We can create our own lucky, We can make things. Happen through hard work and Intelligence!
Pages
Monday, July 14, 2014
Blogger ugut bunuh MB, Setiausaha Sulit Sultan Kedah direman 4 hari
ALOR SETAR: Mahkamah Majistret di sini memerintahkan blogger yang ditahan berhubung kes ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kedah dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah melalui Facebook, direman empat hari untuk membantu siasatan.
Suspek berusia 37 tahun yang ditahan di Shah Alam, semalam, direman bermula hari ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Terkini: Tuanku Sultan Johor Arah Patung Tembioh Di Buka Semula.
MUTAKHIR:TLDM syor dasar 'tembak pada penglihatan' dibenar kekang penceroboh di Sabah
LUMUT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mencadangkan pasukan keselamatan dibenarkan 'shoot on sight' terhadap mana-mana kumpulan mencurigakan yang memasuki perairan Sabah, sebagai usaha menghalang pencerobohan kumpulan pengganas dari selatan Filipina ke negara ini.
Panglimanya, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, peraturan atau undang-undang sedia ada yang tidak membenarkan 'shoot on sight' (menembak pada penglihatan) sehingga menghalang pasukan keselamatan seperti TLDM untuk membanteras kumpulan berkenaan secara tuntas.
"Sudah tiba masanya Peguam Negara memikirkan perkara ini, bagi memudahkan pengurusan keselamatan di pantai timur Sabah.
"Jika tidak, mereka (kumpulan pengganas) akan sentiasa berjaya melepaskan diri," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Panglima Armada di Pangkalan TLDM Lumut di sini sebentar tadi. Panglima Bantuan,
Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli dilantik sebagai Panglima Armada yang baru menggantikan Laksamana Madya Datuk Abd Hadi A Rashid yang bersara wajib.
Mohamad Roslan turut memangku jawatan Panglima Bantuan sehingga penggantinya dipilih.
Malaysia sememangnya negara yang unik!
Tiada Negara yang seberani Negara Malaysia
1. Ini bukan kata aku tetapi kata dari seorang rakan dari Sepanyol. Kenapa dia kata macam tu? İtu semua selepas dia b...elek-belek passport aku dan dia sangat terkejut bila dia terbaca 'Passport ini sah digunakan disemua Negara kecuali İsrael.'
Serangan terbaru Hamas, Israel huru hara
Semalam pada jam 9 malam (waktu Gaza) 2 pagi (waktu Malaysia), Al-Qassam melancarkan roket terbaru mereka iaitu Jaabari 80 (J80) ke arah Israel.
Al-Qassam memberi amaran awal agar Tel Aviv bersedia dan mencabar Iron Dome milik Israel untuk mematahkan serangan mereka.
Roket-roket mula dilancarkan. Siren dibunyikan. Masjid-masjid bertakbir seperti takbir hari raya. Bunyi letupan berlaku di banyak tempat.
Israel panik dan huru-hara apabila Iron Dome mereka tidak dapat menghalang roket ciptaan terbaru milik Al-Qassam itu. 4 letupan kedengaran.
Ada roket Iron Dome yang jatuh terkena mereka sendiri sehingga ada rumah yang hancur. Bunkers dipenuhi manusia sehingga sesak. Hospital menerima pesakit yang sangat ramai.
Malah ada pelancong Amerika yang begitu terkejut dengan bunyi siren lalu mati di tempat kejadian.
Zionis begitu terkejut dengan kekuatan roket terbaru milik Al-Qassam. Kata mereka, "Hamas telah melakukan apa yang tidak pernah dilakukan negara-negara Arab selama ini."
Mereka ketakutan.
Kini lapangan terbang Ben Gurion penuh sesak dengan warga Israel yang mahu segera meninggalkan Israel.
Hamas melaporkan mereka berjaya melancarkan 10 buah roket J80. Mereka dijangka melancarkan lagi serangan selepas ini.
Media Israel melaporkan, sudah 208 warga Israel yang disahkan cedera semenjak awal peperangan.
Sumber berita (Arab) : Shehab, Quds News Network, Ghazzah Al-Aan.
*Digalakkan untuk share agar ramai tahu cerita ini.
**Gambar menunjukkan roket J80 milik Hamas meluncur laju di bandar Tel Aviv.
Penulis : Wan Muhd Usaid