran yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia kepada 1MDB pada tahun 2009, 2010 dan 2011.

"1MDB juga telah gagal mengemukakan bukti dan dokumentasi yang ditetapkan oleh Bank Negara untuk mewajarkan kegagalan untuk mematuhi sepenuhnya dengan arahan membawa pulang wang itu.

“1MDB telah diberikan sehingga 30 Mei 2016 untuk membayar kompaun," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh bank pusat itu hari.

Menurut kenyataan itu, sebaik sahaja pembayaran kompaun diselesaikan oleh 1MDB, ia menandakan tamatnya siasatan oleh Bank Negara berhubung pelbagai insiden yang menyaksikan firma pelaburan negara itu melanggar kaedah dan peraturan bank pusat.

Ia bagaimanapun tidak menyatakan jumlah kompaun yang perlu dijelaskan oleh 1MDB.

Menundukkan Barat Dengan Kebijaksanaan Dan Keberanian Oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tun M bersama sekumpulan anak melayu melancarkan Serangan Subuh @ 'Dawn Raid' 1981ke atas Brusa Saham London dan berjaya membawa pulang 200,000 ekar tanah ke tangan orang Melayu pada September 1981.

Ianya berlaku hanya selepas beberapa bulan berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia.

HEBATKAN.

BERIKUT KATA-KATA DARI MARGARET THATCHER
BEKAS PERDANA MENTERI BRITAIN.

"Akhirnya saya mempunyai hubungan yang baik dengan Dr. Mahathir dan mengagumi dan menghormati beliau.
Beliau adalah seorang yang tegas, bijak dan praktikal" ...Margaret Thatcher@Iron Lady – Bekas Perdana Menteri Britain

#RESPECTTUNMahathir

Terkini: Arul Kandasamy akui 1MDB berlaku Penipuan kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad?

KUALA LUMPUR: Penipuan yang dilaporkan oleh media cetak dan elektronik di seluruh dunia mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah diakui benar oleh Presiden syarikat itu, Arul Kanda Kandasamy, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ujarnya, walaupun Arul Kanda akan cuba untuk membetulkan yang salah, tetapi benang basah sukar ditegakkan selepas pengakuan yang dibuat oleh Pengarah Eksekutif 1MDB itu.

“Adalah lebih baik Arul cerita semua, berkenaan juruaudit dibuang, USD1 bilion dilabur dalam kerjasama 1MDB dan Petro Saudi tanpa kelulusan pengarahnya, tanpa pemeriksaan ‘due diligence’ dan kemudian dibubar tetapi modal tidak dikembali kepada 1MDB, sebaliknya diberi pinjam kepada Petro Saudi dan beberapa isu lain.

“Banyak lagi pengakuan yang boleh dibuat oleh Arul, oleh pengerusi jawatankuasa penasihat, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara dan jangan lupa Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi yang begitu berani bertindak sendiri meminjam dan melabur berbillion Ringgit dan USD bagi pihak 1MDB tanpa kebenaran, tanpa kelulusan badan pengarah dan orang atasan.

“Sesungguhnya, negara Malaysia tidak pernah melihat skandal yang sebegitu besar seperti skandal 1MDB. Rakyat yang sukar memahami berapa besarkan satu juta, sekarang cuba menggambarkan banyak manakah satu billion dan 42 bilion,”katanya menerusi catatan terbaharu di laman blognya, chedet.cc.

Katanya lagi, rakyat menjadi keliru dengan cerita wang yang begitu banyak yang merata ke semua pelusuk dunia yang akhirnya berada di dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pada masa yang sama, bekas Presiden UMNO itu turut menyindir dengan mengatakan bahawa skandal berkenaan 1MDB boleh dijadikan filem.

“Satu filem drama boleh dibuat berkenaan 1MDB dan tokoh-tokoh serta lokasi diseluruh dunia yang terlibat. Red Granite (milik anak tiri Perdana Menteri) boleh melabur dan beberapa tokoh terkenal boleh jadi pelakon. Mungkin akan menang (anugerah) Oscar.

“Demikianlah cerita 1MDB yang berjaya memperkenalkan Malaysia ke seluruh dunia. Akan lebih ramailah pelancong yang akan datang ke negara 1MDB,” sindir beliau.

Tuesday, April 26, 2016

KIT SIANG DAN DR MAHATHIR

1. Saya diberitahu bahawa ramai ahli dan pemimpin bawahan UMNO marah kerana saya berada bersama Kit Siang dalam usaha menjatuhkan Dato Seri Najib.

2. Ya, ini memang pelik dan aneh. Kami adalah musuh ketat. Tetapi kami berdua mempunyai pendirian yang sama berkenaan penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri.

3. Sepatutnya penyingkiran ini dibuat oleh UMNO. Dalam pertandingan antara saya dengan Tengku Razaleigh ahli dan pemimpin UMNO secara terang boleh memihak kepada Tengku Razaleigh. Saya tidak menakutkan mereka, tidak membuang mereka dari jawatan atau parti. Yang Menteri terus jadi Menteri, demikian juga Ketua Bahagian dan perwakilan.

4. Tetapi hari ini kebanyakan ahli dan pemimpin UMNO sudah jadi bisu, pekak dan buta. Mereka tahu kesalahan Najib tetapi mereka sokong juga Najib. Walau apa pun kesalahan yang dilakukan oleh Najib mereka tetap sokong.

5. Mungkin kerana dedak yang disuap oleh Najib. Shahrir mengaku dia terima 1 juta dan Ahmad Maslan 2 juta (laporan di sini). Takkan yang lain tidak dapat habuan.

6. Kerana kepentingan diri dan tamak UMNO tidak akan menjatuhkan Najib. Kerana kepentingan diri, bangsa, negara dan agama juga sanggup dijual. Tidak ada ahli UMNO selain daripada beberapa Ketua Cawangan yang berani menentang Najib. Kalau nak harap UMNO jatuhkan Najib, tidak mungkin.

7. Ini bukan UMNO lagi. Janganlah berlagak sebagai ahli UMNO yang kononnya tidak sanggup melihat saya bersama Kit Siang. Yang tidak sayang UMNO ialah kamu sekalian, kamu yang membisu, kamu yang pekak dan buta kerana semua anggota ini sudah ditutup dengan dedak dan lain-lain.

8. Jangan soal saya. Soal diri sendiri. Apakah kamu berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair apabila kamu melindungi perbuatan Najib menghilangkan duit rakyat dan sekarang menjual tanah yang dibeli dari Kerajaan berharga RM60/- satu kaki persegi dan dijual kepada Tabung Haji dengan harga RM3,500/- satu kaki persegi, mengenakan cukai G.S.T. keatas rakyat dan menghapuskan subsidi untuk bayar hutang 1MDB sebanyak 42 billion Ringgit, memiliki 2.6 billion Ringgit dalam akaun peribadi yang disembunyi daripada rakyat, kononnya untuk PRU 13 tetapi, kononnya belanja lebih dari 1 billion Ringgit untuk PRU 13 tetapi kemudian hantar balik kepada penderma 2.03 billion. Tak masuk akal 2.6 tolak 2.03 tinggal berapa? Dari mana datang 1 billion lebih yang kononnya dibelanja untuk PRU 13. Perbelanjaan yang begini banyak menyalahi undang-undang.

9. Najib memalukan negara kerana Malaysia sekarang dikenali sebagai 1 dari 10 negara yang mengamal rasuah terbesar. Najib sendiri dicemuh diseluruh dunia. Inilah pemimpin yang awak sokong dan pertahan. Ini adalah pengkhianatan terhadap UMNO, terhadap orang Melayu, terhadap negara.

10. Rakyat lebih benci melihat ahli UMNO yang menyokong Najib daripada ahli UMNO berada diatas pentas bersama Kit Siang untuk menjatuhkan Najib.

11. Kami tak makan dedak sesiapa.

Monday, April 25, 2016

DAULAT TUANKU: Sultan Terengganu lucutkan darjah kebesaran kepada Menteri Besar?

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin melucut semua darjah kebesaran yang dikurniakan kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abdul Rahman.

Menurut Bernama, pelucutan itu berkuat kuasa Jumaat 22 April.

Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu hari ini.

"Setelah berunding dengan Dewan Pangkuan Diraja Negeri Terengganu, adalah dimaklumkan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan telah melucutkan semua Darjah-darjah Kebesaran Negeri Terengganu yang telah dikurniakan kepada Ahmad Razif bin Abd Rahman berkuat kuasa mulai hari Jumaat, 22 April 2016.

"Pengisytiharan yang dibuat ini tiada kaitan dengan perkembangan-perkembangan lain yang berlaku di negeri Terengganu," petik kenyataan itu.

