Gambar di atas merupakan kompleks pertahanan bawah tanah Malaysia, lokasi rahsia.
1. Malaysia melalui Angkatan Tentera Malaysia (ATM) banyak yang perlu dicapai untuk menjadi sebuah angkatan perang yang kredibel, misalnya negara masih belum memiliki sistem peluru berpandu darat ke udara berjarak sederhana dan tinggi, perlindungan udara dan “point defence” tentera lautnya juga masih belum mencukupi.
2. Analisis ini dibuat untuk melihat bagaimana senjata-senjata strategik milik negara boleh membantu mengekang atau “mengenakan” musuh, penulis tidak mungkin boleh memberi gambaran yang tepat dalam senario peperangan Malaysia vs Singapura dengan adil kerana tempo dan ruang lingkup pertempuran sebenarnya sentiasa berubah dan penuh dengan muslihat serta kerahsiaan.
3. Kemenangan juga tidak boleh dinilaikan dengan kehebatan senjata yang kita ada, sejarah telah banyak membuktikan, penggunaan taktik yang baik merupakan jawapan kepada semua masalah pertempuran.
4. Masalah sekarang, tentera yang menyerang sering memperolehi kemenangan kecuali dalam senario peperangan Yom Kippur apabila Israel yang hampir tewas berjaya bangkit dan mengepung tentera Mesir sehingga memaksa negara itu mengadakan rundingan Camp David.