Pages

Saturday, June 14, 2014

TLDM sah anggota ditahan bantu kes militan

TLDM dalam satu kenyataan berkata anggota yang ditahan dalam operasi khas Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman itu kini masih dalam siasatan polis.
   
"Anggota yang ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas 2012) itu masih dalam siasatan polis dan kes akan dikendalikan pihak polis," kata kenyataan itu.
   
Sementara itu Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata pihaknya akan mengambil tindakan selanjutnya selepas kes itu selesai disiasat pihak polis.
   
"Kita tidak mengetahuinya. Kita tidak memaafkan aktiviti sedemikian. Ini merupakan kes polis dan kita akan biarkan pihak polis menyiasat. Kita akan mengambil tindakan selepas siasatan mereka selesai," katanya kepada Bernama.

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata seorang daripada tiga individu yang ditangkap merupakan anggota kanan sel militan yang disyaki telah menjalankan latihan ketenteraan di kem milik Kumpulan Abu Sayyaf di selatan Filipina sejak 22 April lalu.
   
Manakala dua lagi suspek termasuk seorang anggota TLDM yang bertugas di Sandakan ditahan kerana disyaki membantu anggota militan itu menyusup masuk ke Sandakan dan melindunginya.
   
-Bernama

HUTANG KENA BAYAR.

Tiba-tiba aku terbaca cerita hutang atau pinjam. Cuba bayangkan jika perkara ini berlaku kepada kita.

Hanya kerana hutang, sanggup seorang lelaki memaki hamun kawannya dengan kata-kata kesat.

Dikala berdepan dengan kesusahan, bukan main manis lagi mulut berbicara meminta pertolongan dari kawan sendiri. Pelbagai janji manis ditaburkan untuk menyakinkan si kawan.

Namun dalam perbualan mesej di atas, "memang aku tak pernah plan nak bayar"

Betapa sakitnya hati membaca ayat seperti itu. Adalah amat malang sekali memiliki kawan seperti ini. Lebih-lebih lagi kawan yang dikenali sejak dari kecil lagi.

RM1,800 bukanlah satu jumlah yang kecil. Sungguhpun lelaki itu memiliki pekerjaan yang besar pendapatannya, RM1,800 itu masih satu amaun yang diperlukan untuk menyara hidupnya sendiri, keluarga, ataupun ibu bapa di kampung.

Hutang dari perspektif Islam

Perspektif Islam berkenaan hutang dapat difahami dengan jelas jika kita merujuk hadis-hadis Rasulullah SAW. Antaranya hadis Rasulullah SAW bermaksud:

“Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban syahid, kecuali jika dia mempunyai hutang (kepada manusia)” (Riwayat Muslim, 6/28)

Nampak di situ betapa besarnya isu hutang ini di mana mereka yang mati syahid yang dijanjikan syurga sekalipun tidak akan terampun dosanya jika mempunyai hutang kepada manusia.

Di dalam satu lagi hadis Rasulullah SAW bersabda:

“Barang siapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, ALLAH akan mengembalikan pinjaman itu, namun barang siapa yang meminjamkannya dengan niat ingin merugikannya, ALLAH akan merugikannya” (Riwayat al-Bukhari, 2/83)

Islam juga melihat hutang sebagai sesuatu yang membahayakan individu dan umat Islam. Ini dapat dilihat dari doa yang diajar oleh Rasulullah SAW yang berbunyi:

“Ya ALLAH, aku berlindung kepada-Mu dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya: Mengapa tuan sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari” (Riwayat al-Bukhari, 1/214)

Ingatlah, jika berhutang tu bayarlah sedikit demi sedikit lama-lama habis juga. Mohon maaf dengan si pemberi hutang dan bukannya bersikap seperti gambar yang kami paparkan di atas. Sayu hati mengenang ada manusia yang bersikap begini. Soal hutang usah dipandang ringan.

US, Iran pertahan Iraq


TENTERA Amerika Syarikat dan Iran kini dilaporkan sedang merangka serangan ke atas Iraq bagi mempertahan negara tersebut dari ditakluk oleh kumpulan pemberontak Sunni.

Menurut Presiden AS, Barack Obama, Pegawai-pegawai kanannya kini sedang mengadakan pertemuan bagi membincangkan strategi serangan udara dan penyusunan pertahanan dan keputusan akan dibuat dalam masa terdekat.

Jelasnya, mesyuarat tersebut turut membincangkan strategi dan penggunaan tentera udara, laut, atau kedua-duanya serentak.

Dalam pada itu, tentera Iran yang diketuai oleh Mejar Jeneral Qassem Suleimani sedang bergerak menuju ke barat untuk bertemu degan pemimpin tentera dan ketua-ketua puak di Baghdad. 

Sejak berminggu yang lalu, kira-kira 7,000 pejuang jihad yang menggelarkan diri mereka sebagai Pejuang Kumpulan Sunni atau Isis telah menyerang dan merampas bandar-bandar utama dan bandar bandar utara di sekitar Iraq sehingga menyebabkan ratusan ribu rakyat menjadi pelarian dan meninggalkan negara tersebut.