Ahmad Razif dikurniakan Darjah Dato' Paduka Mahkota Terengganu Kehormat (DPMT) yang membawa gelaran Datuk pada 2012 dan Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZ) yang membawa gelaran Datuk Seri pada April 2015.

Ahmad Razif yang juga ADUN Seberang Takir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said pada 12 Mei 2014.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini meminta semua pihak menghentikan spekulasi mengenai kedudukan Ahmad Razif dan berkata beliau akan mengadap Sultan Mizan berhubung isu berkenaan dalam masa terdekat.

Beliau juga berkata pentadbiran kerajaan negeri Terengganu masih berjalan seperti biasa.

Hubungan antara istana dan Ahmad Razif menimbulkan persoalan sejak Sabtu lalu selepas beliau diperkenalkan dalam dua majlis rasmi tanpa gelaran darjah kebesaran 'Datuk Seri'.

Sesetengah penganalisis menjangkakan BN Terengganu bakal berdepan dengan krisis berikutan perkembagan itu kerana ia hanya mempunyai majoriti kerusi yang tipis.

BN mempunyai 17 ADUN, manakala pembangkang memiliki 15 kerusi - 14 daripada PAS dan seorang daripada PKR.

Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, awal bulan lalu memfailkan undi tidak percaya terhadap Razif, mencetuskan khabar angin mengenai satu lagi pertukaran menteri besar.

Bagaimanapun usul itu ditolak oleh Speaker Terengganu Datuk Mohd Zubir Embong.

Razif mengambil alih jawatan menteri besar daripada Ahmad pada Mei 2014.

Tangkapan pertama Individu Skandal 1MDB bakal mengegarkan Politik Malaysia?

Ini adalah tangkapan pertama individu yang berkait dengan Skandal 1MDB atas permintaan Amerika Syarikat, yang dijangka mengegarkan politik Malaysia dan juga perniagaan berkaitan di Hollywood serta Las Vegas.

Sumber yang rapat dengan pegawai Jabatan Kehakiman di Amerika Syarikat telah mengesahkan kepada Sarawak Report bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif Aabar, Mohamed Al Husseiny, telah diletakkan dalam tahanan oleh pihak berkuasa di Abu Dhabi, yang kini memproses permohonan ekstradisi oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, berhubung dengan dakwaan berkaitan Skandal 1MDB.

Tindakan ini adalah rentetan dari satu penyiasatan yang sedang dijalankan di Amerika Syarikat dan negara-negara lain dalam beberapa bulan ini terhadap kehilangan berbilion-bilion dolar daripada dana pembangunan Malaysia.

Kenyataan Akhbar 31 Mac 2016

Isu Penangkapan Pertama Berkaitan 1MDB
Isu 1MDB telah membuka lembaran baru di muka dunia apabila bekas Ketua Pegawai Eksekutif Aabar, Mohamed Al Husseiny telah ditahan oleh pihak berkuasa di Abu Dhabi, dan permohonan ekstradisi sedang di proseskan atas permintaan Amerika Syarikat. Penangkapan ini berkaitan dan berhubung rapat dengan isu 1MDB.

Ekstradisi adalah proses rasmi di mana satu negara memindahkan jenayah yang disyaki atau disabitkan ke negara lain. Antara negara-negara, ekstradisi biasanya dikawal oleh perjanjian melalui treaty.

Al Husseiny merupakan seorang yang memainkan peranan yang penting dalam penyelewengan 1MDB. Al Husseiny merupakan CEO Aabar sehingga Julai 2015. Aabar merupakan syarikat subsidiary kepada IPIC – International Petroluem Investment Company. IPIC terlibat secara langsung dengan 1MDB.

Al Husseiny terlibat dalam bail – out hutang 1MDB pada Jun 2015 yang dilakukan atas kapasitinya sebagai CEO Aabar.

Ini merupakan penangkapan yang pertama secara rasmi yang berkait rapat dengan isu 1MDB. Ironiknya, walaupun penangkapan patut dilakukan di Malaysia, tetapi ianya berlaku di luar negara atas permintaan Amerika Syarikat.

Penangkapan Al Husseiny hanyalah permulaan terhadap kes 1MDB. Yang pastinya, ianya juga bukan penangkapan terakhir.

Ini menunjukkan siasatan secara menyeluruh telah dilakukan di Amerika Syarikat. Amat menyedihkan apabila kita mendapati bahawa negara lain yang mendahului siasatan mengenai isu 1MDB walaupun isu ini melibatkan imej dan integriti negara kita.

Walaubagaimanapun, berharap dengan penangkapan ini, pelbagai jawapan kepada soalan – soalan dan spekulasi mengelilingi 1MDB mungkin terjawab.

Al Husseiny [gambar atas, kanan sekali], berasal dari Kenya, masih memegang kewarganegaraan Amerika Syarikat, walaupun telah berpindah ke Abu Dhabi.

Sunday, April 24, 2016

1MDB: Pengurusan krisis dan kegagalan (crisis and failure management).

Kalau kita sedar dan arif akan hal ini juga ikhlas dalam menyelesaikan masalah tanpa perlu mengusung beban biawak hidup politik kepartian yang gemar mengkritik tapi amat cetek dalam memberi penyelesaian.

Kita patut tukar cara kita pandang atau ‘situational assessment’ kita daripada samada.

(1) mengkritik habis-habisan demi laba politik.

(2) sokong habis-habisan sampai nampak sangat cuba menipu.

(3) pengurusan krisis dan kegagalan (crisis and failure management).

Di sudut yang lain pula terdapat golongan yang menyokong 1MDB seolah-olah dibutakan kerana yang bertanggungjawab sepenuhnya adalah Presiden UMNO cum Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Kewangan.

Ini juga satu tindakan yang tidak cerdik kerana percubaan menutup bangkai gajah menggunakan permaidani mewah.

Ada dua Pilihan untuk selesaikan permasaalahan 1MDB?

1. Selesaikan. Bersyarat!!!

2. Biarkan. Bersyarat!!!

Apakah syarat-syarat tersebut???

DAH CAKAP TAK NAK DENGAR,
DAH DENGAR TAK NAK FAHAM,
TAK FAHAM TAK NAK TANYA,

Tindakkan TSMY betul. 1MDB memang bermasaalah.

TSMY minta PM bercuti untuk mudahkan siasatan 1MDB, jika tiada masaalah sambung kerja semula. Itu sahaja!!!

Rakyat tanya sekarang, mengapa TSMY dipecat dari jawatan TPM dan jawatan Timbalan Presiden digantung?

Banyak perlakuan salah guna kuasa untuk selamatkan diri diguna pakai?

Akhirnya satu persatu pendedahan 1MDB terbongkar bukan setakat di dalam negara? luar negara juga turut membongkarnya?

TSMY digulingkan secara tidak SAH dan wajar diberikan sokongan penuh tanpa berbelah bagi!!!

Buruknya dusta, indahnya jujur.

Dari Abdullah r.a katanya, Rasulullah saw bersabda :'Hendaklah kamu selalu berlaku jujur. Kerana berlaku jujur membimbing kpd kebajikan dan kebajikan  membawa ke syurga.'

'Seseorang yang senantiasa berlaku jujur dan berusaha mempertahankan/ mencari kejujuran, maka dia dicatat Allah sebagai 'Shadid' (orang yang jujur). Dan hindarilah olehmu dusta, kerana sesungguhnya dusta itu membimbing kepada kejahatan dan kejahatan membawa ke neraka.'

'Seseorg yang sentiasa berdusta dan mempertahankan kedustaan, maka dia dicatat oleh Allah swt sebagai 'Kadzdzab' (Sipendusta atau si pembohong).'

" 1MDB perlu diselesaikan (resolve) dalam apa jua sekalipun kerana ianya sudah dibawa masuk ke dalam parlimen dan juga kabinet."

Suka atau tidak Dato’ Seri Najib akan terconteng arang dimukanya dan ianya akan menggugat kedudukan beliau selaku Menteri Kewangan juga sebagai Perdana Menteri.

Cetusan Minda.

1. Bersetuju dengan pendapat Gabenor Bank Negara. Orang Politik tidak boleh pegang jawatan Gabenor Bank Negara.

2. Bersetuju dengan Tun M bahawa salah laku dalam 1MDB harus dibawa ke muka pengadilan. Perkara ini bukan omongan kosong.

3.Negara diambang pintu kehancuran. Kedaulatan negara tergugat angkara 1MDB? Contoh isu IPP?

4. Cara berpolitik negara Malaysia harus di ubah serta merta. Orang Politik tidak sepatutnya dibenarkan mencari wang sendiri untuk melaksanakan sesuatu Projek.

5. Ahli lembaga pengarah elok dihadkan memegang banyak syarikat. Cadangan 3 Syarikat sahaja. Jika lebih kena buat pilihan sendiri.

6. Menteri kewangan jangan di pegang oleh orang yang sama. Contoh Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan.

