Pages
▼
Friday, July 18, 2014
Mari kita menjadi manusia barang seketika !!!
Mari kita menjadi manusia barang seketika!!!
Orang lain bersedih adalah pulak mengambil kesempatan berlawak. Bayangkan keluarga anda adik beradik anda dalam MH17 tersebut. Nak hisap nenen pun tak selera tau.
#AlFatihah4MH17
#AlFatihah4MH17
Komando AS hanya ambil mayat Osama
DUA gambar (atas) disiarkan agensi berita Reuters dibeli daripada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang mengambil gambar kediaman Osama bin Laden di Abbotabad, sejam selepas komando Amerika Syarikat melakukan serangan membawa kematian pengasas al-Qaeda itu dan beberapa yang lain.
Pengawal berkenaan menjual tiga gambar yang diambilnya awal pagi Isnin lalu menunjukkan mayat mangsa serangan komando itu berlumuran darah tanpa senjata api.
Pengawal berkenaan menjual tiga gambar yang diambilnya awal pagi Isnin lalu menunjukkan mayat mangsa serangan komando itu berlumuran darah tanpa senjata api.
MALBATT 850-1 harumkan nama Malaysia
Lubnan: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melahirkan rasa bangga dengan anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-1 kerana mengharumkan nama negara dalam misi keamanan di bawah bendera Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di sini.
Katanya, kehadiran MALBATT 850-1 bukan saja diterima masyarakat setempat, malah laporan diterima daripada orang luar dan hasil interaksi membolehkan mereka yang tidak mengenali Malaysia sebelum ini mula mengetahui mengenai Malaysia.
“Saya mendengar bagaimana anggota MALBATT 850-1 yang terdiri daripada pelbagai kaum mendekati penduduk di sini dan diterima di sini.
“Sekiranya ada yang bertanya apa kelebihan yang ada pada anggota kita, ia adalah keikhlasan,” katanya selepas mengakhiri lawatan sehari suntuk ke tiga kem yang menempatkan anggota MALBATT 850-1 iaitu Kem Marakah, Kem Shamrock dan Kem Tibnin.
Kita tidak boleh bandingkan apa yang dilakukan anggota MALBATT 850-1 di sini kerana yang menjadi gadaian adalah nyawa mereka yang tidak boleh dinilai dengan wang ringgit” Hishammuddin Hussein, Menteri Pertahanan
“Saya mendengar bagaimana anggota MALBATT 850-1 yang terdiri daripada pelbagai kaum mendekati penduduk di sini dan diterima di sini.
“Sekiranya ada yang bertanya apa kelebihan yang ada pada anggota kita, ia adalah keikhlasan,” katanya selepas mengakhiri lawatan sehari suntuk ke tiga kem yang menempatkan anggota MALBATT 850-1 iaitu Kem Marakah, Kem Shamrock dan Kem Tibnin.
Terkini: Mesyuarat jawatankuasa hudud hari ini
Kota Bharu: Mesyuarat pertama jawatankuasa teknikal peringkat kebangsaan bagi membincang dan meneliti pelaksanaan undang-undang jenayah syariah Islam di Kelantan akan diadakan di Putrajaya, hari ini.
Kelantan diwakili Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad; pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Dr Mohd Azhar Abdullah serta Dr Zulkarnain Lokman, Mohd Tarmizi Abdullah, Nik Baharom Nik Abdullah dan Hisyam Fauzi yang masing-masing pakar dalam bidang perundangan.

Terkini: Datuk Seri Najib Razak diberi taklimat awal mengenai pesawat MH17
TAKLIMAT AWAL: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diberi taklimat awal mengenai pesawat MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine, di Pusat Operasi Kecemasan Malaysia Airlines (MAS) di Sepang, hari ini.
Terkini: MH17 dipercayai ditembak dengan sistem peluru berpandu BUK???
MYNEWSHUB – Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia, malam ini dipercayai ditembak jatuh menggunakan sistem peluru berpandu BUK yang dibangunkan pada era Soviet Union.
BUK merupakan peluru berpandu jarak sederhana dari permukaan darat ke udara. Ia digerakan dengan kenderaan di mana hanya 5 minit diperlukan untuk menyediakan bateri tembakan dan ia boleh bergerak semula dalam 5 minit berikutnya.
Mutakhir: Kerajaan Pusat setuju kenakan bayaran Permit Kemasukan Kenderaan dari Singapura.
Johor Bahru: Kerajaan bersetuju mengenakan bayaran Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) kepada kenderaan asing yang memasuki Malaysia melalui Johor dari Singapura.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, pelaksanaan VEP itu akan dilakukan dalam masa terdekat selepas semua urusan berkaitan pentadbiran selesai.
Pesawat penumpang Malaysia terhempas dekat sempadan Russia
MOSCOW: Pesawat penumpang Boeing Malaysia yang membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia malam ini. - Reuters
KDN dalam proses perincikan perintah berkurung di Sabah - Zahid
KUALA NERUS: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam proses memperincikan perintah berkurung di Sabah dan akan mewartakannya secepat mungkin.