Bila kita kenangkan kembali betapa sombongnya kita pada sesetengah pihak yang pada zahirnya kelihatan “amat miskin” dimata kita, rupanya itu lah “kekayaan
yang tersembunyi, yang mana kita tidak dapat melihatnya dengan mata
kasar, tetapi hanya dengan mata hati kita yang cukup ikhlas untuk
menyelinap masuk kedalamnya. Marilah kita mengambil Iktibar bersama- sama daripada perkongsian ini.
Hari ini didalam ruangan Facebook, saya
mengambil keputusan untuk mendiamkan diri, rupanya , saya telah dapat
membaca satu artikel yang cukup menyentuh hati dan perasaan saya
sehinggakan air mata jenih keluar tanpa disedari-
Terlalu agongnya perjalanan yang
diaturkan oleh Sang Pencipta.Memamng benar kata orang orang tua,
mendiamkan diri untuk seketika menghasilkan satu teladan yang cukup
berguna kepada kita.
Pagi
tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk
sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja
di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini.
Sewaktu
makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang “lusuh ” karekternya..
Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki,
tapi berkopiah.
Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik
dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap
manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak.
Pesanan
aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai
terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun
balas tunggu skejap.
Pakcik tadi tenung aku sambil berkata
“pakcik dah makan nak.. terima kasih nak..” Dalam hati terdetik sungguh
indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa
kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan
kedai yang memanggil ku tadi.
Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas:
Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari.
Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. “Jika orang ini ayah kandung
pakcik, pakcik halau tak dia?” Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan
bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik
td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka
kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.
Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku
jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku
pegi semula pada pakcik kopiah tu. “Pakcik, saya sunyi makan sorang2,
pakcik teman saya makan jom.” Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana
kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun
kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau
itu.
Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat
sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana,
tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah.
Aku
terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana
keluarga pakcik?Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping
geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu
untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus
buang pakcik. Allah…
Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak
menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku
panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60.
Aku
celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh….
Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam
dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.
Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul
surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus
setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas
tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan
apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan
oleh pakcik kopiah tadi.
Masing2
semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat
tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut
angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara “amin…..”
dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai
mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati
kami berdoa dekat2.
Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan
keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!!
Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu..
Kecoh
seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap
terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke
motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada
pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula
mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci
motor dalam tu.
Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2
keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: “Ambil duit ni
buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang
mengidam..”
Aku
terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah
tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku
menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku
dalam kesusahan…
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..
Sumber dari sahabatku rmf7...