Pages

Saturday, August 16, 2014

Terkini: Melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Pasir Gudang: Sekolah Menengah Kebangsaan Pengawa Timur telah mengadakan gotong royong membersihkan kawasan dengan mengutip sampah di sekitar Bukit Layang~layang.

Pelajar SMKDPT bersama guru~guru bersama~sama menjalankan khidmat Masyarakat.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Itulah pepatah lama yang harus di lakukan oleh guru bagi mendidik anak didik agar budaya ini dapat di kekalkan bagi mengeratkan semangat satu Malaysia. Budaya masyarakat majmuk.

Dua lelaki ditemui mati dalam kenderaan di R&R Juru

BUTTERWORTH: Dua lelaki berusia 30-an ditemui mati di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di stesen minyak di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Juru (arah selatan), di sini, malam tadi.

Difahamkan, kejadian disedari orang awam kira-kira jam 7.30 malam selepas melihat kedua-dua lelaki itu dalam keadaan mencurigakan dengan enjin kenderaan itu masih hidup sebelum memaklumkan kepada pekerja stesen minyak berkenaan.

Pekerja stesen minyak itu pada mulanya menyangka kedua-dua lelaki berkenaan tidur, cuba mengejutkan mereka dan menghubungi polis selepas kedua-duanya tidak memberikan reaksi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata kedua-dua lelaki itu ditemui mati di tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan.

"Berdasarkan siasatan awal, tiada unsur jenayah ditemui dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Mayat lelaki yang berasal dari Kedah dan Melaka itu dibawa ke Hospital Seberang Jaya, di sini, untuk bedah siasat," katanya.