Pages
Thursday, June 12, 2014
Singapore firm charged with smuggling weapons to N Korea
Nisfu Syaaban apa yang benar tiada yang benar melainkan benar.
NISFU SYAABAN apa sebenarnya???? Apa yg benar?
CATATAN AMALAN
Dakwaan yang mengatakan catatan amalan ditutup pada akhir Zulhijjah, dan dibuka pada awal Muharram tidak didasari dengan dalil al-Quran, tidak juga daripada hadith Nabi saw.
Hadith2 yang sahih/ thabit menyebut bahawa amalan kita dibentangkan pada:
1. Setiap hari (setiap pagi dan petang.)
2. Dua kali setiap minggu (setiap Isnin dan Khamis)
3. Setiap tahun, iaitu pada bulan Syaaban. (Bukan nisfu Syaaban. -Hadith palsu juga banyak berkisar tentang nisfu syaaban-)
Hadith2 sahih/thabit bagi setiap kategori adalah seperti berikut :
✅1. Amalan diangkat/dibentang 2 kali setiap hari :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " يَتَعَاقَبُونَ فِيكُمْ مَلاَئِكَةٌ بِاللَّيْلِ وَمَلاَئِكَةٌ بِالنَّهَارِ، وَيَجْتَمِعُونَ فِي صَلاَةِ الْفَجْرِ وَصَلاَةِ الْعَصْرِ، ثُمَّ يَعْرُجُ الَّذِينَ بَاتُوا فِيكُمْ، فَيَسْأَلُهُمْ وَهْوَ أَعْلَمُ بِهِمْ كَيْفَ تَرَكْتُمْ عِبَادِي فَيَقُولُونَ تَرَكْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ، وَأَتَيْنَاهُمْ وَهُمْ يُصَلُّونَ ".
Rasulullah saw bersabda, maksudnya :
"Para malaikat (syif) malam dan malaikat (syif) siang silih berganti turun kepada kalian. Mereka berkumpul pada setiap waktu Subuh dan setiap waktu Asar. Kemudian, malaikat yg menjaga kalian (jika waktu Subuh, malaikat malam, jika waktu Asar, malaikat siang) naik ke atas. Allah pun bertanya kepada malaikat2 itu - walhal Dia lebih mengetahui tentang hamba2-Nya :
'Dalam keadaan bagaimana kamu semua tinggalkan hamba2Ku itu?'
Jawab para malaikat : 'Kami tinggalkan mereka dalam keadaan mereka sedang solat. Begitu juga ketika kami datang kepada mereka, mereka sedang solat.'"
(Sahih Bukhari, Kitab Waktu-Waktu Sembahyang, Bab Fadilat Sembahyang Asar. ) -Hadith Sahih-
Berbahagialah bagi mereka yang menunaikan solat Subuh dan solat Asar, lebih-lebih lagi di awal waktu.
✅2. Amalan juga diangkat setiap Isnin dan Khamis, dua kali seminggu :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " تُفْتَحُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ يَوْمَ الاِثْنَيْنِ وَي
َوْمَ الْخَمِيسِ فَيُغْفَرُ لِكُلِّ عَبْدٍ لاَ يُ
شْرِكُ بِاللَّهِ شَيْئًا إِلاَّ رَجُلاً كَانَتْ بَيْنَهُ وَبَيْنَ أَخِيهِ شَحْنَاءُ فَيُقَالُ أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا أَنْظِرُوا هَذَيْنِ حَتَّى يَصْطَلِحَا " .
Rasulullah saw bersabda, maksudnya :
"Amalan2 manusia dibentangkan setiap minggu pada hari Isnin dan Khamis. Allah pun mengampunkan dosa setiap hamba-Nya yang beriman, kecuali hamba yang saling bermusuhan. Lalu dikatakan kepada para malaikat, 'Tinggalkan dahulu mereka berdua ini, sehinggalah mereka berdamai."
(Sahih Muslim, Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab Larangan Saling Bermusuhan Dan Saling Tidak Mempedulikan.) -Hadith Sahih.-
✅3. Amalan dibentangkan setiap tahun, pada bulan Syaaban. (Bukan Nisfu Syaaban)
عن زيد بن أسامة رضي الله عنهما قال: قلت: يا رسول الله لم أرك تصوم من شهر من الشهور ما تصوم في شعبان؟ قال: ذلك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان، وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين، فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم.
