Pages

Friday, December 19, 2014

Nota: Kalimah Allah yang Orang Islam perlu tahu.

Manusia tidak mengetahui bahawa Allah melihat apakah yang Allah mahukan manusia berfikir. Kebenaran apakah yang di cari dalam kehidupan ini. Perjuangan apakah yang di dokong dan di pertahankan.

Sesungguhnya tanggungjawab mempertahankan kalimah Allah adalah tanggungjawab seluruh umat Islam mengikut kemampuannya.

Allah melihat dan menguji makhluknya. Siapakah diantara kalian yang benar-benar sedar dan berjalan atas kesedaran bahawa sesungguhnya Allah itu esa. Tidak beranak dan di peranakkan.

Adakah itu yang di maksudkan oleh penganut Keristian? Adakah orang penganut keristian percaya bahawa Allah itu satu. Percaya bahawa Allah itu tiada dua tiga. Allah itu tidak sama dengan apa jua yang ada di alam dunia dan alam semesta ini.

Sesungguhnya Allah tidak menyerupai apa2 kejadian atau bentuk yang ada di dunia ini. Adakah penganut Keristian benar-benar ikhlas atau ada ajinda Politik untuk memburukkan Islam dan Politik Malaysia?

Setakat ini dahulu yang MTMR tuliskan. Masa mendatang akan di perhalusi apakah ajinda di sebalik pengunaan Kalimah Allah oleh Agama lain di Malaysia.

Terkini: Banjir di kelantan semangkin buruk.

KOTA BAHRU: Keadaan banjir di Kelantan bertambah buruk apabila lebih 15,000 mangsa ditempatkan di 108 pusat pemindahan di seluruh negeri itu sehingga pagi ini.

Kejadian lain sebuah rumah di hanyutkan air ke tengah jalan di kuala krai. Selepas banjir.

Sesungguhnya Allah menguji untuk kita bersabar.


Mutakhir : IGP PDRM tunggu laporan berkaitan lelaki Iran.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menunggu laporan daripada pihak Australia sama ada lelaki Iran yang ditembak mati dalam insiden tebusan di sebuah kafe di Sydney Isnin lalu pernah menetap di Malaysia.
   
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya sedang menunggu laporan terperinci daripada negara berkenaan bagi mengetahui butiran peribadi lelaki berkenaan.
   
"Kita nak tahu siapa dia, nama sebenar dia dan nombor pasport... baru kita boleh membuat semakan," katanya kepada pemberita ketika ditanya adakah lelaki Iran itu yang menjadikan 17 individu terdiri daripada staf dan pengunjung kafe berkenaan sebagai tebusan pernah menetap di Malaysia.
   
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Balai League Table (BLT) di Petaling Jaya semalam apabila diminta mengulas laporan akhbar tempatan mengenai Man Haron Monis,50, yang mati ditembak polis Australia dalam drama tebusan 17 mangsa di Sydney, dikatakan pernah menetap di Malaysia.
   
Dalam insiden itu, dua tebusan juga terbunuh iaitu pengurus kafe berkenaan Tori Johnson, 34, dan pekerja kafe Katrina Dawson, 38.
   
Laporan akhbar itu juga menyebut suspek dikatakan melarikan diri ke Malaysia pada 1996 setelah menyedari dikehendaki polis Iran berhubung jenayah ganas dan penipuan yang dilakukannya.
   
Tarikh sebenar suspek meninggalkan Malaysia bagaimanapun tidak diketahui namun Australia memberikan status pelarian kepadanya pada 2001, menurut laporan itu.