Sekiranya titah Yang di- Pertuan Agung tidak terpakai kepada bukan Islam. Maka kepada mana-mana orang bukan Islam boleh pilih sama ada mahu tinggal di Malaysia atau keluar dari Malaysia. Di persilakan.
Pages
▼
Monday, January 20, 2014
Malaysia di atas Kuasa Yang di-Pertuan Agong Kuasa Negeri di bawah perintah penuh Raja Melayu.
OLEH V. ANBALAGAN DAN LEE SHI-IAN
January 20, 2014
January 20, 2014
Malaysia merupakan sebuah negara sekular dan bukan Islam. Oleh itu, negara ini tidak perlu mematuhi mana-mana titah dikeluarkan pemerintah negeri atau fatwa dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan, kata pakar Perlembagaan.
Sultan Kedah yang kini merupakan Yang Di-Pertuan Agong semalam memetik keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1986 – mengatakan sesetengah perkataan termasuk kalimah Allah hanya eksklusif kepada umat Islam, menimbulkan kebimbangan kepada bukan Islam berhubung hak beragama seperti dijamin Perjanjian Malaysia 1963.
ISU BUKA TUDUNG: Kenyataan Akhbar PERKASA.
SEMPENA PERHIMPUNAN AMAN TELOK SENGAT
1. Berhubung dengan isu arahan melarang seorang guru wanita beragama
Islam dari memakai tudung ketika berada dalam kawasan sekolah SRJK (c)
Nan Ya seperti yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia bertarikh 13hb
Januari 2014 :
Guru Besar - sebagai ketua di sekolah, telah cuba menghalang seorang
penjawat awam yang juga kakitangan di bawah penyeliaannya daripada
mengamalkan ajaran agamanya iaitu memakai tudung (menutup aurat) yang
merupakan kewajipan bagi seorang wanita muslim. Tindakan Guru Besar ini
sesungguhnya bertentangan dengan hak asasi yang diberikan kepada setiap
warganegara Malaysia untuk dengan bebas mengamalkan ajaran agamanya
seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.