Usamah bin Zaid ra melaporkan, katanya, "Saya pernah bertanya, 'Wahai Rasulullah, mengapa saya tidak pernah lihat tuan berpuasa dalam bulan lain, sebanyak puasa tuan dalam bulan Syaaban?'
Jawab Rasulullah saw, "Itulah bulan yang ramai manusia lalai, antara bulan Rejab dan Ramadan. Ia adalah bulan yg diangkatkan amalan kepada Tuhan sekelian alam, dan saya suka amalan saya diangkat dalam keadaan saya sedang berpuasa.'"
(Al-Sunan al-Sughra, Kitab Puasa.) -Hadith Hasan-
Oleh Dr Abu Anas Madani(Dr Abdul Basit Hj Abdul Rahman)
InshaAllah sebarkan yg sahih
Low: Taib bukan raja, siasatan SPRM diteruskan
Bekas ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud tidak mendapat kekebalan daripada siasatan rasuah apabila dilantik sebagai yang dipertua Sarawak, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low.
Low berkata, ini kerana yang dipertua negeri tidak terangkum bawah takrif “raja”, walaupun menjalankan fungsi raja, seperti digariskan dalam Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.
“Oleh itu peruntukan berhubung mahkamah kas tidak terpakai bagi seorang yang dipertua negeri,
“Sehubungan itu, prosiding bagi seorang yang dipertuan negeri atas sifat peribadinya boleh dibawa di mahkamah umum,” katanya.
Low berkata demikian dalam jawapan bertulisnya sebagai balasan kepada soalan Ng Wei Aik (DAP-Tanjong) yang mahu tahu sama ada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Taib akan bersambung selepas beliau menjawat jawatan baru.
Dalam jawapan sama juga, Low berkata, SPRM juga boleh menjalankan siasatan terhadap yang dipertua, perdana menteri dan menteri kabinet jika terdapat kesalahan bawah Akta SPRM 2009.
“Manakala siasatan SPRM terhadap Abdul Taib Mahmud masih diteruskan atas arahan Jabatan peguam Negara,” katanya lagi.
Amalan baik untuk Orang Islam di Malaysia.
Malam Istimewa
Rasulullah SAW Bersabda;
"Ada 5 malam yg jika kita Berdo'a takkan ditolak do'a kita,
Malam Jum'at
Malam Nisfu (15 Sya'ban,
Malam(Lailatul)Qodar, Malam Idul Fatri
Malam Idul Adhha"
Tahun ini Malam 15 (Nisfu) Sya'ban jatuh pd Mlm Jum'at bersamaan 12 Jun 2014 ....Bererti 2 Malam Kemuliaan itu Bergabung menjadi Satu
✨
Pada Malam itu
Do'a kita Insya Allah akan di Ijabah
Malam Penentuan Nasib (dinyatakan Malam Penggantian Buku catatan amal)
Malam penuh Berkah
Para Ulama ahlus Sunnah Wal Jama'ah telah memberi Bimbingan utk membaca surah Yasin 3x utk mereka yg mampu atau membaca surah Al-ikhlas ketika teman2 yg lain sdg membaca surah Yasin
*Bacaan Pertama dg niat Panjang Umur dlm Taat dan Ibadah kpd Allah swt
*Bacaan yg ke 2 niat minta diberi Rezki yg Halal, cukup dan Berkah
* Bacaan ke 3 niat minta diwafatkan dlm keimanan (Husnul Khotimah)
Pada Malam itu segala do'a Pasti di ijabah asal berdo'anya dg Ikhlas dan Yakin, kecuali ;
*Pemabuk
*Org yg Durhaka kpd org tua nya
*Yg memutuskan Tali Silatur Rahmi
* Tukang Tenung, Dukun Santet
Do'a mereka takkan di ijabah kecuali Mereka Bertaubat dgn Taubat Nasuhah
Rasulullah Bersabda "
Siapa saja yg menyampaikan Kabar kebaikan, Maka dia akan Mendapat Pahala sebanyak orang yg Melakukannya dan takkan dikurangi Pahalanya sedikit Pun
Kirim sebanyak2 nya kpd Teman2 agar Mlm keberkahan itu akan Menjadi Syi'ar Islam, alunan Al-Qur'an menggema dan Pahala yg kita dapat semakin bertambah
Semoga اللهُ suka melihat kita membuat kebaikan, makin Baik dan terus Baik hingga akhir Hayat kita آمــــــين يا رب العالمينِ
Mayat di rampas oleh Pihak agama Malaysiakini melapurkan.