7. Pengerusi yang melibatkan kepentingan negara. Sebagai contoh Khazanah Negara. Jangan di Pengurusikan oleh Perdana Menteri.

8. Anggota PAC hendaklah diluaskan lagi demi keberhasilan dan ketelusan dalam membuat keputusan menjaga amanah wang negara. Anggota PAC sekarang 9 dari BN dan 5 dari Pembangkang. Cadangan 7 dari BN 3 dari Pembangkang dan 9 Orang ( Pemikir ) bukan Ahli Parlimen. Anggota PAC hendaklah melepasi saringan dan ujian dalam menentukan hala tuju kepentingan negara. Perkara ini amat penting terutamanya bila mengendalikan urusan perolehan negara.

9. Ahli-ahli Politik baik dari BN ataupun Pembangkang hendaklah di jaga kebajikan mereka. Kerana mereka juga merupakan aset negara. Jasa-jasa mereka jangan dilupakan. Mantan Perdana Menteri atau Mantan Timbalan Perdana Menteri hendaklah ditempatkan dalam kelompok pemikir. Jika masih berkemampuan. Mantan ahli Politik hendaklah di jaga oleh negeri masing-masing.

10. Untuk tenaga dan penjimatan kepada negara. Saya telah cadangkan kepada PM DS Najib Razak dalam satu soal jawab. Soalan saya adalah berkenaan tenaga Nuklear untuk kegunaan Industri. Jawapan PM belum ada.

11. Malaysia kena mempunyai pemimpin
dan ahli Politik yang mementingkan kemajuan rakyat dan negara.

Tun Dr. Mahathir acapkali bertanya kenapa 1MDB membeli aset aset janakuasa elektrik (IPP) milik Tan Sri Lim Goh Tong (Genting) dan Tan Sri Ananda Krishnan (Tanjong/Powertek) pada harga yang lebih mahal dari harga pasaran.

Kerana IPP tersebut sudah tua dan lesen mereka sudah hampir tamat. Jika dibiarkan tamat, Tenaga Nasional dapat mengambil alih stesen-stesen IPP tersebut secara percuma atau dengan kadar yang murah.

Sebagai justifikasi kenapa 1MDB membuat pembelian tersebut, kuncu-kuncu dan para pembodek Najib berkata ianya adalah untuk mengurangkan kadar bil elektrik untuk rakyat Malaysia.

Dan untuk memaki lagi Tun Dr Mahathir, mereka berkata bahawa ianya adalah untuk mengambil alih kekayaan yang bakal dikaut oleh kroni-kroni Tun Dr Mahathir, supaya mereka tidak lagi mendapat bayaran setiap tahun melalui perjanjian lesen IPP tersebut.

Apakah yang berlaku dengan IPP tersebut sekarang? Dengar sudah menjadi milik syarikat antarabangsa. Bukan Milik orang Malaysia. Bukan milik anak Malaysia.

Kenapa kita tak mahu 1MDB berhadapan dengan foreclosure? Ini kerana ianya melibatkan ASET yang penting iaitu tanah Sungai Besi Tun Razak Exchange (TRX) dan loji janakuasa yang ada dalam Edra Energy, anak syarikat 1MDB yang dalam perancangan untuk diampungkan Tawaran Awam Awal (Initial Public Offering - IPO) dan disenaraikan dalam Bursa Saham.

YB Tony Pua dan Rafizi juga sekian ramai pengkritik 1MDB tidak sedar jikalau 1MDB dibiarkan gagal dalam erti kata membiarkannya berhadapan dengan foreclosure, ancaman yang sedang menunggu ke atas negara kita iaitu ancaman “Dana Burung Bangkai” atau dikenali dalam istilah geopolitk-ekonominya sebagai “VULTURE FUND”.

Apa itu “Vulture Fund”?

“Vulture Fund” (singkatannya VF) adalah satu institusi dana yang mengambil kesempatan ke atas mana-mana pinjaman (securities) yang dalam keadaan tidak bermaya (distressed)  kerana ketidak mampuan si peminjam untuk mengurus dan membayar hutang.

Ianya dinisbahkan kepada “vulture” iaitu sejenis burung pemakan bangkai kerana sifat institusi dana ini yang menanti dengan sabar menunggu masa mana-mana pelaburan dan hutangnya yang bakal menjadi “bangkai” untuk dibeli.

VF membelinya berserta hutang-hutangnya (termasuk asas dan riba/bunga [principal and interest]) dengan harga yang murah (baca: bailout – yakni pampasan untuk menyelematkan syarikat atau pelaburan yang hampir gagal) kemudian menjadikan mereka sebagai peminjamg yang baru yang mengenakan semula  ke atas pemilik asal kadar bayaran hutang dengan harga yang lebih tinggi berserta riba/bunga/faedah.

Ringkasnya VF ini mengambil alih tugas pemberi hutang asal dengan menjadi seperti "Ah Long".

Sudahlah tak mampu bayar hutang asal yang sudah bertapuk-tapuk, ditambah pula dengan  kadar bunga yang semakin bertambah, bila hutang tersebut dilangsaikan oleh pihak lain yang mengenakan kadar bunga yang lebih tinggi.

Bak kata pepatah Melayu: “sudah jatuh ditimpa tangga”.

1MDB dan Ancaman Geopolitik “Vulture Fund”

Adakah ancaman VF ini sesuatu yang dibuat-buat dan sekadar ingin menakut-nakutkan rakyat jelata yang mungkin keluh-kesah dan risau wang simpanan mereka bakal digunakan untuk membayar hutang 1MDB?

Untuk kita fahami perkara ini elok kita kaji apa yang berlaku ke atas negara Amerika Latin yang pernah menghadapi kegawatan ekonomi pada sekitar tahun 2001-2002 iaitu Argentina.

VF telah membeli hutang Argentina dengan jumlah berbilion US dollar pada saat negara itu benar-benar dalam kegawatan ekonomi serta lumpuh politik. Argentina ketika itu tiada pilihan lain kecuali untuk gagalkan saja hutangnya (default).

Demonstrasi jalanan terhadap tekanan "Vulture Funds" yang mencengkam dan mengambil kesempatan atas kesengsaraan rakyat Argentina.

Kebanyakan pemberi hutang kepada Argentina telah bersedia untuk menilai semula kadar beban hutang Argentina yang telah membantu memulihkan semula ekonominya akan tetapi para VF masih tidak berganjak dan memeras Argentina untuk membayar kesemua hutangnya itu dengan tambahan nilai bunga dan juga penalti kerana lambat melangsaikannya dalam tempoh yang dipersetujui.

Tahun lalu mahkamah di New York melalui Hakimnya Thomas Griesa telah membuat keputusan yang memihak kepada VF yang berpengkalan di Amerika Syarikat dengan cara menghalang Argentina daripada melangsaikan hutang kepada pemberi hutang yang lain selagi mana hutang-hutang Argentina kepada VF tidak dilangsaikan.

Gagalnya Argentina membuat demikian maka Argentina akan sekali lagi jatuh ke lembah kegagalan membayar hutang (default) yang akan beri kesan yang besar kepada ekonomi dan politik negaranya.

Sedangkan dalam jangka masa daripada tahun 2005 dan 2010, Argentina telah pun berunding dengan pemberi hutang yang lain dan berjaya mencapai keputusan untuk menstrukturkan nilai hutang (debt restructuring) Argentina dengan kadar yang lebih rendah.

Sudah tentu dalam jangka masa ini, para VF yang telah membeli hutang Argentina tidak turut serta dan masih bertegas ianya dibayar dengan kadar nilai yang sama tanpa ada sebarang pengurangan, malah ditambah pula dengan kadar penalti kerana lambat bayar.

Walaupun Argentina telah membuat rayuan kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk didengarkan kes mahkamah antara kerajaan Argentina dan VF berhubung sikap dan sifat campur tangan mahkamah di US  yang mana dilihat sebagai satu usaha mencabar kedaulatannya.

Namun demikian, kerajaan AmerikaSyarikat seperti yang telah dikeluarkan kenyataan rasmi oleh US State Department kepada agensi berita Reuters telah menolak ICJ sebagai wahana untuk kes ini didengarkan dan menggesa kerajaan Argentina menguruskan hal ini dengan VF seperti yang telah digariskan oleh mahkamah di New York.

Argentina hanyalah satu kes VF. Ada banyak lagi seperti di negara-negara Afrika seperti Congo dan Zambia.

Ini belum kita cerita bagaimana satu lagi modus operandi yang lebih kompleks dan boleh menjerat negara-negara yang dilanda masalah ekonomi dan hutang negara (sovereign debt) melalui pelan yang dipanggil “Brady Bonds” (Bon Brady – diambil sempena nama Nicholas Brady, setiausaha Perbendaharaan US zaman Presiden George Bush).

