Kuala Lumpur: Seramai 1,909 rakyat Malaysia, kebanyakannya wanita telah menjadi mangsa penipuan sindiket cinta siber sejak dua tahun lalu mengakibatkan kerugian lebih RM69.3 juta.
Sindiket itu kebanyakannya dianggotai lelaki kulit hitam dari Nigeria, tetapi mendakwa lelaki kulit putih dari United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (AS) dan Itali serta menyasarkan mangsa mereka menerusi perbualan online atau laman sosial.