Sementara itu, Obama dalam ucapannya baru-baru ini berkata, perjuangan yang dibawa oleh kumpulan terbabit boleh menimbulkan ancaman yang akhirnya akan menjejaskan kepentingan AS.

Beliau turut menyifatkan pemberontakan yang berlaku itu turut menjejaskan pengeluaran AS di Iraq.

Justeru, beliau menegaskan bahawa tenteranya kini sedang bersiap-sedia untuk menghadapi segala ancaman yang bakal dihadapi oleh pihaknya.

Jumaat lalu, sumber dari The Guardian melaporkan bahawa sebuah pertempuran melibatkan pejuang Sunni dan tentera Syiah telah berlaku di dalam dan sekitar bandar Samarra.

Walau bagaimanapun menurut saksi, tempat-tempat suci tidak dirosakkan dan penduduk di bandar tersebut juga kekal selamat tanpa diancam oleh kumpulan terbabit.

Pengiring VIP polis cuba diserang

KUALA LUMPUR – Dua anggota polis pengiring kepada seorang pegawai tinggi pasukan keselamatan itu cuba diserang sekumpulan lelaki dalam kejadian di hadapan rumah milik pegawai berkenaan di Taman Tun Dr Ismail di sini, pagi semalam.

Difahamkan, kejadian jam 7 pagi itu berlaku ketika pegawai kanan terbabit hendak keluar bertugas sebelum didatangi dua motosikal yang berlegar di hadapan rumahnya.

Menurut sumber polis, kedua-dua motosikal berkenaan dinaiki empat lelaki warga asing dipercayai untuk melakukan samun.

Menurutnya, kedua-dua anggota pengiring bertindak menghampiri kumpulan lelaki itu setelah seorang daripada mereka didapati turun dari motosikal sambil memegang objek dipercayai pistol pada tangan kanan.

“Satu das tembakan amaran dilepaskan dalam jarak kira-kira 15 meter menyebabkan suspek melarikan diri,” katanya.

Peperiksaan PT3 ganti PMR bermula 1 Julai

KUALA LUMPUR: Bermula 1 Julai ini, semua pelajar Tingkatan Tiga akan menduduki peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata peperiksaan pertama kali dilaksana itu diadakan mengikut tarikh berasingan membabitkan ujian kajian khas, bertulis dan lisan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Karnival Amal Persatuan Penduduk Bukit Damansara di sini sebentar tadi.

MAIS tidak setuju keputusan Peguam Negara

Shah Alam: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara pada 11 Jun lalu untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap Persatuan Bible Malaysia (PBM).

Pengerusinya, Datuk Mohd AdzibMohd Isa, dalam satu kenyataan kepada media sebenar tadi, berkata, MAIS yakin wujud ruang dalam Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) 1988 yang membolehkan pendakwaan dibuat.

Katanya, MAIS juga tidak bersetuju dengan arahan EXCO Selangor yang mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memulangkan bible berbahasa Melayu yang dirampas itu kepada PBM.

Sehubungan itu, katanya, MAIS mendesak Bahagian Pendakwaan Selangor merujuk perkara itu kepada mahkamah terlebih dulu bagi mendapatkan perintah pelepasan barang kes, selaras dengan peruntukan mengikut Seksyen 407A Kanun Acara Jenayah.

Krim di kesan ada racun

Krim kosmetik Dermaceutic Spot Cream dan Dermaceutic Spot Peel Cream yang dikesan mengandungi racun berjadual hydroquinone dan tretinoin.

Putrajaya: Krim kosmetik Dermaceutic Spot Cream dan Dermaceutic Spot Peel Cream yang dikilang oleh Dermosciences, Ireland dikesan mengandungi racun berjadual hydroquinone dan tretinoin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata justeru produk itu tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia serta orang awam dinasihati mengelak daripada membeli dan menggunakannya.

Beliau berkata, syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk itu telah diarah untuk memberhentikan penjualan atau pembekalan dengan serta-merta dan memanggil balik semua stok itu dari pasaran dalam tempoh 72 jam.

“Produk yang mengandungi hydroquinone dan/atau tretinoin adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan pihak berkuasa kawalan dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sebabkan kemerahan kulit

Beliau berkata, produk kosmetik yang dicampur palsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata.

Dr Noor Hisham berkata, kesan penggunaannya akan menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini malah kulit menjadi hipersensitif serta menghalang proses pigmentasi yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan meningkatkan risiko kanser kulit.

Katanya, produk kosmetik yang dicampur palsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan dan penggunaan tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada matahari.

“Penjual diingatkan pemilikan produk itu adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan jika didapati bersalah boleh dihukum maksimum tiga tahun penjara dan denda RM25,000 atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

Syarikat boleh didenda

“Untuk kesalahan berikutnya denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Beliau berkata, syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Pengguna yang mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat penggunaan produk kosmetik dinasihati menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di talian 03-8835532/5533/5537.