Melalui Brady Bonds hutang bank-bank negara yang bermasalah ini – kebanyakannya daripada negara-negara Latin Amerika juga, telah ditukar (securitized) menjadi “bon” iaitu akujanji hutang berasaskan US Dollar dan mendapat cagaran daripada kerajaan Amerika Syarikat yang boleh “dijual” kepada pasaran.

Sudah tentu dengan nilai US Dollar dan cagaran daripada Washington ianya amat menarik para pelabur yang sememangnya mahu melanggani bon yang stabil dan berisiko rendah – seperti yang kita maklum hampir semua negara dalam dunia melanggani bon yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan Amerika Syarikat (US Treasury Bills atau dikenali sebagai ‘T-Bills’).

Maka dengan adanya pembeli Brady Bonds yang berkualiti ini, maka negara-negara yang dilanda masalah hutang akan dapat melangsaikan hutangnya dengan lebih cepat hasil daripada jualan Brady Bonds.

Caveat Emptor! Tapi Awas! Ianya bukan percuma (no free lunch!) untuk menerima pakej Brady Bonds ini. Ianya diberikan syarat-syarat yang bersifat mengubah dasar ekonomi negara atau lebih dikenali dalam Bahasa Inggeris sebagai ‘Structural Adjustment Program’ (SAP) yang akan dikenakan oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia (World Bank) yang mana SAP ini selalunya dibuat untuk memudahkan syarikat-syarikat multinasional gergasi mendapat akses pasaran (market access) dengan lebih mudah khususnya melibatkan sumber alam yang terdapat pada negara berhutang itu terutamanya minyak.

Pendek kata negara atau entiti negara yang memikul hutang yang besar seperti 1MDB yang memiliki aset yang kritikal seperti tanah dan loji janakuasa akan terdedah kepada ancama ‘Penjajahan Ekonomi Bentuk Baru’ (Neo-Economic Imperialism) yang boleh hadir dalam bentuk VF atau program penstrukturan hutang yang lebih besar yang ditaja oleh institusi antarabangsa dan kerajaan Amerika seperti ‘Brady Bonds’.

Ancaman VF itu lebih jelas dan boleh berlaku ke atas 1MDB kalau kita, seperti dijelaskan tadi memilih untuk TIDAK MENYELAMATKAN dan membiarkan 1MDB gagal.

Mungkin ada yang bertanya dan musykil: apa bukti atau tanda-tanda akan berlaku campur tangan asing ke dalam hutang 1MDB?

Ada EMPAT kejadian (events) yang anomaly (luar biasa) yang nampak tidak berkait tapi kemungkinan besar ada: (1) laporan media tersohor Amerika New York Times berkenaan Jho Low, (2) permainan Golf antara Presiden Obama dan Dato’ Seri Najib di Hawaii, sehari sebelum cuti Krismas 2014, (3) pembukaan pejabat kajian Bank Dunia (World Bank) di Malaysia dan (4) penerimaan Malaysia ke dalam Majlis Kesalamatan PBB (UN Security Council).

Kalau anda masih ingat, tahun lalu tidak pernah selama ini akhbar tersohor The New York Times telah menulis dan menerjemahkan satu pendedahan eksklusif berhubung Jho Low dan hubungannya dengan keluarga Dato’ Seri Najib. Malah paling pelik terdapat terjemahan makalah tersebut dalam bentuk rumusan ke dalam Bahasa Melayu!

Gambar yang diambil daripada laman The New York Times yang ditulis dalam Bahasa Melayu.

Ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Pertama kali.

Jelas pendedahan itu disasarkan kepada khalayak yang memahami Bahasa Melayu, tidak lain tidak bukan rakyat Malaysia.

Apakah motif yang mungkin dapat kita kesan disebalik pendedahan ini?

Mungkinkah kerajaan Amerika Syarikat hanya mengeluarkan sedikit amaran awal bahawa mereka sebenarnya tahu lebih banyak tentang Jho Low dan jejak-jejak wang (money trail) yang saban hari diperkatakan oleh media perniagaan The Edge?

Yang benar, 


Selamatkan Malaysia.

1MDB: Laporan Ketua Audit Negara tidak patut jadi rahsia?

SHAH ALAM, Sabtu – Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah meminta Parlimen menarik balik klasifikasi rahsia terhadap Laporan Ketua Audit Negara mengenai, syarikat pelaburan negara yang diselubungi kontroversi, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, status Laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB seharusnya tidak diklasifikasikan sebagai rahsia supaya ahli-ahli Dewan Rakyat boleh memilikinya, begitu juga rakyat jelata.

“Ini dengan sendirinya akan menghapuskan rasa cemas di kalangan orang ramai yang memikirkan mereka tertipu dan tidak berhak untuk mengetahui keadaan sebenar di sebalik satu-satunya skandal kewangan negara yang terbesar,” katanya.

Malah katanya, Perkara 107 (1) Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan Ketua Audit Negara hendaklah mengemukakan laporannya kepada Yang di-Pertuan Agong dan hendaklah laporan itu dibentang di hadapan Dewan Rakyat.

“Perkara 107 (1) tidak menyebut langsung mengenai klasifikasi mana-mana laporan Ketua Audit Negara sebagai rahsia negara,” katanya melalui tulisan di laman Facebooknya hari ini.

Justeru, katanya, semangat di sebalik Perkara 107(1) ini menekankan mengenai pentingnya ketelusan dalam penyebaran maklumat demi memastikan rakyat sentiasa dimaklumkan dengan hal ehwal negara yang perlu diketahui umum.

“Ini bermakna, ahli Dewan Rakyat yang mewakili pengundi berhak dimaklumkan mengenai isi kandungan laporan itu.

“Kita harus maklum bahawa Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang negara tertinggi dan teragung semestinya didukung dengan tegas,” jelas Razaleigh.

Beliau yang juga ahli Parlimen Gua Musang berkata, seruan ini sejajar dengan keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa laporan itu diserahkan kepada Dewan Rakyat untuk pertimbangan.

“Dalam membuat keputusan itu, Perdana Menteri memberi gambaran bahawa tidak ada yang hendak diselindungkan dan sesiapa yang didapati bersalah terpaksalah menghadapi tindakan undang-undang,” ujarnya.

  

Saturday, April 23, 2016

1MDB PERLU DISELESAIKAN WALAUPUN DATUK SERI NAJIB TERCONTENG ARANG DIMUKANYA?

1MDB perlu diselesaikan (resolve) dalam apa jua sekalipun kerana ianya sudah dibawa masuk ke dalam parlimen dan juga kabinet.

Suka atau tidak Dato’ Seri Najib akan terconteng arang dimukanya dan ianya akan menggugat kedudukan beliau selaku Menteri Kewangan juga sebagai Perdana Menteri.

HALA TUJU NEGARA DI AMBANG WAKTU.

Cetusan Minda pagi ini.
230416@825am.

1. Bersetuju dengan pendapat Gabneor Bank Negara. Orang Politik tidak boleh pegang jawatan Gabenor Bank Negara.

2. Bersetuju dengan Tun M bahawa salah laku dalam 1MDB harus dibawa ke muka pengadilan. Perkara ini bukan omongan kosong.

3.Negara diambang pintu kehancuran. Kedaulatan negara tergugat angkara 1MDB? Contoh isu IPP?

4. Cara berpolitik negara Malaysia harus di ubah serta merta. Orang Politik tidak sepatutnya dibenarkan mencari wang sendiri untuk melaksanakan sesuatu Projek.

5. Ahli lembaga pengarah elok dihadkan memegang banyak syarikat. Cadangan 3 Syarikat sahaja. Jika lebih kena buat pilihan sendiri.

6. Menteri kewangan jangan di pegang oleh orang yang sama. Contoh Perdana Menteri memegang jawatan Menteri Kewangan.

7. Pengerusi yang melibatkan kepentingan negara. Sebagai contoh Khazanah Negara. Jangan di Pengurusikan oleh Perdana Menteri.

8. Anggota PAC hendaklah diluaskan lagi demi keberhasilan dan ketelusan dalam membuat keputusan menjaga amanah wang negara. Anggota PAC sekarang 9 dari BN dan 5 dari Pembangkang. Cadangan 7 dari BN 3 dari Pembangkang dan 9 Orang ( Pemikir ) bukan Ahli Parlimen. Anggota PAC hendaklah melepasi saringan dan ujian dalam menentukan hala tuju kepentingan negara. Perkara ini amat penting terutamanya bila mengendalikan urusan perolehan negara.

9. Ahli-ahli Politik baik dari BN ataupun Pembangkang hendaklah di jaga kebajikan mereka. Kerana mereka juga merupakan aset negara. Jasa-jasa mereka jangan dilupakan. Mantan Perdana Menteri atau Mantan Timbalan Perdana Menteri hendaklah ditempatkan dalam kelompok pemikir. Jika masih berkemampuan. Mantan ahli Politik hendaklah di jaga oleh negeri masing-masing.

