Pages

Friday, November 29, 2013

NASHARUDIN MAT ISA MELIHAT PERTEMUAN NAJIB-AHMAD YAAKOB PERMULAAN POSITIF- MUZAKARAH !!!


NASHARUDIN MAT ISA TERGEDIK KAKI MELIHAT PERTEMUAN NAJIB-AHMAD YAAKOB!!!

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, pertemuan antara Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob dengan Perdana Menteri merupakan tanda positif ke arah muzakarah antara PAS-UMNO. Malah menurutnya, majoriti umat Islam khususnya dari kalangan Melayu-Bumiputera mengimpikan kerjasama yang lebih erat antara PAS-UMNO demi agama, bangsa dan negara.

Pertemuan antara Najib Abdul Razak dengan Ahmad Yaakob berlangsung selama 45 minit di Putrajaya. Turut serta dalam pertemuan tersebut adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Mustafa Mohamad dan Ketua Setiausaha Negara.

Selepas PRU12 pada tahun 2008, PAS hampir pasti bekerjasama dengan UMNO dalam konsep KERAJAAN PERPADUAN yang dicadangkan sendiri oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Malah PAS hampir menjadi Menteri Besar di Perak dan Selangor dalam Kerajaan Perpaduan tersebut sekiranya tidak terdapat beberapa orang pemimpin PAS yang sudah menandatangani PERJANJIAN PANGKOR dengan DAP dan PKR sebelum PRU12.

Kegagalan Kerajaan Perpaduan akhirnya telah mengorbankan beberapa pemimpin utama PAS termasuklah Nasharuddin Mat Isa yang disifatkan sebagai VIRUS dan PARASIT dalam PAS kerana mahu bekerjasama dengan UMNO. Manakala pemimpin-pemimpin PAS yang berjaya mengikat PAS sebagai ANJING dan BARUA DAP serta PKR pula dianggap sebagai WIRA serta diberikan hierarki terkanan dalam PAS.

PAS bagaimanapun mengalami kerugian besar pada PRU13 apabila jumlah kerusi yang dimenangi berkurangan berbanding tahun 2008. Meskipun PAS begitu aktif mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan, demonstrasi jalanan mahupun bantahan besar-besaran menerusi penyertaan ahli-ahlinya, ternyata PAS gagal mempengaruhi orang Melayu-Islam untuk menyokong mereka sebaliknya PAS menggunakan ahli-ahlinya untuk memperkukuhkan DAP dan PKR yang keanggotaan kedua-dua parti tersebut hanya berjumlah setengah atau kurang daripada keanggotaan dalam PAS.

DAP dan PKR sedar tentang niat segolongan pemimpin dalam PAS yang masih melihat kekuatan umat Islam di negara ini sahaja yang dapat menyelamatkan Malaysia daripada dijajah dan kemudian umat Islam ditindas sepertimana yang pernah diramalkan oleh Allahyarham Dr. Zulkifli Ahmad, salah seorang tokoh besar dari PAS pada tahun 1964 dahulu. Dek kerana itulah, PKR dan DAP dengan menggunakan lidah-lidah serta jari-jari Melayu yang menyokong mereka, tidak sahaja memperkecil-kecilkan bahkan memberikan imej yang sangat buruk kepada mana-mana pemimpin PAS yang bercakap tentang kekuatan Melayu-Islam di negara ini.

Justeru, tidak menghairankan langsung mengapa Nasharuddin Mat Isa begitu gembira dengan pertemuan antara Ahmad Yaakob dan Najib Abdul Razak walaupun pertemuan tersebut hanyalah untuk PAS Kelantan membuat pinjaman baru yang lebih besar daripada Kerajaan Pusat - CUCUTOKWAN.
Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, pertemuan antara Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob dengan Perdana Menteri merupakan tanda positif ke arah muzakarah antara PAS-UMNO. Malah menurutnya, majoriti umat Islam khususnya dari kalangan Melayu-Bumiputera mengimpikan kerjasama yang lebih erat antara PAS-UMNO demi agama, bangsa dan negara.

Pertemuan antara Najib Abdul Razak dengan Ahmad Yaakob berlangsung selama 45 minit di Putrajaya. Turut serta dalam pertemuan tersebut adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Mustafa Mohamad dan Ketua Setiausaha Negara.

Isu Bangla : Tidak Sampai 5 Minit Anwar Boleh Pusing Cakap

Mungkin ada berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selalu dikecam kerana dikatakan kerap berbohong tidak mungkin berani berbuat demikian di Dewan Rakyat yang dianggap dewan mulia kepada ahli-ahli Yang Berhormat.

Bagaimanapun, jika sesiapa yang berada di Dewan Rakyat pada 19 November lalu atau meneliti hansard, jangan terperanjat dengar Ketua Pembangkang itu sanggup berbohong menafikan kenyataan hanya selepas beberapa minit perkara itu keluar mulutnya.

KUALA LUMPUR: Bekas peniaga komputer terkejut keretanya ditembak

Seorang bekas peniaga barangan komputer hari ini terkejut apabila menemui dua kesan tembakan pada kenderaannya yang diparkir dalam kawasan pagar rumah di Jalan U5/8 Mutiara Subang, Sungai Buloh dekat sini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang berkata, mangsa yang berusia 58 tahun itu hanya menyedari kenderaan jenis sport utility (SUV) tersebut ditembak pada jam 8 pagi ketika mahu menggunakan SUV berkenaan.

IPOH: Nga Kor Ming diarah keluar

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang dari DAP, Nga Kor Ming, diarah keluar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kira-kira jam 3.20 petang tadi.

Speaker, Datuk Seri SK Devamany membuat keputusan itu selepas Kor Ming mengeluarkan perkataan menghina Speaker dengan mengatakan Devamany sengaja mempercepatkan sesi perbahasan DUN Perak hari ini kerana ada pemilihan MIC.
 
 Devamany berkata, penggantungan sehari itu dibuat mengikut Perintah Tetap 44(2) Peraturan DUN Perak.

KLUANG: Sultan Johor rasmi sekolah agama pertama dalam penjara.

Sultan Johor rasmi sekolah agama pertama dalam penjara.

KLUANG: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, berkenan mencemar duli merasmikan sekolah agama pertama dibina dalam penjara, Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah di Kompleks Penjara Kluang, di sini.

Baginda diiringi tiga puteranya, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar, tiba di kompleks berkenaan, kira-kira 10 pagi.

Selesai menyampaikan titah perasmian dan menandatangani plak, baginda kemudian dibawa melawat sekolah berkenaan diiringi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Selain itu, turut mengiringi lawatan baginda ialah Ketua Pengarah Penjara, Datuk Wira Zulkifli Omar; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Mohamad Aziz; EXCO kerajaan negeri dan pegawai kanan penjara.

Menurutnya, perasmian sekolah itu oleh baginda amat signifikan bagi Kerajaan Pusat kerana ia sekolah agama pertama diwujudkan dalam kawasan penjara bagi membimbing banduan.

“Sekolah agama pertama ini akan menjadi perintis untuk pembinaan sekolah agama lain di penjara pada masa depan kerana ia penting untuk membimbing banduan sebelum mereka dibebaskan.

“KDN ingin melihat banduan yang dulunya dimasukkan ke penjara dalam keadaan kurang didikan agama mampu menyambung pengajian mereka ke tahap yang lebih tinggi selepas ini,” katanya.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, berkenan mencemar duli merasmikan sekolah agama pertama dibina dalam penjara, Sekolah Agama Tarbiyah Husnul Khatimah di Kompleks Penjara Kluang, di sini.