Ibu kepada Teoh Cheng Cheng, yang mayatnya dirampas oleh pihak berkuasa agama pada Isnin, memfailkan permohonan bagi mengisytiharkan bahawa anaknya bukan Islam daripada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Peguam kepada Tan Mah Suan, Ramkarpal Singh, berkata, saman itu menamakan tiga responden iaitu Hospital Besar Pulau Pinang, Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIPP).
Tan memfailkan kes itu berdasarkan Perintah 29 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi, 1980.
Ramkarpal berkata saman untuk mengisytiharkan Teoh yang didakwa beragama Islam menggunakan nama Nora Teoh Abdullah, seorang bukan Islam dan mengamalkan ajaran Buddha.
Menurutnya lagi, ibu Teoh juga memohon injuksi bagi mengelakkan mayat itu disemadikan oleh hospital atau pihak berkuasa lain.
JAIPP pada 9 Jun menghentikan satu upacara pengebumian Teoh, 38, mengikut adat Cina kerana si mati didakwa memeluk Islam, 17 tahun lalu.
Pihak berkuasa tersebut dilapor membawa mayat Teoh pada kira-kira jam 3.50 petang selepas berunding dengan anggota keluarga berkenaan sejak tengah hari.
Mahkamah Rayuan gugur pertuduhan terhadap Alvivi
PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini menggugurkan pertuduhan mempersenda umat Islam pada bulan Ramadan dihadapi blogger kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee, kerana ia tidak terpakai bagi bukan Islam.
Dalam keputusan sebulat suara, panel tiga hakim diketuai Datuk Wira Mohtarudin Baki juga memutuskan pertuduhan mengikut Seksyen 298A (1)(a) Kanun Keseksaan tidak dapat dikuatkuasakan terhadap pasangan itu.
Hakim Mohtarudin yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Rohana Yusof dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat berkata panel membenarkan rayuan dikemukakan pasangan itu untuk membatalkan pertuduhan kerana terikat dengan keputusan Mahkamah Agung 1988 dalam kes Mamat Daud dan Lain-lain lawan Kerajaan.
Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 26, dan Vivian atau Lee May Ling, 25, telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan mereka untuk membatalkan pertuduhan ke atas mereka.
Hakim Mahkamah Tinggi, ketika menolak permohonan pasangan itu pada 21 November tahun lepas, memutuskan Seksyen 298A (1)(a) terpakai bagi semua kaum dan sah serta boleh dikuatkuasakan secara universal tanpa mengira kaum, etnik atau agama seseorang dan bahawa seksyen itu terpakai pada kedua-dua perayu dalam kes ini.
Dalam permohonan itu, Alvin dan Vivian memohon daripada Mahkamah Tinggi bagi perintah untuk mengisytiharkan bahawa Seksyen 298A adalah tidak konsisten dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan tidak dapat dikuatkuasakan ke atas mereka, dan bahawa sekalipun tuduhan itu sah di sini undang-undang, ia hanya terpakai bagi orang Islam.
Mereka dituduh memuat turun gambar bersama-sama kapsyen 'Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh...wangi, enak, menyelerakan) dalam laman Facebook mereka, yang berkemungkinan boleh menimbulkan konflik agama, di sebuah restoran di Dang Wangi pada 11 dan 12 Julai tahun lepas.
Ketika ditanya mengenai tindakan selanjutnya, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin memberitahu pemberita bahawa pihak pendakwa raya tentu akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah hari ini.
Peguam Chong Joo Tian yang mewakili kedua-dua tertuduh berkata dua lagi pertuduhan dihadapi oleh anak guamnya dikekalkan dan Mahkamah Sesyen menetapkan 12 Mei bagi sebutan kes.
Beliau berkata keputusan majoriti dalam kes Mamat Daud pada 1988 memutuskan bahawa kesalahan mengikut Seksyen 298A hanya terpakai bagi orang Islam.
Mengenai dua pertuduhan dihadapi pasangan kontroversi itu, mereka dituduh secara bersama-sama mengikut Akta Hasutan 1948 menyiarkan penerbitan menghasut iaitu gambar dan kapsyen yang sama dalam laman Facebook di https://www.facebook.com/alvivi.swingers di 568-14-18, Kompleks Mutiara, Jalan Ipoh, Batu 3 1/2 di sini.
Mereka juga dituduh mengikut Akta Penapisan Filem 2002 dengan memuat turun gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/, antara 6 dan 7 Julai, tahun lepas di tempat yang sama. - Bernama