Pages

Tuesday, December 23, 2014

Mutakhir: Dr.Yusuf Al-Qaradawi di tangkap Polis Antarabangsa?

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim sedih dengan berita waran tangkap yang dikeluarkan polis antarabangsa (Interpol) terhadap Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi.

Katanya, beliau tidak boleh bercakap bagi pihak kerajaan, tetapi secara peribadinya, sebagai seorang Muslim, beliau sedih kerana salah seorang ulama yang paling dihormati pada era ini, mahu ditangkap Interpol.

MTMR di khabarkan penangkapan telah berlaku? Semua itu perancangan dan ketentuan dari Allah. Hanya Allah jua yang maha mengetahui.

"Saya percaya kita akan pertahankan sampai ada bukti kukuh. Dan bukti penglibatan Dr Yusuf dalam tindakan militan itu perlu diberitahu kepada seluruh dunia," katanya kepada pemberita hari ini.

Selain itu, Razali menambah, pengeluaran waran tangkap terhadap Dr Yusuf juga dilihat sebagai satu cubaan untuk melemahkan gerakan Islam di rantau ini. 

Mutakhir: Kemalangan maut melibatkan kanak-kanak 6 tahun.

Pasir Gudang: Satu kemalangan maut di simpang MAV Panasonic. Kemalangan berlaku lebih kurang jam 2:55 petang.

Kanak-kanak 6 tahun dibawa oleh emak  saudara menaiki motorsikal terlibat dengan kemalangan tersebut meninggal di tempat kejadian. Ibu mangsa di khabarkan bekerja di white horse.

Mutakhir: Johor mula di ancam banjir.

Pontian: Kukup mula di naiki air. Banjir merupakan satu bencana alam yang saban tahun memerlukan perhatian dari pihak berkuasa.

Selepas Kelantan dan Terengganu di landa banjir teruk. Fenomena ini berpindah pula ke Johor. Air laut pasang dan di tambah hujan lebat setiap waktu petang di negeri Johor memungkinkan kejadian banjir berlaku.

Harap penduduk yang tinggal di kawasan rendah dapat buat persiapan awal. Bagi mengelakkan kejadian buruk.

Terkini: Pakistan rancang gantung 500 militan.

ISLAMABAD: Pakistan merancang melaksanakan hukuman gantung ke atas kira-kira 500 militan dalam beberapa minggu ini selepas kerajaan menarik balik penggantungan hukuman mati bagi kes keganasan berikutan pembunuhan beramai-ramai pelajar sekolah oleh puak Taliban.

Enam anggota militan sudah digantung sejak Jumaat lalu ketika kemarahan orang ramai meningkat susulan pembunuhan 149 orang termasuk 133 kanak-kanak di Peshawar Selasa lalu.

Selepas serangan pengganas terburuk dalam sejarah Pakistan itu, Perdana Menteri, Nawaz Sharif menamatkan penggantungan selama enam tahun hukuman mati bagi kes membabitkan keganasan.

"Kementerian Dalam Negeri sudah memuktamadkan kes 500 pesalah yang sudah mengemukakan rayuan, petisyen mereka ditolak oleh presiden dan hukuman mati terhadap mereka akan dilaksanakan dalam beberapa minggu ini," kata seorang pegawai kerajaan kepada AFP.

Daripada enam pesalah yang dihukum gantung sehingga kini, lima terbabit dalam cubaan membunuh pemimpin tentera ketika itu, Pervez Musharraf, pada 2003. Seorang lagi terbabit dalam serangan ke atas markas tentera darat pada 2009. - AFP