BERNAMA

Isteri terkejut Jaket merah Milik Suaminya.

KLANG - Seorang isteri yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Puchong tidak menyangka jaket merah berhampiran mangsa kemalangan yang ditutup di tepi jalan milik suaminya.

Keresahan yang mengganggu perasaan Nor Hafizah Adnan, memaksa ibu kepada seorang anak itu memberhentikan kenderaan dan menghampiri mayat itu.

Alangkah terkejutnya dia sebaik mendapati tubuh kaku itu milik suami tersayang yang sudah tidak bernyawa. Dia yang gagal mengawal emosi ditenangkan orang ramai yang turut menyaksikan kejadian itu.

Dalam kejadian sekitar jam 8.30 pagi, semalam suami mangsa, Mohd Nazry Saion, 33, yang juga Mekanik Wolksvagen maut di Kilometer 31.7, Lebuhraya Kesas, arah Klang menghala Shah Alam, semalam.

Sepupu mangsa, Shahrizal Mohd Fadzil, 28, berkata, semasa kejadian Allahyarham dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Petaling Jaya dengan menunggang motosikal.

“Arwah ke tempat kerja lebih awal dari isterinya yang bekerja di Puchong.  Mereka lalui jalan yang sama dan kami tidak sangka arwah pergi secepat ini," katanya.

Beliau yang merupakan sepupu rapat arwah berkata, Allahyarham dan keluarganya baru tiba di rumah mereka di Pandamaran, Klang dua hari lalu selepas bercuti.

“Mereka sekeluarga sempat mandi-manda dan habiskan cuti bersama. Kegembiraan itu dikongsi dalam FB bersama rakan-rakan.

“Komen rakan-rakan membuatkan arwah gembira habiskan cuti bersama anak lelaki kesayangannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham kira-kira sebulan yang lalu.

“Kami hanya berhubung melalui Facebook dan kami sekeluarga tidak sangka arwah pergi secepat ini. Arwah seorang yang pandai berjenaka dan gemar membuat orang ketawa," katanya.

Shahrizal berkata, pemergian arwah amat dirasai namun dia reda dengan pemergian itu

Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Desa Temu Jodoh, Chaah, Yong Peng, Johor selepas asar semalam.

Sementara itu, Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Deputi Superintendan Goh Lee Shan berkata, kejadian berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Naza Sorento di KM 31.7, Lebuhraya Kesas arah Klang menghala Shah Alam.

“Geselan itu menyebabkan motosikal mangsa terbalik dan mangsa tercampak ke jalan raya. Mangsa yang parah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

President Obama Rules Out Combat Forces in Iraq

ABC News

But as several cities in the once American-occupied nation fall under the flags of the Islamic State of Iraq and Syria, or ISIS, Obama told reporters his National Security Council was still considering options.

“I'll be reviewing those options in the days ahead,” Obama said on the White House’s south lawn. “I do want to be clear, though. This is not solely, or even primarily, a military challenge."

The president seemed to suggest that the Iraqis had squandered the "extraordinary sacrifices" made by Americans to stabilize the country.

“Unfortunately, Iraqi leaders have been unable to overcome, too often, the mistrust and sectarian differences that have long been simmering there. And that's created vulnerabilities within the Iraqi government, as well as their security forces,” he said.

Obama said, however, that besides the danger ISIS poses to Iraq "given the nature of these terrorists, it could pose a threat eventually to American interests as well."

Wave of Iraqi Executions Feared in ISIS Takeover

This Is The Militant Islamic Group Taking Over Iraq

The president said he has asked his National Security Council for a "range of options," but he said, "We will not be sending us troops back into combat in Iraq."

"Any action that we may take to provide assistance to Iraqi security forces has to be joined by a serious and sincere effort by Iraq's leaders to set aside sectarian differences," Obama said.

Obama added, "Ultimately it's up to Iraqis to solve their problems."

He added, "The U.S. simply is not going to get involved in a military action without assurances" that the Iraqi government will take actions to unify the country and reduce sectarian tensions.

Obama also chided Maliki's government for refusing to cooperate with the U.S. earlier.

“In Iraq, the Iraqi government, which was initially resistant to some of our offers of help, has come around now to recognize that cooperation with us on some of these issues can be useful,” he said.

The Obama administration has been alarmed by capturing the city of Fallujah, Iraq, earlier this year and then seeing ISIS sweep north this week to chase the Iraqi army out of Mosul, Tikrit, Baji and surrounding towns.

The militants vow to march on Baghdad and so far the Iraqi army has shown little willingness to confront them. The government of President Nouri al-Maliki has appealed for help, including a request for U.S. air power to pummel the insurgents.

ISIS controls a huge swath of territory that is bigger than many countries and extends from the edge of Aleppo in western Syria across the Iraqi border to Falluja in the south and Mosul in the north. The group is known for its radical Islam, a form so violent that it has been disowned by al Qaeda.