10. Untuk tenaga dan penjimatan kepada negara. Saya telah cadangkan kepada PM DS Najib Razak dalam satu soal jawab. Soalan saya adalah berkenaan tenaga Nuklear untuk kegunaan Industri. Jawapan PM belum ada.

11. Malaysia kena mempunyai pemimpin
dan ahli Politik yang mementingkan kemajuan rakyat dan negara.

Sekian Terima kasih.

Yang benar

HITAM PEDU.

Friday, April 22, 2016

Bil Air kegunaan rumah di caj tinggi, sedangkan Air jual ke Singapura murah?

Air kegunaan Domestik caj terlalu tinggi dan menyusahkan rakyat. Rakyat terbeban bayar bil Air kerana keluarga besar pengunaan air memang banyak.

Sepatutnya kadar permulaan bermula 0.03 sen. Selepas tu ikutlah kadar yang berpatutan.

Sumber asli yang Allah berikan kepada rakyat Malaysia janganlah diperdagangkan dengan mengambil keuntungan berlipat kali ganda sehingga menyusahkan rakyat.

Kadar caj air Domestik

0    -   20            0.80

21  -  35            2.00

36                     3.00

Kita kaji semula mengapa negara kita boleh berlaku masaalah air. Kemungkinan itulah cara untuk Allah sedarkan kita bahawa air yang diberi janganlah didagangkan dengan keuntungan betlipat kali ganda.

Thursday, April 21, 2016

DAULAT TUANKU: SULTAN JOHOR BERANGKAT KE BRITISH COLUMBIA DI NEGARA KANADA.

Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, telah berangkat ke British Columbia dinegara Kanada.

Para pembesar dari wilayah tersebut telah secara rasminya melawat Tuanku Sultan di Istana Pasir Pelangi pada 23hb Mac 2016, bersempena dengan Hari Ulangtahun Keputeraan Baginda, untuk menyampaikan undangan rasmi daripada Leftenan Gabenor, The Honourable Judith Guichon.

Wilayah British Columbia dikenali dengan kecantikannya semulajadinya. Aset ketaranya adalah arang, tembaga, zink, emas, perak, nikel, besi serta minyak dan gas asli.

Pembalakan dituai dari hutan yang meliputi kira-kira dua pertiga daripada wilayah tersebut serta aktivi memancing adalah juga sebahagian besar sumber ekonominya.

Sultan Ibrahim bertitah,
"Saya berharap ini adalah satu lawatan yang menarik. Apabila saya berkunjung ke luar negara, saya mengambil peluang untuk memperbelajari cara-cara yang dilakukan disana. Kaedah yang positif yang boleh digunakan di Johor Darul Ta'zim akan dicontohi untuk penambahan baik negeri serta untuk kebaikan raykat jelata.

Ketika saya berada diluar negara, Tunku Mahkota Tunku Ismail, Pemangku Raja Johor, akan bertanggunjawap melaksanakan tugas-tugas hal-ehwal negeri."

Tuanku Sultan berharap rakyat jelata akan memberikan sokongan dan kesetiaan yang sama juga kepada Tunku Ismail.

With one overseas investigation, the report said that more than $1 billion was deposited from 2011 to 2013, far more than the $681 million earlier identified?

KUALA LUMPUR: Deposits into Malaysian Prime Minister Najib Razak’s bank accounts ran to hundreds of millions of dollars more than previously identified by probes into state fund 1Malaysia Development Berhad, the Wall Street Journal reported on Monday.

Citing two unnamed people familiar with flows into Najib’s accounts and a person familiar with one overseas investigation, the report said that more than $1 billion was deposited from 2011 to 2013, far more than the $681 million earlier identified.

The paper said global investigators believe much of the $1 billion originated with the state fund, known as 1MDB, but did not specify where the extra money came from or what happened to it.

The report contradicts a conclusion reached recently by Malaysia’s chief law officer.

Attorney-General Mohamed Apandi Ali cleared Najib in January of any corruption or criminal offences, saying the $681 million transferred into Najib’s account was a gift from a member of Saudi Arabia’s royal family and that most of it was returned.

The prime minister’s office had no immediate comment, a spokesman said when contacted by Reuters.

Najib has been buffeted for months by allegations of graft and financial mismanagement at debt-burdened 1MDB and in particular by revelations of the transfer of around $681 million into his account in 2013.

He has denied wrongdoing, saying the funds were a legal political donation and he did not take any money for personal gain.

The Wall Street Journal report said money beyond the $681 million arrived in Najib’s account in 2011 and 2012.

It said investigators in two countries believed funds originated from 1MDB and moved through a complex web of transactions. Najib is chairman of the board of advisors to IMDB, a fund set up in 2009, when he came to office, to invest in projects of national importance.

In response to the WSJ report, 1MDB said it has consistently maintained that it has not paid any funds to the personal accounts of the Prime Minister.

“This has been reiterated by multiple lawful authorities including the Malaysian Anti-Corruption Commission, the Malaysian Attorney General, and various reputable international publications, who have confirmed that these funds came from Saudi Arabia,” it said in an email response.

Probes into the fund’s finances have been opened in Malaysia, the United States, Switzerland, Hong Kong, Singapore and Abu Dhabi, the Wall Street Journal said.

– Reuters

DYAM TUNKU MAHKOTA PEMANGKU RAJA JOHOR BERKENAN MELAWAT ADIK MOHD FIKRI HAKIM

YAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Pemangku Raja Johor berkenan melawat adik Mohd Fikri Hakim, pesakit jantung berlubang kronik yang dilaporkan amat teringin berjumpa dengan baginda menurut laporan akhbar tempoh hari. Baginda yang berangkat ke Muar untuk bertemu Mohd Fikri yang mesra dipanggil Acan sebaik selesai majlis rasmi di Johor Bahru, turut mengurniakan jersi JDT yang tertera nama 'Acan 01' pada pertemuan tersebut. Pastinya kehadiran baginda menjadi satu episod istimewa buat Acan dalam perjuangannya melawan penyakit yang dihidapinya. Sewaktu perjumpaan tersebut, Acan dimaklumkan supaya menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) atau dimana mana di dunia dan segala kos perubatan akan dibiayai sepenuhnya oleh JDT.Allah Peliharakan Sultan.

---

HRH REGENT OF JOHOR VISITS MOHD FIKRI HAKIM

HRH Brigadier General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Regent of Johor, visited Mohd Fikri Hakim, a heart patient who, according to news reports, expressed his wish to meet His Royal Highness. His Royal Highness travelled to Muar to meet Mohd Fikri, who is also fondly known as Acan, as soon as an official event in Johor Bahru concluded and also gifted a JDT jersey with the name 'Acan 01' during the meeting. The meeting with His Royal Highness will be a special memory for Acan in his battle with the heart disease. During the meeting, Acan was told to undergo treatment at the National Heart Institute or anywhere in the world and all medical costs will be fully borned by JDT. Allah Peliharakan Sultan.

Kepada Allah Kami Berserah
#HarimauSelatan
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JohorMestiSentiasaJadiJohor

NAZIR KESAL AGIH RM28 JUTA WANG KEPADA PEMIMPIN BN?

KUALA LUMPUR — Pengerusi Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak bercuti mulai hari ini berikutan siasatan dalaman mengenai US$7 juta (RM28 juta) yang beliau bantu agihkan menjelang pilihanraya umum ke-13 yang lalu.

Bercakap kepada pemberita hari ini, Nazir berkata, semakan dalaman itu yang bermula pada 5 April dijangka tamat dalam tempoh beberapa minggu.

Menurutnya, lembaga pengarah telah mengambil Ernst & Young sebagai juruaudit luar bagi membantu dalam proses semakan berkenaan.

“Untuk rekod, kejadian itu berlaku tiga tahun lepas, iaitu pada 2013.

“Abang saya meminta sedikit bantuan dan saya telah bersetuju selepas saya menilai yang ia tidak akan terlibat dengan sesuatu yang melangggar undang-undang atau menyalahgunakan kedudukan saya atau sebarang penggunaan kurang wajar sumber CIMB,” katanya.

Nazir menekankan yang tidak ada pemindahan dana lain yang diminta Najib, selain daripada US$7 juta berkenaan.

Beliau membacakan kenyataan yang dibacakan kepada pemegang saham di mesyuarat agung tahunan Kumpulan CIMB kepada media, yang memberi alasan mengapa beliau mengambil cuti itu.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz.

Nazir berkata, semakan itu dimulakan berikutan laporan berita yang mengesahkan yang beliau telah menerima US$7 juta ke dalam akaunnya daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga abangnya.

“Apabila semakan itu siap, lembaga pengarah akan membincangkannya dan kemudian membuat keputusan sama ada menerima saya balik (atau tidak),” tambahnya.

