Pages

Wednesday, September 18, 2013

Melancarkan peperangan terhadap Yang Di-Pertuan Agong: Bantahan awal ditolak

Melancarkan peperangan terhadap Yang Di-Pertuan Agong: Bantahan awal ditolak 
Anggota keselamatan memeriksa kenderaan di pintu masuk Pejabat Parol Negeri Sabah.
 
Kes warga Filipina lancar serangan di Lahad Datu

Kota Kinabalu: Mahkamah Tinggi menolak bantahan awal seorang warga Filipina yang didakwa melancarkan peperangan terhadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dengan menyertai serangan pengganas di Lahad Datu, awal Februari lalu.

Sering beri kenyataan berbelit punca jawatan timbalan tak selamat

Sekitar Ogos tahun lalu, Mohamad Sabu (Mat Sabu) masih mempertahankan matlamat asal parti mengenai pelaksanaan hudud di negara ini. Dalam wawancara eksklusif dengan satu akhbar Cina, beliau menegaskan hasrat PAS mendapatkan mandat dua pertiga Ahli Parlimen bagi meminda Perlembagaan Persekutuan jika pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13). Andainya DAP, MCA atau ahli Dewan Rakyat bukan Islam membantah, itu hak mereka dalam sebuah negara demokrasi. Namun, PAS tetap dengan pendiriannya.

Komunis Karpal Sing minta Abunya di pulangkan ke Setiawan?

Karpal: Kerajaan perlu benarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Sitiawan
17 Sep 2013 

PUTRAJAYA – Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan kerajaan perlu membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke kampung halamannya di Sitiawan, Perak.

“Kerajaan perlu terbuka selepas kematian beliau (Chin Peng) kerana mendiang tidak dibenarkan pulang semasa hayatnya,” katanya sebagaimana dilaporkan Malaysian Insider.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menegaskan kerajaan tidak akan membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia.

Bagi Karpal, sebaik seseorang itu meninggal dunia, kisah hidup lampaunya adalah tidak lagi relevan.

“Dia dilahirkan di Sitiawan, perkara itu tidak perlu diragukan lagi. Ia boleh dibuktikan dengan rekod dan juga saksi seperti ahli keluarga dan rakan-rakannya,” kata Karpal.

Beliau juga menjelaskan bahawa Chin Peng berperanan mempercepatkan kemerdekaan Malaya kerana menentang Jepun dan British.

Chin Peng juga katanya mahu Tunku Abdul Rahman mengiktiraf Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai pertubuhan sah namun ditolak dalam rundingan damai di Baling pada 1955.

Karpal turut mendakwa kerajaan tidak jujur terhadap janjinya semasa berunding dengan PKM pada 1989.

Antara persetujuan yang dicapai ialah membenarkan anggota PKM kembali ke rumah masing-masing dan meletakkan senjata.  - ABN News


 Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan kerajaan perlu membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke kampung halamannya di Sitiawan, Perak.

SEJARAH YANG DI SEMBUNYIKAN


-------------------------------------

Tolong sebarkan cerita ini (Sejarah Penjajahan Tanah Melayu) kepada kawan-kawan kita supaya kita semua dapat kesedaran di sebalik sejarah yang sengaja tak didedah disebabkan agenda tertentu.. Semoga dari pendedahan ini kita mengambil iktibar betapa Ketuanan Melayu disanggah selama ini..

1508: Alfonso de AlBURQAQUE menyampaikan hasratnya kepada Raja Portugis untuk meluaskan pengaruhnya ke Asia Tenggara (Melaka pusat perdagangan Asia Tenggara ketika itu) dan juga laluan penting perdagangan timur barat. Raja Portugis bersetuju untuk menyediakan kemudahan bala tentera 158 kapal, 15,300 (anggaran) bala tentera

1509: Portugis menghantar perisik ke Melaka untuk megetahui keadaan kekuatan pertahanan di sana

Oct 1511: Alfonso berjaya menawan Melaka setelah berhempas pulas melawan 5 pahlawan Melayu terhandal (Hang Tuah, Hang Lekir, Hang Lekiu,Hang Jebat dan Hang Kasturi) ini adalah mimpi ngeri bagi pihak Alfonso, untuk menawan Melaka serta berlawan dengan 5 Hang bersaudara, mereka perlu mendapat askar tambahan setelah 15k askarnya terkorban dalam pertempuran selama 6 hari itu dengan 5 Hang bersudara... akhirnya dapat juga menawan Melaka
setelah hampir kecewa dan putus asa...

1512: Setahun kemudian Alfonso ingin meluaskan kekuasaannya ke Perlis, Kedah dan P. Pinang yang ketika itu adalah pusat pegeluaran tebu untuk gula rantau ini,...

Feb 1512: Alfonso menghantar perisik ke Perlis, Kedah dan P. Pinang untuk mengetahui kekuatan bala tentera di sana. Mengikut sejarah, perisiknya telah ke kedai kopi sekitar ketiga2 negeri untuk mendapat segala maklumat yang diperlukan.

Seminggu selepas Feb 1512, perisik balik ke Melaka untuk memberitakan hasil risikan kepada Alfonso.

Di bawah adalah perbualan percakapan antara perisik dengan Alfonso yang selama ini cuba disembunyikan dalam buku sejarah.

Perisik: Selamat pagi tuan. Begini lah tuan, lupakan saja niat tuan untuk menawan Perlis, Kedah dan P. Pinang. Untuk menawan Melaka yang mempunyai 5 pahlawan terhandal Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu pun kita kehilangan hampir 15k bala tentera, inikan pula kita nak menawan Perlis, Kedah dan P.Pinang yang mempunyai beribu ribu Hang... Antaranya Hang sihat ka, Hang buat apa, Hang apa habaq, Hang lagu mana, Hang pi mana, Hang tidoq ka, Hang dulu, bapak hang, mak hang, adik hang, tok hang macam macam lagi Hang ada kat sana...

Mendengar hasil risikan itu Alfonso pun tak jadi nak pi serang disebabkan pengalamannya sebelum ini bersama 5 pahlawan Melayu Melaka amat ngeri... ini kan pula nak berhadapan beribu ribu Hang kat situ...

Hang ok ka? Huhu