MH370: Malaysia hantar KD Mutiara sertai kajian pemetaan dasar laut  
MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai (kanan) melihat pameran selepas merasmikan Pameran Foto Tribute to MH370 di Publika, Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin
 
KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia akan menghantar kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia, KD Mutiara untuk menyertai proses kajian pemetaan dasar laut dalam operasi fasa baharu pencarian pesawat Malaysia Airlines (MH370) di selatan Lautan Hindi pada 4 Ogos ini.