Nazir berkata, beliau bertindak berdasarkan apa yang diketahui pada waktu itu dan menyesal dengan tindakan itu berikutan kontroversi mengenai 1MDB serta sumber pembiayaan politik sejak 2014.

“Saya tidak akan meletakkan reputasi saya dan juga CIMB pada risiko itu secara sengaja,” kata Nazir, dengan menambah yang beliau menyokong tindakan lembaga pengarah untuk menerima penjelasan penuh beliau serta memulakan semakan bebas daripada Ernst & Young.

Menurutnya, beliau telah memilih untuk membuat pengumuman hari ini agar beliau boleh menerangkan kepada pemmegang saham secara langsung serta memenuhi tanggungjawabnya untuk mempengerusikan mesyuarat pemegang saham itu.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata, tindakan Nazir itu dibuat secara sukarela.

Beliau dan Nazir berkata, tidak ada pengganti sementara untuk jawatan pengerusi kumpulan itu ketika Nazir bercuti.

Luahan rasa kecewa (mungkin juga marah) seorang ahli UMNO?

Tak payahlah nak tuduh orang yang kritik Najib sebagai menentang UMNO kerana sekarang ni Najib yang menjahanamkan UMNO, Najib yang sabotaj UMNO dengan membiarkan UMNO menjadi mangsa akibat cara Najib mengendalikan isu yang menjadi perhatian ramai, tak pasal-pasal masalah peribadi Najib dah diheret menjadi masalah UMNO hingga UMNO pula yang teruk menanggung beban yang bukannya beban UMNO pun.

Najib tak payalah nak suruh orang lain jawab bagi pihaknya, pasal apa Najib nak suruh ahli UMNO menjawab segala pertanyaan yang ditanya kepada Najib pula, yang ditanya adalah Najib, yang buat hal pun adalah Najib, bukannya ahli UMNO, Nak jawab macam mana kalau ahli sendiri pun tak tahu maklumat apa yang mereka nak jawab.

Macam RM 15.4 bilion pelaburan 1MDB di dalam Brazen Sky, GIL Fund, dan Aabar Deposit, pelaburan itu dibuat oleh Najib dan kuncu-kuncunya, dalam bidang apa pun tak tahulah, tak diberitahu, di mana pelaburan itu dibuat pun tak diberitahu, bukannya ahli UMNO yang 3 juta orang ni yang buat pelaburan itu, bila rakyat tanya dalam bidang apa pelaburan itu dibuat dan di mana pelaburan itu dibuat, apa ahli UMNO nak jawab?

Dalam isu RM 2.63 bilion pula, apakah itu derma kepada UMNO? siapakah pendermanya, dari mana sumber derma itu, perlu dijelaskan, tapi Najib tak jelaskan. Wang itu Najib yang terima dan dimasukkan ke dalam akaun Najib, bukannya 3 juta orang ahli UMNO yang terima wang itu dan wang itu tak dimasukkan ke dalam akaun ahli UMNO 3 juta orang pun, malahan yang gunakan wang itu adalah Najib, bukannya ahli UMNO, jadi apa yang 3 juta ahli UMNO nak jawab dari mana sumber wang itu, siapa pendermanya, malahan ditanya mana buktinya wang itu diserahkan kepada UMNO, apa yang 3 juta ahli UMNO nak jawab sedangkan bukan mereka yang buat semua itu, tapi Najib, pasal apa Najib nak suruh ahli UMNO jawab pula. Kalau derma untuk UMNO dan dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib kononnya Tok Arab tu ikhlas, tapi ada ke bukti Najib menyerahkan wang itu kepada UMNO untuk diisytiharkan sebagai harta parti? Malahan apakah wang RM 2.63 bilion bersamaan USD 700 juta itu diisytiharkan oleh parti dalam Penyata Kewangan UMNO 2013 yang dihantar bersama-saman Minit Mesyuarat Perhimpunan Agung UMNO 2013 serta Penyata Jawatankuasa yang perlu dihantar oleh UMNO kepada Pendaftar Pertubuhan? Kalau Najib tak serahkan wang itu kepada parti, macam mana pula Najib boleh kata itu wang derma untuk UMNO? Kalau Najib tak serahkan kepada UMNO, maka Najib telah mengunakan wang itu secara salah dan boleh didakwa pecah amanah.

Itu tak termasuk lagi pembelian stesen janakuasa elektrik yang dah nak luput lesen operasinya lagi dua tiga tahun, dibeli dengan harga RM 18 bilion, malahan ada stesen janakuasa, Genting Sanyen, harga pasaran RM 400 juta, tapi pembelian oleh 1MDB dengan kelulusan oleh Najib dengan harga RM 2.3 bilion, lebih RM 1.9 bilion berbanding harga sebenar, hampir 5 kali ganda lebih tinggi dari harga sebenar, itu Najib yang luluskan pembelian itu, bukannya ahli UMNO 3 juta orang yang luluskan pembelian itu, jadi apahal Najib nak suruh ahli UMNO 3 juta yang tak tahu menahu pasal jual beli stesen elektrik yang bermasalah itu menjawab pula bagi pihak Najib sedangkan mereka tak ada maklumat lengkap pun, Najib yang buat masalah tu, pasal apa tak jawab?

Ahli UMNO sekalian, bolehkah tuan-tuan / puan-puan semua jawab mengenai kegagalan Edra Energy, anak syarikat 1MDB yang memperolehi projek membina dan membekalkan tenaga elektrik kepada TNB iaitu Jimah Timur 3B. Dalam isu ini, walaupun Edra Energy dapat kontrak tersebut, tapi Edra Energy tak mampu pun nak bina malahan nak sediakan tapak projek pun Edra Energy tak mampu, maka persoalannya adalah mana perginya wang Edra Energy? Sedarlah semua bahawa Edra Energy tak buat apa-apa pembangunan lagi pun terhadap projek Jimah Timur 3B ini, tapak projek pun tak ada lagi.

Satu lagi, tak pasal-pasal TNB dipaksa melabur di dalam projek Jimah Timur 3B dengan pelaburan RM 11.7 bilion, tak dijelaskan pula berapakah nilai ekuiti yang dijual oleh 1MDB kepada TNB pun tak diketahui, lihatlah dengan senang-senang sahaja 1MDB buat projek cara ‘ali baba’ dapat projek lepas tu bebankan kepada GLC untuk selesaikan masalah 1MDB pula, kemudian 1MDB senang-senang dapatkan wang dari GLC itu dengan alasan jualan ekuiti projek.

Walau apa pun, ahli-ahli UMNO perlu pilih nak selamatkan UMNO atau nak jadi balaci Najib. Fikirlah wahai ahli-ahli UMNO sekalian. Najib buat masalah, dia suruh 3 juta ahli UMNO yang tak tahu apa-apa pasal masalahnya itu pula yang jawab, apahal ni?

Senangnya cara Najib, dia buat hal, lepas tu suruh ahli UMNO jawab pula, Najib pula bersenang lenang buat masalah lagi, lepas tu ahli UMNO dikerah untuk jawabnya lagi, maka ahli UMNO hanya jadi tukang kutip taik Najib sahajalah, Najib syok berak merata-rata, kemudiannya dikerahkan ahli UMNO untuk kutip taik Najib itu, lepas tu siap suruh ahli UMNO basuh

Ingat tuan-tuan dan puan-puan, kita bukan pembangkang, di mana jika pemimpinnya liwat, berzina, menipu, pecah amanah dan buat pelbagai kesalahan kita tutup mata dan terima bulat-bulat. Kita beragama Islam dan kita ada Quran sebagai kitab kita. Salah tetap salah, itu lah dia UMNO dan sejarah kemegahannya

Anggota PAC terkilan maklumat dalam kedua-dua ayat telah dipersetujui dari BN dan Pembangkang untuk dimasukkan dalam laporan 1MDB? Tiada dalam laporan PAC!!!

Pada hari Selasa, Anggota Parlimen DAP Tony Pua mendakwa beberapa ayat dalam laporan akhir 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dikeluarkan, antaranya mengenai perbincangan antara pegawai Jabatan Audit Negara dan anggota PAC.

Ayat seterusnya yang dikeluarkan ialah mengenai perbincangan anggota PAC dan pegawai kerajaan yang terbabit dalam menyediakan laporan 1MDB tersebut, kata nggota Parlimen Petaling Jaya Utara itu.

Pua yang juga anggota PAC berkata maklumat dalam kedua-dua ayat itu telah dipersetujui anggota PAC daripada BN dan pembangkang untuk dimasukkan dalam laporan 1MDB.

Mengulas lanjut, Hasan berkata apa jua maklumat diterima pada saat akhir bersifat sulit dan rahsia; serta maklumat berstatus risikan dan bukan untuk laporan awam, ia tidak perlu dimasukkan ke dalam laporan PAC.

