Pages

Nurul Izzah terlondeh kain nampak Hantu di Lembah Pantai.


4,637 orang pengundi di parlimen Pantai akan memastikan Nurul Izzah tersungkur pada PRU kali ini. Keceluparan mulut Nurul Izzah yang menuduh mereka sebagai pengundi hantu telah membangkitkan kemarahan rakyat di Lembah Pantai memandangkan mereka yang dikatakan pengundi hantu itu kebanyakkannya adalah orang Melayu.

Papa Gomo bersama Calun BN Dr. Mazlan sanggah Anuwar bin Ibrahim di Permatang Pauh.



SAYA mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Nadi Rakyat Malaysia,TIBAI, PERKASA, GAPs, ASPIRASI, Yayasan Pendidikan Cheras dan seluruh rakan-rakan serta keluarga yang menyokong keputusan saya apabila saya menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon BEBAS menentang Anwar Ibrahim di P 044 Parlimen Permatang Pauh pada PRU13 nanti.

Ketika saya menawarkan diri,tekad saya cuma satu iaitu  mengehentikan kegilaan Anwar yang sedang ligat menipu  dan menghasut rakyat,untuk mendedahkan secara lebih banyak lagi kebejatan moral Anwar serta hubungan seks songsang beliau dari seluruh dunia dan paling penting ketika itu adalah bedepan secara terbuka di pentas-pentas ceramah bagi menutup segala bohong dan tipu Anwar di sebalik imej kononnya beliau seorang pejuang bangsa Melayu,pejuang Islam.

Saya tidak ada kebencian kepada semua manusia termasuklah Anwar Ibrahim,yang saya benci adalah sikap hipokrit serta munafik Anwar menguatkan azam saya untuk membongkar dan menelanjangi topeng-topeng yang dipakai oleh sebagai kononnya alim,agamawan dan seorang pejuang nasionalis Anwar selaras dengan 41 janji-janji saya yang saya rangkumkan dalam Manifesto yang dilancarkan baru-baru ini.

Dan akhirnya saya mengambil keputusan setelah berbincang dengan Nadi Rakyat Malaysia dan mengambil kira pandangan,gesaan serta desakan pimpinan NGO lain yang menyokong pendirian serta keputusan saya sebelum ini, saya mengambil keputusan untuk menyokong dan menjadi sebahagian daripada jentera kempen Calon Barisan Nasional Dr Mazlan bagi mentalkinkan Anwar di PRU13 ini.Saya percaya kewibawaan serta latar belakang Dr Mazlan akan diterima oleh rakyat Permatang Pauh demi membawa Harapan Baru Permatang Pauh sepertimana Deklarasi Kempen Dr Mazlan.

Keputusan saya tidak bertanding daripada pertandingan tersebut bukan bermakna saya bimbang wajah sebenar saya dikenali umum malah seperti yang saya tegaskan sebelum ini saya berani berdepan dengan mana-mana sahaja mahkamah dalam dunia in bagi membuktikan bahawa saya tidak memfitnah Anwar dan sehingga ke hari ini dan hingga k e akhir hayat saya tetap yakin dan percaya bahawa Anwar sama sekali tidak layak untuk diberikan mandat memerintah Negara ini dan pakatan pembangkang juga jauh panggang dari api sekiranya mereka merasakan mereka adalah yang terbaik memimpin Negara ini.

Saya menaruh penuh kepercayaan terhadap  Permatang Pauh yang akan menggunakan undinya untuk tidak melibatkan diri dan merestui perbuatan-perbuatan Anwar yang memalukan pengundi-pengundi Permatang Pauh selama ini. 

Mengalahkan Anwar di Permatang Pauh bermakna mereka telah membersihkan diri daripada bersubahat dan menanggung dosa hasil dari perbuatan tidak bermoral Anwar selama ini.Satu undi anda kepada Anwar merupakan satu dosa bukan sahaja untuk anda tetapi turut membabitkan anak-anak serta cucu cicit anda.

Saya berjanji sepanjang kempen PRU13 yang bermula 20 April sehingga 5 Mei nanti,saya akan bersama-sama denganrakyat Permatang Pauh unttuk berkempen bagi memenangkan calon Barisan Nasional dan untuk kali ini,saya yakin Anwar boleh ditumbangkan dalam PRU13 ini.

Kepada Pengundi Permatang Pauh dan seluruh rakyat Malaysia,saya telah menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang warganegara yang cintakan agama,bangsa dan Negara..selebihnya terserah kepada anda.Kalau anda mahu peliwat dan penzina ini terus kekal sebagai Ketua ataupun pemimpin masa depan anak-anak serta cucu cicit anda..itu adalah keputusan anda.

Kakitangan Di Puterajaya di katakan 85 peratus gelombang merah??? Ini kalilah nak tolak Husam Musa. Ingat Manifesto BARISAN NASIONAL untuk rakyat 1Malaysia.

 
Calon import Pas dari Kelantan di Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa bakal menerima tamparan hebat apabila beberapa rakan baiknya akan mendedahkan siapa dirinya yang sebenar di atas pentas Barisan Nasional (BN).