Pages
▼
Tuesday, April 9, 2013
Kereta Turun Harga, Siapa yang Tiru ?
Tika ini heboh di kalangan beberapa kerat pemimpin penyokong PR khususnya dari PKR yang sibuk memperkatakan dakwaan bahawa Manifesto BN bertemakan “Menepati Janji Membawa
Harapan” telah meniru idea dari Manifesto PR.
Salah satu inti pati Manifesto BN yang dikatakan ditiru dari Manifesto PR ialah mengenai janji penurunan 20% hingga 30% harga kereta secara berperingkat-peringkat.
Untuk mengetahui hakikat siapa yang meniru siapa, kita perlu mengimbas kembali tahun-tahun sebelumnya kerana ia kaedah terbaik untuk mencari kebenaran.
Pada 22 Mac 2006, Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah memperkenalkan Dasar Automatif Negara (DAN) selepas rangka pelan mengenainya diumumkan seawal 19 Oktober 2005.
Antara tujuan utama kewujudan DAN 2006 ialah mengurangkan cukai terhadap kereta-kereta import yang enjinnya di bawah 1,800cc selanjutnya meningkatkan daya saing pasaran bagi syarikat tempatan dan antarabangsa.
Kesan awal perlaksanaan dasar itu menurut analisis oleh OSK Research tika itu menyaksikan harga kereta buatan nasional telah mengalami penurunan antara RM353 hingga RM385.
Sementara kereta import jenama luar yang dipasang di negara ASEAN seperti Honda City, Nissan Sentra dan Toyota Altis pula penjimatan yang diperolehi ialah sekitar RM1,900 hingga RM4,000.
Untuk menghindari kesan buruk dasar ini kepada syarikat penjual kereta terpakai (secondhand), maka melalui DAN 2009 yang diumumkan pada 28 Oktober 2009 pula diperkenalkan
Pewartaan Harga Kereta Import Terpakai bagi menangani pengisytiharan bawah harga.
Dengan langkah penambahbaikan itu, para pengusaha kereta terpakai boleh bernafas lega dan risiko perniagaan mereka rosak atau muflis dapat dikurangkan.
Contoh mudah untuk mengetahui impak positif dari DAN 2006 diikuti DAN 2009 ialah bila saat ini kita sudah dapat membeli kereta baru (VIVA 660) pada harga RM24,912.15 yang mana pada tahun 2009 harganya adalah RM28,800.00.
Pada tahun 2004, kita hanya mampu bergaya dengan kereta Kancil 660 yang harganya tika itu ialah RM25,846.00 namun dengan harga yang hampir sama pada tahun 2011 hingga sekarang kita boleh memiliki model kereta yang sedikit besar dan selesa.
Sedangkan PKR melalui Pengarah Strategiknya, Rafizi Ramli hanya mula bercakap mahu menurunkan harga kereta pada pertengahan 2012, lewat 6 tahun dari DAN 2006 yang diperkenalkan oleh Kerajaan BN.
Malah janji PR melalui manifestonya untuk meliberalisasikan harga kereta supaya sebuah kereta dapat dijual pada harga serendah RM25,000 sebenarnya sudah lama dicapai semenjak tahun 2004 lagi, tapi baru sekarang PR sibuk memperkatakannya.
Berdasarkan beberapa ringkasan fakta di atas, patutnya kita dah tahu siapa yang meniru siapa.
Apa pun tak usahlah pelik dengan sikap lembik dan lembap Rafizi Ramli dan PKR, tak berapa lama dulu pun mereka sibuk mendakwa BN mencedok idea mereka dalam hal pemberian permit individu untuk pemandu teksi, padahal sebenarnya BN sudah mula membincangkan isu permit teksi individu semenjak 1999 lagi.
Yang penting, dalam hal menikmati harga yang lebih rendah untuk apa sahaja model kereta, ia tidak semudah diperkatakan. Banyak perkara perlu dihalusi supaya ia tidak memberi impak negatif pada ekonomi negara.
BN telah berusaha semenjak 2005 lagi ke arah itu. Semua penjimatan ini tidak berlaku secara mendadak, ia berdikit-dikit yang pentingnya setiap dasar dan penambahbaikan yang dilakukan oleh Kerajaan BN mengambil kira kepentingan semua pihak.
BADUT RAKYAT: HOT NEWS !!! PAPA GOMO AKAN MEMBELASAH PAPA HOMO D...
BADUT RAKYAT: HOT NEWS !!! PAPA GOMO AKAN MEMBELASAH PAPA HOMO D...: Blogger Papa Gomo menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas menetang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwa...