Pages
Sunday, June 22, 2014
Terkini: Datuk Seri Anuwar Ibrahim Pemimpin kesayangan ramai rakyat Malaysia keluar IJN.
Kuala Lumpur: Datuk Seri Anuwar Ibrahim keluar dari IJN selepas dua hari mendapatkan rawatan.
Doktor menasihatkan agar menjaga kesihatan dengan baik. Banyakkan bersenam dan makan makanan berkhasiat serta banyakkan minum air.
Nasihat ini bukan setakat untuk Datuk Seri Anuwar sahaja tetapi kepada semua rakyat Malaysia.
MTMR mendoakan semoga Datuk Seri Anwar Ibrahim cepat sembuh dan di beri kesihatan yang baik. Murahkan rezeki panjangkan umur. Supaya kuat amalan ibadah. Perjuangan harus di teruskan.
DUN Bukit Assek meninggal dunia
KUCHING: Bekas Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Sibu kira-kira jam 10.50 malam tadi.
Ho Leng yang menderita kanser otak sebelum ini pernah mendapatkan rawatan di Singapura sebelum koma, seterusnya dipindahkan ke Sibu untuk rawatan lanjut atas permintaan keluarganya.
Kematian Ho Leng disahkan Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen yang menyatakan ia satu kehilangan besar kepada perjuangan parti itu di negeri ini.
Ho Leng disahkan menghidap kanser otak sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 tahun lalu dan berulang alik ke sebuah pusat perubatan terkemuka di Singapura sejak itu untuk mendapatkan rawatan.
Atas faktor kesihatan, Ho Leng yang juga penyandang kerusi Parlimen Sibu yang dimenanginya dalam pilihan raya kecil susulan kematian Datuk Robert Lau pada 2010 memutuskan tidak menyertai PRU-13.
Mengikut DUN Sarawak, sebarang kematian ADUN selepas 20 Jun tidak memerlukan pilihan raya kecil diadakan kerana sudah melebihi tempoh separuh penggal.
Pengusaha kelab malam ditembak mati dari jarak dekat.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.15 pagi itu, mangsa yang berumur 40 tahun, mati di lokasi kejadian selepas ditembak di kepala.
KEPUTUSAN RASMI MAJLIS TILAWAH DAN MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA 2014/1435
1. MALAYSIA (93.03%)
2. TURKI (89.21%)
3. INDONESIA (88.72%)
1. MALAYSIA (90.67%)
2. FILIPINA (88.75%)
3. BRUNEI (85.92%)
1. MALAYSIA (95.70%)
2. ARAB SAUDI (94.00%)
3. QATAR (92.00%)
1. MALAYSIA (95.00%)
2. TUNISIA (85.75%)
3. SENEGAL (78.05%)