Jika maklumat berkenaan dimasukkan sebagai sebahagian daripada kandungan laporan PAC, ia secara jelas boleh menjejaskan integriti, kewibawaan dan kredibiliti PAC itu sendiri sebagai jawatankuasa di bawah Parlimen, katanya.

Sehubungan itu, Hasan berkata ini adalah reaksi terakhirnya melalui media dan tanggungjawab keanggotaan PAC boleh dilaksanakan sepenuhnya melalui mesyuarat seterusnya dan bukannya melalui media sosial atau media massa.

"Saya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keputusan yang dibuat sebagaimana dipertanggungjawabkan oleh Parlimen," katanya.

- Bernama

Wednesday, April 20, 2016

NAJIB mohon batal saman Mahathir dan dua lagi?

Bernama | April 20, 2016 19:36 MYT

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memohon untuk membatalkan saman oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua lagi terhadapnya atas alasan tiada elemen perbuatan salah laku seperti yang didakwa ketiga-tiga plaintif.

Peguam Wan Azmir Wan Majid, mewakili Najib memberitahu pemberita bahawa saman difailkan Tun Dr Mahathir, bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas Anggota Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin selaku plaintif itu bersifat remeh dan menyusahkan mahkamah.

"Perdana Menteri memfailkan permohonan untuk membatalkan saman itu semalam atas alasan tidak terdapat elemen perbuatan salah laku (eng: tort misfeasance) seperti yang terkandung dalam writ saman dan pernyataan tuntutan plaintif," katanya.

Beliau berkata permohonan itu akan didengar pada 23 Jun di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rosnaini Saub.

Peguam itu berkata demikian selepas pengurusan kes saman itu di hadapan Penolong Kanan Pendaftar Erry Shahriman Nor Aripin hari ini yang turut dihadiri peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla bertindak bagi ketiga-tiga plaintif.

Mohamed Haniff Khatri berkata mahkamah juga mengarahkan perdana menteri untuk memfailkan pernyataan pembelaannya sebelum atau pada 28 April ini.

Pada 23 Mac lepas, Mahathir, 90, Khairuddin, 54, dan Anina, 41, memfailkan saman terhadap Najib selaku defendan berhubung dakwaan salah laku membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tuesday, April 19, 2016

TSMY:“Puad Zarkashi membuat andaian saya berbohong kerana dia tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku,”

“Adalah menjadi kebiasaan ketua-ketua agensi kerajaan datang menemui saya untuk memaklumkan perkembangan sesuatu isu. Dalam pertemuan saya dengan (Gabenor BNM) Tan Sri Zeti (Akhtar Aziz), saya dapat tahu bahawa pihak Monetary Authority Singapore telah menyerahkan satu laporan kepada BNM berkenaan wang 1MDB yang tidak dimasukkan ke dalam akaun Bank BSI di Singapura.

“Saya juga dapat tahu banyak urusniaga 1MDB yang melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 yang jika didapati bersalah boleh didenda maksima RM50 juta atau penjara 12 tahun,” katanya di Facebook semalam.

Beliau menulis sedemikian menjawab dakwaan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr Mohd Puad Zarkashi yang disiarkan dalam Berita Harian 26 Mac.

“Kononnya saya berbohong mengenai pertemuan saya dengan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, di mana Gabenor Bank Negara itu memberitahu saya secara lisan beberapa maklumat mengenai 1MDB.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya sama sekali tidak berbohong. Tan Sri Zeti juga tidak menafikan sepenuhnya kenyataan saya.

“Puad Zarkashi membuat andaian saya berbohong kerana dia tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku,” tambahnya.

Muhyiddin berkata dirinya selaku Timbalan Perdana Menteri pada masa itu berhak mengetahui isu-isu berkepentingan negara secara terperinci.

“(Datuk Seri) Najib (Razak) juga dikatakan cuba campur tangan dalam siasatan BNM, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini,” tambah Muhyiddin.

Beliau meminta pembaca supaya tidak lupa bahawa BNM telah dua kali menyerahkan kertas siasatan ketas 1MDB kepada Peguam Negara, dan menyarankan tindakan undang-undang dikenakan kerana melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 tetapi ditolak oleh Peguam Negara.

“Ini bermakna siasatan di peringkat BNM berpuashati bahawa terdapat salah laku di pihak 1MDB,” tulis beliau.

Menurut Muhyiddin, Zeti juga memberitahu bahawa beliau bertegas meneruskan siasatan ke atas 1MDB walaupun mendapat tekanan.

“Sebagai seorang Gabenor bank pusat yang berwibawa, saya yakin beliau telah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

“Saya yakin rakyat akan mengetahui kedudukan sebenar kes ini dan kebenaran akan terserlah jika pendakwaan dijalankan dan segala bukti yang berkaitan dikemukakan di mahkamah.”

WATERGATE MALAYSIA : WSJ DICALONKAN UNTUK KATEGORI LAPORAN ANTARABANGSA BAGI HADIAH PULITZER!!! #1MDB.

Siri artikel terbitan The Wall Street Journal mengenai skandal kewangan yang didakwa dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan firma pelaburan negara 1MDB berjaya dicalonkan untuk kategori laporan antarabangsa bagi Hadiah Pulitzer.

"Liputan kami 'Watergate Malaysia' # 1MDB adalah finalis bagi Hadiah Pulitzer dalam kategori laporan antarabangsa," tulis WSJ dalam tweet pagi ini.

Menurut laman web rasmi Hadiah Pulitzer, WSJ mengemukakan siri artikel yang disiarkan antara Julai dan Disember tahun lalu - ditulis oleh Tom Wright, Bradley Hope, Simon Clark, Mia Lamar dan James Hookwood.

Mereka diberikan kredit bagi hasil kerja-kerja yang digambarkan sebagai "laporan cemerlang dalam mendedahkan amalan rasuah di peringkat tertinggi di demokrasi yang rapuh, membawa kepada Watergate Malaysia".

Antara lain, artikel yang dikemukakan bertajuk "Malaysia Leader's Accounts Probed" (2 Julai), "Leader Faces Fire Over Fund" (15 Oktober), dan "The Money Network of Malaysian Politics" (28 Disember).

Najib dan penyokongnya dari parti pemerintah BN berulang kali menuduh WSJ menjaja tuduhan palsu dan diperkudakan oleh mereka yang mempunyai agenda politik untuk menjatuhkan kerajaan.

Akhbar itu bagaimanapun, terus berdiri teguh dengan laporannya sehingga hari ini dan menyokong supaya Najib memfailkan saman fitnah terhadap sebarang laporan yang didakwa palsu.

Anugerah Hadiah Pulitzer disampaikan kepada pemenang pada hari Isnin.

Lembaga Hadiah Pulitzer menganugerahkan Alissa Rubin dari The New York Times sebagai pemenang kategori laporan antarabangsa untuk kerjanya di Afghanistan pada 2015.

Tun M: Memfailkan permohonan injuksi mareva menentang Datuk Seri Najib Tun Razak?

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini memfailkan permohonan injuksi mareva menentang Datuk Seri Najib Tun Razak bertujuan membekukan atau penyekat perdana menteri daripada memindah, mengeluar atau melakukan sebarang urusniaga ke atas aset beliau yang bernilai RM2.642 bilion.

Bekas perdana menteri itu bersama-sama bekas naib ketua Umno cawangan Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan bekas ahli Umno Langkawi, Anina Saadudin, turut memfailkan permohonan pendedahan yang menghendaki Najib untuk memaklum dan memberi butiran aset-aset beliau termasuk artanah, baki kredit, tunai dan aset-aset lain dalam bank, institusi kewangan dan saham syarikat.

Permohonan itu difailkan hari ini pada jam 10.40 pagi menerusi firma guaman, Haniff Katri di pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

"Arahan kepada Najib untuk menyediakan senarai aset dalam masa 10 hari bermula tarikh penghantaran surat ini kepada beliau," kata permohonan itu.

Permohonan itu adalah berlandaskan kesemua mereka telah memfailkan tindakan sivil menentang Najib, pada 23 Mac yang lalu, bagi kemungkiran kewajipan fidusiari dan salah laku tort misfeasance dalam jawatan awam.

Menurut mereka, Najib selaku perdana menteri, pengerusi BN dan presiden Umno dengan niat jahat menghalang, mencampuri, menindas dan menyalah pintas pelbagai siasatan dan inkuiri berhubung skandal 1MDB berserta kemasukan dana dalam anggaran AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke dalam akaun peribadi banknya.

Mereka juga menuntut RM2.6 bilion sebagai ganti rugi teladan dan ganti rugi berpanjangan sebanyak RM42 juta.

Mengulas lanjut, tambah mereka, telah dibuktikan RM2.6 billion dimasukkan dalam akaun perbadi Najib menerusi Ambank pada bulan Mac 2013, dan RM42 juta dari SRC International Sdn Bhd yang merupakan bekas anak syarikat 1MDB.

Ketiga-tiga mereka turut mendakwa Najib tidak menafikan wang masuk ke dalam akaun peribadinya dan dakwaan itu telah disahkan menerusi kenyataan Peguam Negara dalam sidang medianya.

MALINNOV : MENGELUARKAN PRODUK PISTOL SEMI AUTOMATIK.

DSA2016 kali ini mengenengahkan satu produk buatan Malaysia.

MALINNOV (Malaysian Innovation) adalah syarikat tempatan yang mengusahakan sendiri senjata ringan berupa pistol semi automatik.
Kami melihat sendiri produknya dan ia sangat impresif.

Bertanyakan kalangan jurutera mereka,penghasilan pistol ini melibatkan research and development selama 4 tahun dengan hampir 10 prototaip yang diuji secara ekstrim dan ekstensif setiap satunya.

Mereka membangunkan setiap alat kerja,laras dan komponen sendiri, dan melalui banyak trial and error serta memperbaiki setiap rekabentuk prototaip yang mereka bina. Asas senjata mereka adalah dari sidearm jenis Glock dan Baretta dan mereka membangunkan sidearm dengan klasifikasi M1P ini secara reverse engineering.

Berpangkalan di Technology Park, Bangi Malinnov mempunyai masa depan yang sangat baik dalam mengeluarkan sidearm buatan tempatan untuk pasaran domestik terutamanya mensasarkan pengunaannya pada pengiring orang kenamaan dan agensi keselamatan dalam negeri.

Kami di MMP menantikan jemputan pihak Malinnov untuk demonstrasi penembakan dan melihat sendiri kemampuan perkilangan mereka. Hebat karya anak tempatan kita ini.

MALAYSIA BOLEH
Selain sidearm, Malinnov juga dalam proses membangunkan sendiri amunisi untuk mortar dan pelancar grenad.

Takbir : Apakah kepentingan DS Nazri Razak mengakui mengagihkan RM7 juta dari Acc PM? Apakah kepentingan pendedahan tersebut kepada negara?

Terbaca satu artikal di FB. Adik kepada PM.  Membantu mengagihkan wang sebanyak RM 7 juta dari acc DS Najib Razak.

Acc CIMB tersebut telah ditutup sebab duit tersebut telah habis di agih-agihkan.

Persoalannya mengapa DS Nazri Razak membuat pengakuan tersebut? Apakah sebenarnya yang cuba untuk disampaikan atau apakah tujuan beliau membuat pengakuan tersebut?

Apakah kepentingannya kepada negara?

Jadi mengapa Tun M beria sangat mahu DS Najib Razak turun dari jawatan Perdana Menteri?

Mengapa PM DS Najib Razak mengatakan Tun M menyerang dan mahu beliau turun dari jawatan PM sebab ajinda Peribadi. Mahu jadikan anaknya menjadi Perdana Menteri?

1MDB dikatakan tiada bermasaalah. Aset melebihi hutang. Ialah kita pun bukan tengok duit 1MDB. Kita pun bukan nampak hutang 1MDB?

Hanya segelintir rakyat Malaysia yang percaya 1MDB tiada masaalah? Hanya segelintir juga rakyat Malaysia percaya 1MDB bermasaalah?

Tanggungjawab siapakah untuk memberi penerangan dan pencerahan permasaalshan tersebut?

Kononnya rakyat yang Pro Tun M menyerang DS Najib Razak setiap hari dengan dahsyatnya kerana terlalu taksub dengan pemimpin?

Penyokong DS Najib Razak mengatakan penerangan sudah diberi berkenaan 1MDB. Sudah banyak kali di jawab dan di terangkan tetapi penyokong Tun M masih tidak mahu menerima jawapan tersebut. Sebab hati sudah hitam sudah hati busuk?

Masaalahnya soalan yang diberi tidak pernah dijawab dengan fakta yang tepat. Sentiasa berubah-ubah mengikut penemuan jawapan yang telah diketahui umum.

Mengapa lapuran PAC mengatakan penguatkuasaan perlu dilakukan. Menyebabkan 4 orang Ahli lembaga Pengarah meletak jawatan. Arul juga dikatakan mahu meninggalkan jawatannya kerana tugasannya telah selesai?

Kata pribahasa Inggeris what you sow is what you reap. Apa yg kamu tanam itulah yang kamu dapat. Kalau kamu korup maka bala akan menimpa kamu?

Seperkara lagi siasatan luar negara mengatakan ada pengelibatan pembersihan wang haram dan sebagainya. Perkara ini tidak boleh dipandang sepi kerana akan menjatuhkan nama baik negara di mata dunia. Negara-negara yang terlibat seperti Amerika, British, Australia, Singapura. Mengapa mereka hanya memberi tumpuan kepada Syarikat 1MDB sahaja di Malaysia?

Akhirnya Tun M bertindak menyaman DS Najib Razak dan pada 20/4/2016 adalah hari pengurusan saman tersebut?

Sunday, April 17, 2016

Soalan " KENAPA " Persoalan yang perlu " RESPON " Merungkai kenapa masaalah ini boleh berlaku?

Team Respect My PM, mohon respon.

1. Kenapa Januari lalu, menteri luar Arab Saudi (menteri yang sama kini) respon, tiada derma & jika ada ianya adalah pelaburan ? Dan kenapa kini bercanggah & tiba² mengakui ?

2. Kenapa setelah sekian lama, nama DS Najib busuk & nama negara busuk, baru hari ini tampil buat pengakuan ? Atau sebab terlalu lama menulis & menghafal skrip ?

3. Kenapa DS Najib & kerajaan Malaysia tidak menyaman pihak yang bertanggungjawab membawa & menyebar 'fitnah' ini ?

4. Kemana guna / sebahagian wang yang didermakan ? Digunakan untuk apa ? & apa manfaat kepada rakyat ?

5. Kenapa wang sebanyak itu dimasukkan kedalam akaun seorang penjawat awam & dalam jumlah yang infiniti banyak tanpa apa² tindakkan undang² ?

6. Kenapa pada awal pendedahkan 'skandal' ini, DS Najib & kerajaan Malaysia menafikan bahawa wang itu masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri ?

7. Dan terakhir, kenapa isu & skandal ini sangat berbelit² ? Kenapa banyak percanggahan & Banyak sangat jalan cerita ? Kenapa ?

TSMY : Membidas Isu Azalina mengumumkan bahawa Lapuran Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) yang melepaskan Perdana Menteri dari salah laku. Walaupun dokumen itu memperlihatkan sebaliknya?

Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membidas Datuk Seri Azalina Othman Said di kawasan menteri di jabatan perdana menteri itu sendiri iaiti Pengerang.

Beliau membawa isu Azalina mengumumkan bahawa Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang melepaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Rzak dari segala salah laku walaupun dokumen itu memperlihatkan sebaliknya.

Laporan itu, katanya, mengenengahkan Perdana Menteri sebagai bertanggungjawab dalam meluluskan urusniaga syarikat tersebut dan berbilion ringgit yang lenyap begitu sahaja.

"Ia menunjukkan banyak salah laku.

"Bagaimana seorang perdana menteri, di samping menteri yang sepatutnya menjaga hal perundangan, apa nama dia, Azalina - berkata tiada salah laku, apakah beliau boleh baca?" kata beliau semasa ceramah kepada ahli-ahli akar umbi Umno di Pengerang, Johor hari ini.

Muhyiddin juga mengingatkan Azalina bahawa beliaulah orang yang mencipta platform politik untuk Ahli Parlimen Pengerang itu.

"Ketika saya menjadi menteri besar (Johor), Azalina tiada disitu.

"Apabila dia menjadi Ketua Puteri Umno sebab saya galakkan dia. Saya tubuhkan Puteri Umno dan perlembagaan parti dipinda.

"Namun beliau telah terlupa. Melayu mudah lupa, termasuk ketua cawangan anda," katanya.

Bercanggah dengan kenyataan kerajaan, Muhyiddin berkata, laporan PAC menemukan sekurang-kurangnya RM28 bilion atau AS$7 bilion dana 1MDB telah lenyap dan menggesa orang ramai membaca laporan itu sendiri.

"Siapa meluluskan transaksi tersebut? Najib telah meluluskan semua transaksi itu," jelasnya.

Beliau turut menimbulkan bahawa PAC menemui, tidak seperti syarikat biasa, semua urusan utama 1MDB telah diluluskan oleh pengerusi lembaga penasihat syarikat, iaitu Najib.

"Ini RM28 bilion tidak boleh melayang meninggalkan negara tanpa kelulusan Najib.

"Jadi, kemana duit itu telah pergi? Bolehkah beliau menjelaskan?" katanya.